Asal tanam untuk makan sendiri tapi hasil penjagaan yang elok punyalah cepat pokok kucai ini membiak.Sudahnya kini dah boleh jual pula di pasar untuk tambah pendapatan.
Ini perkongsian Norsakinah Wahab yang menanam pokok sayur ini di sekitar rumah saja. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut cara yang dikongsi oleh beliau. Tak susah mana pun.
Tip tanam kucai supaya cepat membiak
Kucai kampung, asal tanam untuk makan sendiri. Makin lama makin membiak
Sekarang dah boleh jual kat pasar.
Tip tanam kucai
1. Media tanaman guna tanah top soil dan abu sekam padi
2. Tanam guna ubi dan saya hanya letak 3 ubi dalam polibeg 14×14.
Ads
3. Selepas sebulan ditanam daun kucai kena kerat. Kucai akan cepat membiak setiap kali dikerat.
4. Pokok kucai perlukan cahaya matahari pagi dan petang. Jika letak di tempat teduh kucai tidak akan membiak.
Ads
5. Siram pagi dan petang terutama jika cuaca panas.
6. Untuk pembajaan, letak baja tahi kambing atau baja kopi.
Antara penyakit yang dialami ramai kalangan kita adalah resdung atau sinus. Bersin, hingus dan selesema adalah antara tanda-tandanya.
Puncanya boleh jadi dari alahan habuk, makanan, bau dan pelbagai lagi. Selain daripada rawatan doktor untuk mengatasi masalah resdung kita juga sebenarnya boleh mencuba rawatan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Perkara ini dikongsi oleh Dr. Noordin Darus.. Bagi anda yang punyai masalah resdung atau sinus boleh cuba kaedah natural berikut. Jika lega boleh amalkan, caranya juga cukup mudah hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah saja.
1. Bila alami resdung, awal pagi ambil garam bukit dan calit dua kali pada lidah. Kemudian minum air 2-5 liter sehari. Ia berfungsi untuk cairkan lendir dalam hidung.
2. Ambil air panas rendam tuala, letak atas muka atau hidung. Biarkan seketika. Buat 2 atau 3 kali.
3. Boleh juga wap sauna, titiskan dengan minyak oregano.
4. Minum teh bersama halia dan cayenne pepper atau cili merah dan juga madu. Boleh juga minum satu cawan teh bersama halia. Amalkan. Hirup perlahan sampai lega. Atau bancuh teh bersama kunyit dan lada hitam, madu dan sedikit jus limau. Buat sesedap rasa dan minum.
5. Stimkan air kemudian tutup kepala dengan kain atau selimut. Tambah minyak oregano dan pepermint. Kalau tiada gunakan halia dan kunyit. Ia membantu memecahkan mukos tebal.
6. Ini cara kampung yang boleh juga dicuba, tumbuk daun pandan dan campur dengan jus limau nipis. Jadikan seperti pes sapu pada muka dan pipi.
7. Cuka epal juga elok untuk masalah kahak dan sinus. Letak dalam air panas dan tutup kepala dengan kain, hidu wapnya.
8. Santan juga boleh digunakan, amal minum santan yang diperah sendiri lebih kurang setengah cawan. Amal sekali atau dua kali sehari. Boleh buat smoothie atau letak dalam hidangan oat.
9. Jika tiada langsung bahan-bahan di atas boleh juga gunakan kaedah tekan dua jari. Tekan ke dalam di bahagian tepi hidung bawah mata selama seminit. Ini adalah akupresure point utk elak resdung
TIP
Kalau resdung jangan terlalu kerap blow up atau hembus hingus melalui hidung. Bimbang luka.
Untuk tip penuh boleh ikuti video Dr. Noordin Darus seperti di bawah.
Pokok kesum antara yang selalu ditanam di rumah kerana banyak kegunaannya dalam masakan. Senang bila nak masak ambil saja, tak perlu keluar beli di kedai.
Tapi ramai yang tanam pokok kesum ini mengadu kurang subur dan rimbun sedangkan daun-daun itulah yang penting untuk kita guna.
Bagi yang nak gunakan kaedah tanpa baja kimia, boleh gunakan petua air bawang ini supaya daun kesum banyak pucuk dan akar.
Cara ini dikongsi oleh Noridah Tahir. Selain pokok kesum air bawang ini boleh juga digunakan pada sayuran berdaun yang lain.
Guna air bawang merah barulah pokok kesum keluarkan akar yang banyak. Potong 2 batang dan semai pula dalam botol mineral untuk tambah koleksi kesum.
Cara buat air bawang merah;
1. Ambil 5 biji bawang merah, guna bawang kecil atau kalau guna bawang merah besar ambil satu biji.
2. Kisar bawang tadi bersama kulitnya sekali, campur dengan sedikit air paip. Kisar hingga hancur.
3. Kemudian tapis untuk ambil air bawang dan campurkan dengan 1.5 liter air paip.
4. Peram 1 hingga 2 hari.
5. Untuk guna campurkan dengan air paip nisbah 1:5 dan jirus pada pokok.
Jirus untuk banyakkan akar tanaman berdaun dan sembur pada pokok untuk banyakkan pucuk.
Ini pula cara beliau menanam pokok kesum;
– Ambil keratan batang pokok kesum, letak dalam air sampai keluar akar.
– Kemudian tanam dalam bekas tak berlubang. Medium guna cocopeat dan tanah sawit.
– Siram hingga bertakung, sebab kesum perlukan air yang banyak, menjelang tengah hari biasanya air dah tiada diserap pokok. Letak di tempat yang kena cahaya.
– Siram dengan air bawang untuk cepatkan keluar pucuk dan akar.
Bila bercucuk tanam di kawasan rumah mesti tidak terlepas daripada masalah serangga perosak. Kalau dah kena dan dibiarkan memang habis tanaman.
Sebab itu ramai sanggup buat bermacam-macam cara untuk menyelamatkan tanaman dari jangkitan kulat, kutu, hama, siput, semut dan sebagainya. Malah ada yang sanggup membeli segala macam baja dan racun untuk mengatasinya.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk atas masalah serangga perosak tanaman ini. Modalnya cuma gunakan baking powder yang ada di rumah saja. Caranya boleh ikut perkongsian dari Malmisa Swak Lis Lis ini.
1. Hilangkan kulat /jangkitan kehitaman
Ambil 1 sudu baking powder dan campur dengan 1 liter air. Sembur pada bahagian yang terkena jangkitan.
2. Elak siput babi
Tabur baking soda keliling tanaman, katanya siput akan melecur jika terkena baking soda.
3. Jika pokok kena serangan bena putih (keputihan)
Campurkan bahan berikut;
1 sudu baking powder +
1 sudu cecair pencuci pinggan
1 liter air
Semburkan tiap minggu pada pokok hingga hilang keputihan.
4. Daun berlubang akibat ulat
Buat campuran baking powder dan tepung jagung kemudian tabur pada tanaman.
5. Masalah semut pada tanaman
Campurkan baking powder dengan sedikit gula kemudian tabur di laluan semut.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...