Tip Mudah Elak Singki Tersumbat, Sebulan Sekali Tadah Air Penuh & Lepas Serentak

Share

Masalah singki tersumbat memang akan ‘spoilkan mood untuk memasak. Ada masa nak tak nak kena panggil plumber untuk selesaikan masalah ini. Kosnya lebih kurang RM250.

Supaya tak berlaku kejadian macam ini lagi sebaiknya kita buat langkah pencegahan. Boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Kamal Hamid

. Tip ini katanya diperoleh dari pada seorang plumber.

Bagi penjagaan singki untuk elak tersumbat, sebulan sekali lakukan perkara ini;

1. Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semaksimum mungkin.

2. Bila air dah penuh sinki, lepaskan serentak.

3. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya sebulan sekali insya-Allah sinki susah nak tersumbat. Daya tolakan air yang kuat akan bantu flush semua kotoran dalam saluran. Cara ini juga lebih selamat berbanding guna, asid, peluntur, bikarbonat.

INFO

Ini adalah maintainance supaya singki tak tersumbat kalau dah tersumbat memang kena selesaikan dulu. Selepas itu lakukan tip di atas untuk elak kejadian berulang.

Selain itu sebagai langkah pencegahan gunakan juga penapis di corong singki supaya sisa makan tak masuk saluran paip.

Elak jadikan singki sebagai tong sampah untuk membuang sisa makanan, kuah, lemak ayam dan sebagainya, ini adalah punca singki tersumbat.

Semoga bermanfaat

Sumber: Kamal Hamid

 

IKLAN