Tip Masak Mi Goreng Sedap. Bawang Putih Kena Lebih & Tuang Sedikit Bahan Ini

Share

Hidangan mi goreng ini memang selalu dimakan tapi ada juga yang masak tapi tak menjadi. Tak sedap macam orang lain masak.

Bagi yang selalu berdepan hasil masakan mi goreng seperti ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Suhasnida Ismail. Cara masak mi goreng yang sedap ini diperoleh dah mak mentua dan juga biras yang memang berniaga sebelum ini.

Tip masak mi goreng sedap

1. Guna sos sos mencukupi, jangan kedekut bahan
2. Jika nak ada kelainan, guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap sangat.
3. Guna banyak bawang putih, tumbuk kasar kasar
4. Masukkan sedikit cuka makan bila menggoreng mee untuk membangkitkan rasa.

Boleh ikut resipi ini

Di bawah ini adalah resipi mi goreng yang biasa digunakan

Bahan-bahan:
1 peket mi kuning
Minyak untuk menumis
8 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
2 tbsp cili kering kisar

Bahan lauk (ikut citarasa):
Ayam cincang
Udang
Daging
Telur
Sawi
Tomato

Sos & Perasa:
5 tbsp sos cili
1 tbsp sos tomato
2 tbsp sos tiram
1 tbsp kicap manis
2 tbsp kicap pekat
1 tbsp sos ikan
1/2 tsp garam halus
1 tbsp gula atau secukup rasa
1/2 tsp ajinomoto jika suka
1/2 cawan air

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.

2. Tumis bawang holland, cili kering kisar.

3. Masukkan lauk/isi dan tumis lagi.

4. Letak sedikit air dan masukkan semua sos.

5. Masukkan udang.

6. Pecahkan telur dan masukkan mi. Gaul.

7. Masukkan sayur dan kacau sebati hingga mi masak. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Suhasnida Ismail.

Kalau sedang cari kuali untuk menggoreng boleh klik SINI

IKLAN