Tip Penjagaan Tanaman Jika Hujan Turun Mencurah-Curah Supaya Pokok Tak Terjejas

Share

Baik petani atau mereka yang berkebun di rumah bila hujan lebat turun dalam tempoh yang lama mesti akan risau memikirkan tanaman yang ada. Bimbang tanaman mati bila digenangi air hujan yang mencurah-curah.

Baru-baru ini pun ramalan cuaca menjangkakan taburan hujan yang tinggi hingga akhir tahun nanti. Jadi kenalah bersedia dengan ilmu supaya tanaman tak mati.

Supaya tanaman tak terjejas ketika air hujan turun mencurah panduan yang dikongsi oleh usahawan tani, Nur Amirul Nur Azmi

boleh dipraktikkan.

Tip tanaman kekal sihat walau hujan mencurah-curah

Bila hujan turun ramai petani yang susah hati mengenangkan nasib yang bakal ditempuhi sama ada rezeki menjadi atau musibah yang menimpa.

Di sini saya berikan beberapa tip supaya pokok sihat dan mantap walaupun hujan turun mencurah. Ia berguna untuk pekebun dan mereka yang bercucuk tanam di rumah.

1. Pastikan parit dan saliran air dalam keadaan baik untuk mengelakkan air bertakung.

2. Sekiranya air bertakung, pastikan tanaman anda tidak duduk lama dlm air bertakung tu. Pakai batu bata atau sama waktu dengannya untuk dijadikkan lapik.

3. Untuk mengatasi kekurangan nutrien, boleh buat foliar pada waktu yang tidak ade hujan sekurang2nya dua jam. Pastikkan guna pelekat/sticker/silicone surfactant untuk mempercepatkan proses penembusan baja kedalam liang/ronga pokok. Sembur di bawah daun ya.

4. Sekiranya tak sempat nak buat langkah no 3. boleh drip baja ab dalam kepekatan tinggi.

5. Penggunaan baja pelepasan perlahan juga membantu memberi nutrien pada pokok dikala hujan turun mencurah-curah.

6. Untuk kawalan penyakit adalah digalakan sembur EM/IMO atau racun kimia jenis penghalang percambahan spora kulat. Sekiranya menggunakkan racun kulat jenis kimia adalah disyorkan guna bersama pelekat/sticker/silicone surfactant.

7. Untuk kawalan serangga perosak boleh guna kawalan organik. Pada yang nak guna kimia boleh menggunakkan racun jenis serapan yg akan menghalang serangga jenis menghisap dan mengunyah. Pada petani yang nak menggunakkan racun jenis nie seharusnya rancang penuaian hasil anda.

8. Sekiranya ada drip air kosong hentikan serta merta.Tak perlu membazir.

9. Pada yang menggunakan polibeg, pastikan polibag anda bukan jenis takung air. Kalau tidak kena buat lubang baru dgn kadar takungan minimum.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Nur Amirul Nur Azmi

IKLAN