Tip simpan halia kekal segar tanpa letak dalam peti ais. Caranya memang mudah.
Halia memang bahan dapur wajib. Bukan sekadar penyedap masakan, tapi juga berguna dalam air rebusan, teh halia, malah petua kesihatan.
Tapi satu cabaran bila simpan halia, ia cepat sangat kering, mengecut, atau berair dan busuk bila lama dalam peti.
Kalau kita jenis masak sikit-sikit, mungkin halia ambil masa nak habis. Tapi jangan risau, ada cara paling senang dan semula jadi untuk kekalkan kesegaran halia tanpa perlu simpan dalam peti sejuk langsung.
Caranya, tanam dalam tanah dan biar halia ‘hidup’ elok di dapur.
Ads
Tip simpan halia dalam tanah lebih praktikal
Kaedah ini sesuai untuk mereka yang guna halia dalam kuantiti kecil, macam masak lauk harian atau bancuh air. Caranya mudah:
Cari bekas kecil – pasu mini, baldi plastik, atau bekas terpakai pun boleh.
2. Isi dengan tanah biasa – tanah hitam atau tanah campuran pun sesuai. Tak perlu baja pun tak apa.
Ads
3. Tanam halia dalam tanah – tak perlu tanam dalam-dalam. Cukup separuh tenggelam pun dah cukup.
4. Letak bekas di tepi tingkap dapur – tempat yang ada cahaya tapi tak terlalu panas.
Setiap kali nak masak, cuma potong bahagian yang nak guna. Selebihnya biarkan dalam tanah. Halia akan kekal segar, tak mengecut dan tak membusuk macam bila simpan dalam plastik atau peti sejuk.
Ads
Bila halia tumbuh membesar
Boleh jadi tanaman hiasan dapur jugak
Kadang-kadang, halia yang kita tanam dalam tanah akan mula keluarkan tunas dan daun. Itu tanda halia ‘hidup bahagia’ dan sesuai sangat dengan dapur kita. Kalau jadi begini:
Boleh pindahkan ke luar rumah (dalam pasu lebih besar) kalau nak halia membesar dan hasilkan lebih banyak isi.
Atau biar saja dalam pasu kecil, selagi tak ganggu ruang dapur dan masih mudah dicapai untuk digunakan.
INFO
Jangan siram terlalu banyak air. Cukup lembapkan tanah seminggu sekali.
Pastikan bekas ada lubang di bawah supaya air tak bertakung.
Kalau tanah mula nampak kering atau berdebu sangat, tukar tanah baru setiap 2-3 bulan.
Antara soalan popular di grup Tukang Apa Hari Ini ialah “Macamana nak mula design rumah sendiri di atas tanah kosong?”. Respon tipikal biasanya terdiri dari “Berapa bajet?” dan “Area mana?”, termasuklah “Ini contact saya, bila2 ready, ONZ”.
Aku tahu kemusykilan yang timbul di kalangan bakal pemilik rumah biasanya berkisar pada “adakah aku membuat keputusan yang betul?”. Jadi kat sini saya kongsikan antara perkara asas yang seorang arkitek akan bantu ketika merekabentuk rumah idaman anda – menentukan orientasi (arah/hala) rumah anda.
1. MATAHARI
Kalau kat negara negara di hemisfera utara/selatan, mereka memang gemar mengadap matahari. Ini kerana iklim mereka yang sejuk dan mendapat matahari terik pada musim panas sahaja. Tapi kita di khatulistiwa, kalau boleh nak lari dari matahari ni.
Rumah yang mengadap matahari terbenam akan terlajak panas. Walaupun kita hadang dengan dinding, nanti dinding tu sendiri menyerap haba dan menjadi radiator pada waktu malam. Tu pasal kekadang rumah kita bahang sampai ke tengah malam (walaupun semuorang solat tak pernah tinggal ).
2. JALAN MASUK
Ini dah jadi kebiasaan orang Malaysia, rumah mesti nak mengadap jalan masuk. Padahal ini bukan amalan tradisi kita. Banyak rumah rumah kampung sebenarnya tak mengadap jalan masuk pun. Habis, dari mana datang pesen ni?
Dari kebiasaan melihat rumah teres. Semua rumah teres memang mengadap jalan. Ini untuk membolehkan developer memaksimumkan ruang yang ada untuk menjual seberapa banyak unit rumah pada tanah yang ada. Jadi susunan yang efisien bermakna rumah kita mengadap jalan, dengan pintu pagar dan porch tercatuk di depan rumah.
Soalan saya: Seronok ke duduk rumah mengadap kereta? Kenapa tak mengadap laman atau pemandangan yang cantik?
Jadi bila kita design rumah sendiri di atas tanah kosong dan lapang, fikirkan aspek ini. Kita tak perlu mengadap jalan raya!
3. KONTEKS
Bila buat rumah, jangan tengok pelan sahaja. Arkitek memang dah fasih dan faham tentang ‘respon kepada konteks’. Tapi ia jarang dibincangkan dengan klien, hinggakan ia kerap dianggap sebagai ‘specialised, elitist knowledge’. Benda ni simple aje sebenarnya.
Cuba fikir, bila bangun pagi dan bukak tingkap, kita nak mengadap apa sebenarnya? Pemandangan bukit bukau berbalam balam, atau bas sekolah kepunyaan jiran yang tengah panaskan enjin dengan asap berkepul-kepul?
Bila kita ada tanah, lihat sekelilingnya. Kalau boleh duduk (berkhemah) di tanah tu seminggu, perhatikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Pastikan tak ada silau dari bangunan jiran dan elakkan design yang membolehkan jiran menjenguk ke dalam rumah kita dari balkoni dia (kecuali kalau korang memang suka, yang tu tak nak campur hahah)
4. AGAMA / SPIRITUALITI
Ini pun penting juga. Ada orang bermati-matian nak rumah dia mengadap kiblat. Sebenarnya tak wajib mengadap kiblat, cuma ia memudahkan nak berjemaah kalau ruang tu selari dengan kiblat. Bukan seluruh rumah kena hadap kiblat, cukuplah satu dinding/ruang yang selari atau serenjang dengan kiblat. Islam itu mudah.
Begitu juga dengan aspek aspek lain. Ada orang percaya dengan Feng Shui. Aku tak percaya, tapi aku tahu macamana nak design dengan Feng Shui. Kenapa aku belajar Feng Shui? Pasal kalau rumah tu ikut/mesra Feng Shui, boleh jual lagi mahal maaa.
5. PEMANDANGAN
Ini tak payah cerita banyak. Kalau tanah kau mengadap tasik, maka itulah orientasi rumah kau. Tak kiralah ia membelakangkan jalan ke, rumah jiran ke, balai polis dan sebagainya, pemandangan yang indah tak dapat dinikmati oleh semua orang.
Sekurang-kurangnya, di masa akan datang boleh dijadikan homestay dengan ciri-ciri yang menarik! Tapi tolong bincang dengan arkitek untuk memanfaatkan pemandangan yang cantik. Membuat balkoni supaya boleh jenguk awek rumah sebelah TAK KIRA!
YANG MANA LEBIH PENTING?
Ini soalan yang anda kena tanya pada diri sendiri. Bukan semua ini sama penting, dan bukan semua orang mempunyai kehendak yang sama. Malah, tanah tanah yang ada ni pun berbeza-beza kehendaknya.
Di sini, perbincangan dengan arkitek amat penting untuk memanfaatkan tanah yang ada. Beritahu dia apa yang penting untuk anda, apa yang tak perlu ditekankan. Nanti pandailah dia design beberapa cadangan untuk kita pilih.
Rumah yang kita bina bukan untuk duduk 2-3 tahun. Rancanglah 20-30 tahun akan datang. Arkitek boleh design semua tu, itu memang kepakaran arkitek. Semua dah termasuk dalam fi haha!
Sebenarnya ada banyak tugas arkitek ni, tapi ini secebis sahaja. Banyak lagi aspek design yang perlu dititik-beratkan. Contohnya, rekaletak bangunan, susunatur ruang, kemudahan sirkulasi, pencahayaan, pengudaraan, keselesaan termal, jangkahayat penggunaan bangunan, keselamatan dan macam-macam lagi.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh pemilik tanah yang bakal membina rumah satu hari nanti.
Tidak dinafikan dalam setiap rumah pastinya ada menyediakan bekalan ubatan terutama jika mengalami masalah kesihatan seperti demam, selesema atau batuk.
Namun begitu, ramai yang tidak ambil peduli tempat menyimpan ubatan di rumah dan meletakkan di mana-mana sahaja, janji selamat.
Perkongsian tutorial dari Hani Mynis ini boleh kita jadikan panduan dalam menguruskan keperluan ubat-ubatan di rumah agar memudahkan untuk mencarinya kala memerlukan.
Tip Simpan Ubat-Ubatan Di Rumah Secara Teratur
1. Simpan ubat dalam bekas mengikut kategori
Simpan ikut kategori ubat.
– Oral care
– Eye care
– Ear
– Nose and throat
– Muscle pain
– Wound treatment
– Skin
– Syringe and dosage cup
– Indigestion
Selain tu ada tiga bekas lagi :
– Supplement
– Medical kit anak
– Prescription
2. Sediakan tempat khas dalam kabinet atau laci untuk menyimpan ubat
– Khaskan satu ruangan dalam kabinet untuk simpan ubat.
– Pastikan kedudukan tinggi dari capaian anak-anak. Tetapi mudah diakses oleh orang dewasa (jangan simpan laci bawah katil).
– Pastikan ruang yang dipilih cukup tinggi. Tak mudah dicapai oleh anak-anak.
– Pastikan ruang yang dipilih jauh dari kawasan lembap (bilik air), tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Atau tidak terlalu dekat dengan dapur masak (ubat-ubat sensitif kepada tiga perkara ini: cahaya, haba dan kelembapan).
3. Gunakan bekas lutsinar
– Supaya nampak isi dalam dia tu dan asingkan ubat mengikut kategori sakit. Misalnya jika kalau sakit perut, tidak susah mencari ubat dalam mana-mana kotak.
Gunakan bekas lutsinar.
4. Keluarkan ubat dari kotak yang besar
– Supaya mudah disimpan dan jimat ruang.
– Sebelum buang kotak ubat, pastikan maklumat penting ada juga tertulis pada ubat. Kalau dalam kotak ada brochure yang penting, boleh simpan dalam fail medical. Boleh rujuk bila-bila.
– Gunakan ruangan pintu sebaiknya untuk maksimum storage.
Brochure penting jangan buang.
5. Label setiap bekas
– Labelkan setiap bekas. Boleh gunakan mesin label maker, atau masking tape.
Buat label.
6. Simpan ubat bentuk pil dalam kotak ubatan
– Simpan ubat pil dalam pill box. Jangan sesekali keluarkan dari packaging. Potong kecil-kecil papan ubat dan masukkan dalam pill box.
– Untuk ubat yang sekali makan 2 biji (contoh panadol) boleh dipotong dua-dua
– Manakala untuk ubat yang lambat habis (contoh ponstan, ubat tahan sakit, jarang makan), tulis tarikh expired kat setiap pill (selalu pada papan pill ada tulis expired date).
Simpan dalam kotak ubat senang jika mahu bawa ke mana-mana.
Info Tambahan:
– Hanya ubat tertentu sahaja boleh disimpan dalam peti ais.
– Contoh: ubat diarah bancuh sendiri seperti ubat antibiotik, insulin. Ubat berbentuk sirap yang sudah sedia dibancuh jangan disimpan dalam peti ais. Contohnya ubat batuk atau ubat demam anak. Hanya akan menyebabkan ubat cepat rosak.
– Jika ada anak kecil, wajib ada medical kit untuk anak yang boleh dibawa ke mana-mana.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...