Tip Pokok Kesum Mudah Hidup, Cucuk Keratan & Bungkus. Seminggu Dah Naik Tinggi

Share

Ramai yang cuba tanam kesum di rumah tapi tak menjadi. Dah cucuk keratan tapi tak sempat naik tinggi, pokok dah layu dan mati.

Jangan putus asa ya, cuba lagi tapi kali ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ardi Tani.

Kaedah yang digunakan adalah penanaman melalui keratan pucuk kesum. Lebih mudah dan pokok cepat membesar. Tujuh hari dah naik tinggi.

1. Sediakan bahan seperti dalam gambar iaitu;
-Tong atau bekas plastik
-Keratan pokok kesum (guna bahagian pucuk)
-Drill (kalau tiada boleh panaskan paku dan buat lubang)
-Tanah 6 in 1 boleh beli di nurseri

2. Buang lubang (paras rujuk gambar). Tujuannya untuk air bertakung bersama medium. Pokok kesum kan suka air. Tebuk 2 lubang depan dan belakang.

3. Masukkan medium dalam bekas dan basahkan.

4. Cucuk keratan kesum.

5. Dah siap, bungkus macam ni ketat-ketat. Tak payah tebuk lubang. Cara ini akar akan keluar banyak sampai dahan atas dari medium pun kuar akar.

6. Dalam tempoh 5 – 7 hari akan nampak pokok kesum naik elok. Selepas itu boleh buka plastik.

Ini hasilnya, untuk hasil yang lumayan guna baja XY dan letak bawah hujung bumbung lokasi jika hujan lebat kena tempias saja.

Menurut beliau fasa selepas menanam keratan paling penting dijaga supaya akarnya berkembang elok bagi membolehkan pokok naik elok.

Selamat mencuba.

Sumber: Ardi Tani

IKLAN