Bagi yang masih baru memandu atau baru dapat lesen info ini mungkin sangat berguna. Cara atau tip tentukan jarak parking yang sesuai dengan kereta depan waktu meletakkan kenderaan.
Bila dah tahu cara ini barulah dapat jarak antara kereta kita dengan kereta depan ngam-ngam, tak terlalu jauh dan tak terlalu dekat.
Info ini dikongsi oleh Altimat Autor Garage. Caranya cuma lihat hujung cermin depan dan juga bahagian belakang kereta di hadapan.
Cara 1
Perhatikan hujung cermin depan kereta kita, pastikan selari dengan tayar belakang kereta di hadapan. Jika dah selari maknanya jarak cukup selamat ada jarak sebuah kereta untuk lalu.
Cara 2
Jika mahu lebih rapat, pastikan hujung cermin depan kereta kita selari dengan bumper kereta di hdapan. Ini bermakna jaraknya tak terlalu rapat mudah untuk kereta kita atau kereta di depan keluar parking.
Bagi yang selalu memasak, cuba tengok papan pemotong terutama yang plastik. Selalunya akan ada kesan kotoran kuning dan hitam kerana kerap digunakan untuk persiapan memasak.
Kotoran pada papan pemotong jenis plastik ini biasanya susah dihilangkan walaupun telah dicuci berkali-kali dengan sabun. Takkan nak guna peluntur pulak kan.
Jadi berikut adalah cara untuk membersihkan kotoran hitam pada papan pemotong yang kotor. Hanya guna tiga bahan yang ada di dapur, terus jadi bersih! Selamat pun selamat.
Bahan-bahan:
Limau nipis
Baking soda
Cuka
Langkah-langkah:
1. Ambil buah lemon kemudian belah dua.
2. Seterusnya tabur baking soda pada permukaan papan pemotong.
3. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
4. Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
5. Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh juga guna berus besi untuk menyental untuk lebih berkesan.
6. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan macam baru.
Bagi mengikuti perkembangan persekolahan anak, satu perkara penting yang kena ada adalah grup WhatsApp untuk kelas anak. Nak tanya kerja sekolah, aktiviti, perubahan jadual dan sebagainya.
Tak dinafikan adanya grup ini banyak memudahkan ibu bapa, pun begitu ada juga tindakan-tindakan ibu bapa yang menimbulkan menimbulkan perasaan kurang senang buat guru ataupun ibu bapa lain dalam grup ini.
So yang parent jangan buat perangai ini dalam grup What’sApp sekolah anak ya. 8 perkara ini dikongsi oleh guru sendiri iaitu Mohd Fadhli Salleh
1. Jangan tanya soalan bodoh.
Serius, banyak soalan sebenarnya tidak layak ditanya.
“Cikgu, dalam jadual esok ada PJK. Jadi anak saya kena pakai baju PJ?”
Geram je aku nak jawab, “Tak lah. Pakai baju raya.”
“Cikgu, esok ada Seni. Kena bawa pensel warna la kan?”
“Cikgu, mana nak beli seluar track sekolah?”
Allahu, soalan-soalan begini penuh dalam group wasap kelas. Soalan yang tak perlu pun ditanya, guna logik akal cukup lah. Takkan nak beli seluar track sekolah anak kena pergi kantin?
2. Soalan berulang-ulang
“Cikgu, anak saya kata esok ada sambutan hari kemerdekaan. Kena pakai baju Melayu tapi kasut sekolah. Betul ke?”
“Betul. Dah bagi pun surat edaran. So, esok pakai baju Kebangsaan tapi kasut sekolah ya semua.”
Lepas je cikgu jawab, soalan yang sama dan hampir sama berderet masuk dari 34 parent lain.
Baca la juga diskusi yang orang tengah bincang bang. Kau main terjah je tanya benda sama. Sakit jiwa cikgu nak menjawabnya.
3. Memaksa cikgu menjawab segera
“Cikgu, bla… Bla… Bla…”
Dua minit belum reply, dia terus memanggil-manggil dalam group.
Paling geram, dia akan misscall berkali-kali. Lepas tu wasap suruh jawab soalan dia dalam group. Memang geram betul. Kena kat aku tobat aku block orang gini. Jenis nak orang layan dia je. Annoying betul.
4. Sejenis yang suka forward mesej dan video tak berkaitan
Yang ni pun cukup menjengkelkan. Setiap hari berpuluh post nasihat, hadis, politik, video kelakar, gambar yang tak berkaitan dengan kelas anak dia hantar.
Habis tenggelam info yang cikgu beri. Orang gini sound je sekali, buat lagi block je.
5. Jenis bersembang sesama dia dalam group wasap
Ni mak mak suka buat. Mulanya tanya pasal sekolah. Lepas tu melalut,
“Eh, you tau tak driver van sekolah tu anak saudara kita.”
“Oh yeke. Dulu dia bawa kereta kebal kan?”
Hah tu dia. Wasap personal la mak cik nak sembang benda lain.
6. Menjual barangan
Hat ni sejenis juga. Dalam group wasap kelas dia pergi jual insuran, jual Coway, jual tudung. Aduh la, seksa betul nak lihat semua barangan tu lalu kat situ. Tolonglah, nak menjual bukan dalam group wasap rasmi kelas.
7. Kalau anak tak hadir Whatsapp personal bukan masuk dalam grup
Kalau anak tak sihat dan tak boleh hadir ke sekolah sebab atuk meninggal ke apa, wasap personal cikgu. Bukan dalam group
“Cikgu, anak saya demam. Cuti dua hari.”
Berpuluh reply dari parent,
“Get well soon sayang.”
Ada yang tempek doa sihat cepat. Ada yang forwardkan tips nak bagi anak cepat sembuh. Berpuluh-puluh lagi gambar anak dalam wad dan tengah tunggu turn jumpa doktor dia tempek. Adoihhh!
Hat ni makin lama makin menjadi-jadi dalam group wasap. Anak dia hilang buku, dia pergi tuduh anak kawan tu curi. Bergaduh dalam group wasap.
Ada kes, bukan hebahkan secara umum. Wasap cikgu suruh cikgu selesaikan.
Tapi paling tak tahan, dengan cikgu dalam tu pun dia tak hormat. Bahkan ramai cikgu dah kena sindir dengan sinis oleh parent dalam group wasap terbuka tu pula.
Tapi tu lah. Mereka baik sangat. Kalau kena kat aku, aku maki sebakul kemudian remove dari group tu. Puas hati.
Hah, cukup 8 point malam ni. Sebenarnya banyak lagi nak cakap ni. Tapi penat dah nak tulis.
Terasa nak makan kek tapi nak buat kek yang senang, tak banyak bahan. Ok, boleh cuba kek Milo 3 bahan ini. Tak guna tepung pun tak insya-Allah menjadi kalau ikut caranya.
Kek ini juga pernah viral sebelum ini, kalau nak cuba ikut perkongsian Noriza Awang Hamat ini.
Kek Milo 3 bahan, tak guna tepung tapi lembu dan gebu
Kek Milo 3 bahan, macam tak percaya tanpa tepung kek akan menjadi. Pertama kali buat Alhamdulillah tak mengecewakan. Sangat sedap gebu dan lembut.
Pokok terung yang dah tua selalunya kurang hasil dan kalau ada pun saiz buahnya makin kecil. Selalunya bila lihat pokok begini kita pun akan tebang dan tanam pokok baru. Tapi sebenarnya tak perlu buang pokok terung yang tua ini. Ada cara yang boleh dilakukan untuk 'mudakan' kembali pokok ini supaya subur dan berbuah semula.