Menjaga kulit wajah nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting. Kulit wajah yang terjaga rapi selalunya boleh memberikan kesan lebih muda. Wow sangat ni kan? Nah, VK kongsikan tip nak nampak muda 10 tahun berbanding usia sebenar hanya dengan menjaga kulit wajah cara orang Korea.
1. Bersihkan kulit muka guna minyak
Membersihkan kulit muka adalah rutin paling penting. Selain menggunakan sabun pembersih, orang Korea suka bersihkan kulit menggunakan minyak. Gunakan kapas atau span. Manfaat bersihkan kulit dengan minyak adalah bukan hanya menanggalkan solekan tapi turut menanggalkan sebum dan kulit mati.
2. Pembersihan berasaskan air
Selepas bersihkan kulit muka dengan minyak, barulah bersihkan dengan air bersih.
Ads
3. Rutin pengelupasan dan buang sel kulit mati
Sel kulit mati pada wajah akan menyebabkan adanya tompok hitam. Hal ini meninggalkan cela pada wajah. Salah satu rutin penting penjagaan kulit wajah orang Korea adalah membersihkan sel kulit mati ini. Namun anda perlu ingat jangan lakukan rutin pengelupasn setiap hari kerana boleh membuatkan kulit terlalu tegang. Cukuplah seminggu sekali supaya kulit lebih mudah bernafas.
4. Jangan lupa toner
Selalu kita skip rutin menyapu toner pada kulit. Kita anggap ianya tidak penting. Selepas melakukan pembersihan dan juga pengelupasan, kulit selalunya agak lemah dan perlukan lebih lembapan. Toner yang disapukan pada wajah lepas rutin membersih dan mengelupas akan mudah diserap. Jadi rajin-rajinlah berikan toner pada kulit wajah selepas rutin membersih.
5. Essence and serum
Oleskan essence (pati) dengan cara menepuk kulit muka. Wanita Korea juga menggunakan serum untuk memberikan manfaat berganda pada kulit. Lebih-lebih lagi serum yang menggunakan bahan semula jadi.
Ads
6. Emulsi
Orang Korea juga mementingkan emulsi untuk meningkatkan manfaat daripada penggunaan essence dan serum. Emulsi daripada akar ginseng dimanfaatkan sepenuhnya kerana dipercayai boleh menampakkan kulit lebih muda. Sama seperti manfaat kolagen.
7. Pakai masker seminggu sekali
Masker dipakai pada kulit memberikan kesan kulit lebih anjal dan mengecilkan liang pori. Gunakan masker ikut apa impian yang anda hendak capai. Misalnya kalau mahukan kulit nampak glowing, gunakan masker vitamin C. Trend di Korea, mereka gunakan masker susu keldai untuk mendapatkan kesan kulit lebih cerah.
8. Krim mata
Ads
Krim ini disapukan pada kulit nipis di sekitar mata. Syaratnya jangan tekan kuat sangat sebab kulit ini nipis. Sapukan perlahan-lahan. Menyapu krim mata boleh membantu hilangkan lingkaran hitam. Barulah nampak segar dan lebih muda.
9. Krim muka
Krim muka di pasaran ada macam-macam manfaat. Orang Korea mengguanakan krim muka daripada kuning telur untuk kesan anjal, krim muka dengan lendir siput untuk mengurangkan kedutan. Jadi anda boleh pilih mana-mana krim muka untuk manfaat yang anda suka.
10. Pelindungan dari sinar matahari
Cahaya matahari boleh merangsang penuaan kulit. Penggunaan krim pelindung matahari boleh bantu kulit tidak terjejas dengan sinaran ini. Gunakan krim pelindung sebelum keluar rumah.
Keadaan jerebu di negara kita beberapa hari ini nampaknya belum pulih lagi dan Kebanyakan daripada kita dah mula pakai topeng muka untuk mengelak dari terhidu partikel bahaya dalam jerebu yang berterbangan.
Tapi masalahnya ramai yang mengenakan topeng muka yang tidak sesuai iaitu memakai topeng muka untuk pembedahan.
Perlu diketahui topeng jenis ini sebenarnya tak mampu memberi pelindungan yang sempurna ketika jerebu.
Topeng pembedahan walau pun mempunyai tiga lapisan (biasanya hijau atau biru dan lebih tebal) tapi tidak mampu menapis gas toksik dan partikel halus berukuran tidak melebihi 2.5 mikron.
Ia mungkin mampu memberi perlindungan daripada partikel lebih besar yang boleh menyebabkan kegatalan.
Topeng ini juga boleh menjadi lembap bila pengguna batuk atau bersin dan ia tidak lagi berkesan kerana ia hanya boleh bertahan paling lama selama 30-60 minit. Oleh itu ia perlu diganti dengan sangat kerap.
Ada juga yang memakai topeng yang diperbuat daripada kain pula adalah tidak digalakkan sebagai perlindungan daripada jerebu tetapi ramai yang menggunakannya disebabkan ia murah dan boleh dibasuh serta diguna semula.
Pakai topeng N95
Topeng muka yang disaran untuk kegunaan jerebu adalah topeng jenis N95. Topeng jenis ini mampu menapis sekurang-kurangnya 95 peratus partikel yang berukuran 0.3.
Ia lebih berkesan sekiranya dipakai dengan sempurna mengikut ukuran muka. Namun begitu topeng jenis ini mungkin tidak selesa dipakai oleh kanak-kanak dan juga mereka yang berjanggut.
Risiko kalau tak pakai topeng
Bagi individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru, partikel jerebu ini juga boleh mengundang risiko yang lebih bahaya kepada mereka.
Bukan itu sahaja, kesan asap jerebu ini juga boleh mendatangkan kesan sakit kepala, pening, keletihan atau tekanan selain fungsi paru-paru merosot, menyekat saluran pernafasan, sakit dada, sesak nafas dan radang paru-paru.
Manakala kesan jangka panjang pula, ia akan mempercepatkan proses penebalan arteri berbanding orang lain. Selain itu menjadi punca penyakit vascular, meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan mengurangkan jangka hayat dari tempoh beberapa bulan ke beberapa tahun.
Malah ia juga boleh menyumbang kepada penyakit kencing manis dan keguguran serta-merta, berat bayi di bawah kadar biasa dan kecacatan ketika kelahiran bayi atau kematian bayi.
Salah satu masalah bila nak tebuk dinding guna drill adalah habuk yang akan bersepah di lantai.
Senang memang senang tapi itulah masalahnya, kena sapu atau vacuum, bukan sekali sebaliknya dua atau tiga kali sebab habuknya halus.
Namun lelaki bernama Hong Guan ini telah berkongsi satu tip mudah untuk mengelakkan masalah habuk ketika menggunakan drill.
Ambil kertas buat sampul
Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 kemudian lipat.
Ambil masking tape lekat sampul tadi bawah lubang yang nak ditebuk untuk kumpul pasir yang keluar masa drill.
Boleh pakai juga guna sampul surat biasa, beg plastik atau apa-apa saja yang boleh kumpul pasir.
Cara ini tak perlu lagi nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul jadi buang terus dalam tong sampah.
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli di Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa naik turun tangga.
Dalam pada itu netizen juga turut berkongsi cara mereka mengelakkan habuk jatuh ke lantai. Boleh juga guna cara ini.
Nak guna Dust Cap ini pun boleh juga. Klik SINI untuk beli
Makan laksa memang sedap tapi ramai yang tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa.
Sebenarnya ada ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa ini tanpa perlu rebus lama. Orang Utara mungkin dah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang di luar sana belum tahu.
Dikongsi oleh Suzana Saad petuanya cuma perlu rendam dulu laksa.
Tip dari peniaga laksa, rendam dulu
Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.
Ini caranya
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api & tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...