Tanam pokok buah tapi masalahnya tak juga berbuah walaupun dah bertahun-tahun menanti. Ada yang berbuah tapi cuma boleh dikira dengan jari.
Kalau pokok buah di rumah ada masalah ini, mungkin boleh cuba praktikkan cara yang dikongsi oleh Kak Chah ini. Mudah sangat caranya cuma tuang minyak masak terpakai. Daripada buang, kita buat baja.
Minyak masak terpakai jadi penggalak buah
Sebelum ini pernah berkongsi tip pokok mangga yang saya tanam berbuah lebat sampai patah dahan. Sehingga sekarang buahnya masih lebat.
Kali ini saya kongsi kisah anak saudara yang turut menggunakan tip saya untuk pokok jambu di rumahnya.
Alhamdulillah, pokok itu berbuah lebat yang luarbiasa dan juga hingga patah dahannya kerana menanggung berat buah itu.
Ads
Caranya;
1.Sediakan minyak masak terpakai terutama bekas goreng ikan masin, ikan bilis, atau ayam ikan. Kuantiti tak perlu banyak. Jangan guna minyak masak baru ya.
2. Korek lubang kecil pada pangkal pokok dan tuang minyak terpakai itu. Letak dalam satu atau dua senduk saja. Jangan campur air.
Ads
3. Buat petua ini seminggu sekali, insya-Allah akan nampak hasilnya.
Minyak masak terpakai yang sudah keruh ini memang tak lagi digunakan. Dulu buang dalam longkang saja tapi sekarang saya buat sebagai fertilizer penggalak buah.
Ads
INFO
Tip guna minyak masak terpakai sebelum ini saya buat pada pokok mangga. Memang berbuah lebat luar biasa hingga merunduk dahan dan ada yang patah.
Tip ini diperoleh selepas melihat video dari petani luar negara yang menggunakan cara ini sebagai fertilizer. Minyak ini ditanam dalam jarak 2-3 kaki dari batang pokok. Daripada dibuang dan jadi punca pencemaran, lebih baik buat begini.
Masalah nyamuk memang selalu kita hadapi, lagi menakutkan kalau ada banyak nyamuk Aedes sekitar rumah. Bimbang kena demam denggi.
Bila ada masalah nyamuk kita akan gunakan penyembur nyamuk saja walaupun ramai juga yang tidak sukakan baunya.
Lagi satu cara untuk mengelakkan dan menghalau nyamuk adalah dengan menanam pokok Jeremin atau dipanggil pokok Halau Nyamuk. Ini cara semula jadi, tak guna kimia. Ada juga yang memanggilnya pokok Lima Jari.
Foto Facebook Gps SemenyihPokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.
Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.
Cara letak pokok Jeremin supaya lebih berkesan halau nyamuk
Pokok ini perlu diletakkan di tempat redup kerana pendedahan pada cahaya matahari terik akan merosakkan daunnya.
Sebaiknya letak di tingkap atau di tepi pintu rumah. Sebabnya angin yang keluar masuk akan mengoyangkan tanaman ini dan bau Citronella dari daunnya akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya. Aroma Citronella inilah tidak disukai oleh nyamuk.
Bagaimana pun jika tidak ada tiupan angin sebenarnya kita boleh menggunakan kipas angin untuk menyebarkan bau dari tanaman ini.
Cara biakkan pokok
Pokok jenis ini boleh dibeli di nurseri dan kemudian boleh dibiakkan sendiri supaya boleh diletakkan di beberapa penjuru rumah.
Cuma kerat batang dan cucuk dalam pasu berisi tanah hitam. Pokok ini perlu disiram paling kurang sehari sekali.
Boleh tanam pokok ini juga
Selain pokok jeremin ini, pokok berikut juga boleh ditanam untuk tujuan halau nyamuk.
1. Serai wangi
2. Pudina
3. Selasih/ Kemangi
4. Pokok Bunga Tahi Ayam
Bau yang dihasilkan oleh tumbuhan ini juga tidak disukai oleh nyamuk.
Selalunya mentega kita beli saja dan pada masa yang sama akan timbul juga ragu ragu tentang status halal serta tahap kebersihan sewaktu pembuatannya.
Tapi kita tak pernah terfikir pulak untuk buat sendiri. Ya betul mentega pun boleh buat sendiri ya. Untuk yang selalu membaking boleh cuba. Ikut cara yang dikongsi oleh Rapidah Ramli.
Bahan-bahan
250ml Whipped cream/Thickened cream/Heavy cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat). Saya guna jenama Paul’s
Mixer
Air sejuk – campur air batu Garam
Cara membuatnya
1. Pukul (mixed) whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju.
2. Pukul hingga susu terpisah dari pada air. (Macam bila kita terlajak pukul whipped cream jadi cair dan lumpy).
3. Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk masak menu lain pula.
4. Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau butter hingga menjadi kental dan bulat. Kata mudah bubuh air ais, kacau, buang. Bubuh lagi air ais kacau dan buang air, ulang sampai air hampir nak jernih.
5. Dah siap, selepas itu barulah campur dengan garam atau bahan yang kita mahu.
Ini garlic spread yang dihasilkan dari mentega tadi.
TIP
Segala campuran bahan tambahan hendaklah dicampur selepas mentega terjadi dengan eloknya.
Kalau nak buat garlic spread campur saja bawang putih yang dicincang, sedikit garam dan parsley flake.
Dah beli durian ramai yang terfikir untuk tanam sendiri bila melihat bijinya. Kalau ada laman yang luas apa salahnya tanam sendiri.
Tapi macam mana sebenarnya nak cambah benih durian ini? Untuk yang berhajat untuk tanam sendiri durian dari awal, ini yang perlu dilakukan.
Selepas makan durian, kumpul bijinya dan basuh bersih.
2. Kemudian rendam biji tadi selama 48 jam atau dua hari. Air tak perlu banyak sangat. Cukup untuk tenggelamkan biji.
3. Selepas 2 hari tos air, dan lihat biji durian tadi. Biji yang sesuai ditanam adalah yang timbul tunas akar.
4. Atau boleh juga rendam biji durian selama satu malam dan keesokan harinya keluarkan air.
5. Letak biji tadi dalam bekas dan tutup dengan tisu. Simpan di tempat yang redup selama satu hari.
6. Selepas sehari biji durian akan keluar tunas. Semai biji yang bertunas ini.
Cara semai
Letak biji bertunas tadi di dalam polibeg berisi cocopeat. Pastikan tunas akar menghala ke bawah atau ke tanah. Boleh juga cucuk sedikit bahagian bertunas ke tanah. Tak perlu dalam.
Siram dan jangan biar tanah kering.
Tunas akar akan masuk ke tanah dan seterusnya akan naik batang dan daun.