Tip Kalau Tanam Pokok Kari, Kena Potong Pucuknya. Barulah Pokok Rimbun & Banyak Daun, Tak Meninggi

Share

Ramai yang tanam pokok kari dalam pasu di rumah, tanam sepokok saja pun dah cukup untuk kegunaan di rumah.

Tapi bila tanam dalam pasu selalu terjadi pokok kari ini meninggi saja dan tak rimbun.

Satu tip yang boleh dipraktikkan supaya pokok kari rimbun sekaligus banyak daunnya adalah dengan memotong pucuknya.

Tip ini dikongsi oleh Syamimah Binti Ismail.

Potong pucuk pokok kari supaya tak meninggi

Salah satu tips kalau nak tanam pokok daun kari ialah potong pucuknya. Nak tau kenapa?

Tujuannya :-

1. Bagi mengelakkan pokok daun kari meninggi macam pokok tebu.

2. Bila dah potong pucuk, pokok daun kari akan merimbun ala-ala bongsai.

Tak percaya? Tengok la gambar pokok daun kari yang kami tanam.

Bila pokok kari meninggi, potong bahagian pucuk seperti yang ditandakan.

Hasilnya…

Tip lebatkan daun pokok kari

  • Bole juga letak air baja MSG untuk lebatkan daun pokok kari. Campurannya 1 sudu besar Ajinomoto + 1 liter air, kemdian sembur sekali seminggu pada pokok dan daunnya. Selepas tiga bulan akan nampak hasilnya, daun besar dan banyak.
  • Boleh juga praktikkan siram dengan air beras dan sisa dapur sebagai baja organik.

Semoga bermanfaat

Sumber: Syamimah Binti Ismail.

 

IKLAN