Tip Semai Biji Benih Sawi, Bendi & Cili. Jangan Tabur, Ikut Cara Ini Supaya Tumbuh Elok & Subur

Share

Waktu PKP ini ramai yang memulakan hobi bercucuk tanam. Sawi, cili, bendi antara tanaman yang selalu jadi percubaan.

Bagi yang baru bermula seeloknya belajar perkara paling awal dan penting untuk menanam sayuran iaitu menyemai benih.

Liyana Mohd Poad yang banyak bercucuk tanam di sekeliling rumahnya berkongsi info berikut.

Tip semai benih sawi, cili, bendi

Ramai yang boleh menyemai biji benih sayur dengan baik sekali. Tapi ada juga yang kurang berjaya malah gagal. Sebelum menyemai, ambil berat 5 perkara utama iaitu biji benih yg berkualiti, media semaian, bekas semaian,air dan cahaya.

Guna peatmoss/cocopeat dan kompos

Media semaian yg paling ramai digunapakai oleh kebanyakan orang adalah menggunakan peatmoss. Peatmoss ialah sejenis bahan terurai drpd lumut dan sisa sisa tumbuhan mati yg amat sesuai utk percambahan biji benih.

Walau bagaimanapun, harganya agak mahal berbanding dgn yg lain.Selain peatmoss, anda blh mnggunakan tanah campuran 2 in 1,4 in 1,6 in 1,8 in 1 atau 10 in 1.

Semuanya boleh digunakan untuk mnyemai. Bagi yang sudah mahir, mereka lebih suka guna cocopeat dan kompos sebagai media semaian.

Jangan tabur

Bila sudah ada salah satu daripada media di atas, bolehlah mula mnyemai. Utk semai benih sawi, sebaik baiknya jangan ditabur begitu sahaja. Nanti tumbuh tak cantik dan akan mnjadi kutilang.

Untuk semaian yg baik sama ada sawi, bendi, cili dan sayur sayuran yg lain, adalah disyorkn supaya membuat lubang 0.5cm dan masukkan biji benih. Lebih baik lagi jika ada penjarakkan supaya nanti mudah utk dipindahkan.

Letak tempat teduh

Setelah masukkan biji benih, boleh letak tempat teduh dulu dalam dua hari untuk mempercepat proses percambahan biji benih. Selepas benih bercambah, pastikan anak pokok mendapat cahaya sekurang kurangnya 4 jam iaitu 8-12 tengah hari.

Dalam tempoh seminggu ke sepuluh hari, anak pokok mula mengeluarkan sehingga 3-6 helai daun. Selepas ini bolehlah dipindahkan ke batas ataupun pasu.

Selamat mencuba.

Sumber: Liyana Mohd Poad

IKLAN