
Makan nasi dari beras basmathi memang baik untuk kesihatan tapi harganya agak mahal. Disebabkan itu jugalah kalau nak masak beras jenis ini kena ikut cara yang betul supaya masak sekata dan beras yang panjang tak patah.
Boleh ikut petua yang dikongsi oleh Faizah Md Zain ini.
Tip masak beras basmathi supaya nasi lembut, berderai dan masak sekata
1. Basuh beras bersih n rendam 20 minit dalam air yg diletakkan dgn garam sedikit. Petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut
2. Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yg kita nak masak.
3. Untuk memasak didihkan dulu air baru masukkan beras.

4. Kacau beras semasa air masih bayak, jika dah kering kacau sekali saja untuk mengelakkan beras patah…
5. Untuk mewarnakan nasi tunggu air kering baru titiskan pewarna dn biarkan sekejap barulah kacau.
Untuk nasi yang dimasak untuk tempahan akhir sekali saya akan letak dua sudu mentega.
Sumber: Faizah Md Zain
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Kenapa Ada Orang Bau Daun Ketumbar Wangi & Ada Yang Rasa Baunya Busuk Macam Kumbang?

Kenapa ya ada yang rasa orang bau daun ketumbar ini wangi dan sesetengah lagi merasakan daun ini busuk malah kalau tergigit terasa macam sedang menggigit kumbang.
Kalau nak tahu sebenarnya ia ada kaitan dengan genetik kita. Ha ramai yang tak tahu kan. Perkara ini dikongsi di laman Ini Sains Beb baru-baru ini.
Siapa yang kata daun ketumbar busuk angkat tangan!
Saya rasa daun KETUMBAR berbau seperti kumbang!
Bukan memilih… Ramai orang yang juga ‘alah’ pada bau ketumbar. Kenapa ya?
Ketumbar (nama Inggeris: cilantro, coriander. Nama saintifik: Coriandrum sativum) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Apiacea.
Bau ketumbar mempunyai nuansa sitrus yang dipengaruhi oleh kompaun kimia linalool.
Namun, ketumbar sebenarnya memberikan persepsi bau (dan rasa) yang berbeza pada setiap orang. Ada yang mendapati bau ketumbar segar, dan rasa sitrus. Ada pula sesetengah golongan mendapati baunya seakan serangga, sabun atau sayur reput!

Bagaimana ini terjadi?
Ketumbar mengandungi tinggi kompaun aldehid yang juga terdapat dalam sabun dan sesetengah serangga. Contohnya seperti kompaun aroma dari kumpulan (E)-2-alkenals dan aldehid yang tidak tepu seperti decanal, decenal.
Kenapa sesetengah orang tak bau ketumbar pelik?
Sebenarnya, ia juga dipengaruhi oleh genetik kita. Terdapat kluster gen yang mengaruh persepsi rasa pada manusia. Contohnya gen OR6A2 yang mengekod reseptor yang sensitif pada kompaun aldehid.
Jadi, jika seseorang memiliki variasi gen ini mereka akan sangat sensitif dengan bau aldehid.
Contohnya pada ketumbar. Orang lain lebih bau sitrus dari linalool, orang dengan variasi genetik OR6A2 dapat lebih menghidu bau aldehid sabun dan serangga tersebut.
Terdapat 14-21% dari orang Asia Timur, Afrika, Caucasian tidak menyukai ketumbar. Manakala, hanya 3-7% saja dari populasi seperti Asia barat, Hispanic, South Asian, Timur tengah tidak sukakan bau ketumbar.
#cisplatin
#SainsDapur
RUJUKAN
Knaapila, A. et al. Chem. Senses http://dx.doi.org/10.1093/chemse/bjs070 (in the press).
Mauer, L. & El-Sohemy, A. Flavour http://dx.doi.org/10.1186/2044-7248-1-8 (2012).
Quynh, C. T. T., Iijima, Y. & Kubota, K. J. Agr. Food Chem. 58, 1093–1099 (2010).
Sumber: Ini Sains Beb
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Kaedah Tanam 200 Pokok Cili Untuk Jana Pendapatan Sampingan. Mudah & Jimat Kos

Berbudi pada tanam memang tak rugi. Seperti suri rumah Alin Lin, minat bercucuk tanam membawanya menanam lebih kurang 200 pokok cili hingga menjana pendapatan sampingan buat dirinya.
Tidak lokek berkongsi tip bagi yang nak mencuba menanam pokok cili, beliau menurunkan cara penanaman yang mudah dan jimat kos yang dipraktikkan serta apa yang perlu dilakukan jika pokok cili bermasalah.
Tip tanam dan jaga pokok cili paling mudah

Tip jaga pokok cili bara paling mudah. Jika saya boleh anda juga boleh. Bagi yang baru nak cuba;
1) Kenal tanah dan nisbah
Kalau guna cocopeat campur dengan bahan lain seperti;
-Tanah hitam
-Topsoil
-Sekam padi/sawit
2) Nisbah 2+1
Contoh dua cocopeat dan satu itu boleh pilih antara 3 bahan tadi. Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yang tersendiri (pengalaman yg pernah terjadi masa musim pertama saya menanam).
Jika cocopeat baru perlu dibasuh dahulu sebelum guna. Kalau guna topsoil campurlah ia dengan cocopeat Nisbah 2+1. Contoh dua topsoil dan satu cocopeat.
Tujuan topsoil dicampur dengan cocopeat untuk mendapatkan tanah yg poroi maka tidaklah tanah tadi padat atau mampat yg menyebabkan anak pokok bantut atau mati.
Jika ditanya saya suka guna yang mana? Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat. Senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah itu sangat kaya dengan nutrisi dia sendiri.

3) Baja
Bagi yang baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal tak banyak boleh cuba baja npk 15 15 15. Racun serangga pula boleh cuba mapa malathion 57. Kalau ada duit lebih boleh tambah cuka kayu sekali. Cukup untuk 3 bahan ini bagi yang betul-betul baru bertatih.
Baja npk sudah cukup lengkap;
-N untuk daun
-P untuk akar
-K untuk buah
Pembajaan cukup seminggu sekali.
4) Racun serangga
Cukup sekadar seminggu sekali diselang seli dengan cuka kayu. Jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yang makan buah boleh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu.
Bila serangga dah tak nampak lagi boleh jarakkan semula seminggu sekali. Nisbah saya gunakan 1ml dan 1 litter air

5) Pokok rosak apa nak buat?
Bab ini atas pengalaman juga. Bila kita tanam dalam masa 2 minggu selepas pindah dalam polybeg atau batas kita dah boleh nampak mana yang dah mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk.
Kalau ada yang begitu potong pucuk dan asingkan dari pokok lain. Biarkan dalam seminggu penjagaan beri sama rata tak perlu berlebih-lebihan sebab kita tak nak manjakan pokok sampai kita terpaksa keluarkan kos rawatan pula hanya setakat satu itu saja.
Ada banyak lagi anak pokok lain yang perlu kita fokuskan. Selepas dua minggu jika masih juga tak sihat, cabut dan buang jauh sebelum berjangkit pada pokok lain.
6) Siraman
Pagi sebelum jam 9, petang selepas jam 6. Jika kawasan redup awal boleh siram awal. Siram seluruh pokok terutama bawah daun. Ini yang saya amalkan setiap dua hari sekali.
Alhamdulillah setakat ini tiada masalah hama putih di bawah daun. Kita dan boleh jimat racun serangga dan tak perlu guna racun serangga banyak sangat pada pokok.
Pokok cili banyak akar serabut, jenis akar serabut sukakan tanah yang peroi lagi gembur tanah lagi banyak akar dapat keluar.

Cara ini sesuai jika baru belajar tanam dan nak jimatkan kos
Saya juga baru belajar dan masih belajar. Apa yang saya sampaikan adalah pengalaman. Saya suri rumah, bukan pekebun sepenuh masa. Menanam adalah hobi kini hobi menjadi pendapatan sampingan.
Pokok saya tak banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok. Saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim-musim yang lepas. Cara ini sesuai bagi yang baru nak belajar dan kepada yang nak jimatkan kos dan pokok yang tak banyak macam saya.
Pokok ini saya dah kutip buah cili minggu lepas, yang tinggal ini belum cukup matang nak petik. Ada orang suka petik sampai habis, saya suka petik yang besar-besar saja jadi dapat duduk di kebun seminggu sekali petik cili.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Alin Lin
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Step By Step Buat Burnt Cheese Cake. Semudah ABC, Siap Sukatan Cawan

Basque burnt cheese cake ini kalau beli satu slice saja dah RM10 atau lebih. Tapi ramai je yang sanggu beli sebab sedap amat. Terutama bagi yang suka cheese.
Daripada asyik beli baiklah kita buat sendiri untuk jimat. Tak sangka pulak senang jer nak membuatnya.
Boleh ikut perkongsian daripada Ritazara, siap ada sukatan cawan dan tip untuk mudahkan.
Bahan-bahan :
- 250g cream cheese/ beli seketul yang 500g, guna separuh
- 125ml atau 1/2 cawan whipping cream DAIRY (contoh Anchor, Emborg, Arla)
(Elak guna NON DAIRY WHIPPING CREAM/FRESH CREAM sebab perlukan fat yg cukup) - 85gm gula atau 5 1/2 sudu makan
- 1 sudu besar esen vanila
- 2 butir telur B ( gred A pun boleh)
- 9 gm atau 1 sudu makan tepung gandum diayak

Step by step
1. Preheat oven 200 degree. Pada masa yang sama putar 250g cream cheese dgn 85g gula, putar sampai kembang, dalam 2 minit camtu pakai kelajuan sedang.

2. Masuk telur 1 persatu, masuk esen vanila. Putar sebati.

Jadi macam ni

3.Masuk tepung yang dah diayak. Kemudian sebatikan pakai hand whisk je dalam 10 pusingan.

4. Masukkan whipping cream, pakai hand whisk, putar sebati, dalam 20-23 putaran hand whisk tu pelahan supaya takde buble, nanti ada gelembung bila kek masak.

Jadi macam ni.

5. Okay, loyang 6′ lengser butter, ke minyak ke, bukan air tau. Saya pakai size 7 sebab 6 takde. Pakai size 6 akan lg cantik dan tinggi. Pastu letak baking paper berlebihan supaya senang nanti nak tarik keluar. Macam pemalas tapi bukan pemalas.

6. Tuang adunan tadi. Hentak sikit untuk keluarkan air/bubble.

7. Dalam oven yang dah dipanaskan dari tadi bakar kek suhu atas bawah, 200’C, 1 jam. Dah tinggal 10 minit terakhir, naikkan suhu jadi 210 camtu. Jadi lagi hitam lagi sedap.
8. Dah masak. Biarkan dalam 15 minit. Pastu buka baking paper boleh potong dan ngapppp.

Hasilnya


Sumber: Rita Zara, Resepi asal daripada Facebook Ainie Syeema
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

8. Dah masak. Biarkan dalam 15 minit. Pastu buka baking paper boleh potong dan ngapppp.