Antara tip untuk menjimatkan bil elektrik yang sering kali diasarankan adalah mencabut plug barang elekterik jika tak digunakan. Tapi ramai tak tahu kenapa ia perlu dilakukan, bagi kita bila suis dimatikan dah cukup.

Hal ini kerana terdapat sesetengah barangan elektrik masih menyimpan tenaga elektrik walaupun suis sudah dimatikan.

Berikut adalah penjelasan @abgletriqq dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Beliau yang selalu berkongsi tip tentang barang elektrik ini menjelaskan ia perlu dilakukan kerana terdapat sesetengah barangan elektrik masih menyimpan tenaga elektrik walaupun suis sudah dimatikan.

IKLAN

“Ada sesetengah produk elektrik sebenarnya ada load current yang akan masuk walaupun kita dah tutup suis. Ia dikenali sebagai Phantom Power atau Standby Power.

“Ia akan terjadi pada barang elektrik yang ditutup suiz tapi tak cabut plug. Antara barang elektrik yang berkemungkinan terjadi Phantom Power ataupun Standy Power ini yang saya betul-betul pasti adalah mesin basuh front load.

IKLAN

“Sebab itu sebelum ini dalam video tip jimat elektrik saya sebelum ini, saya syorkan cabut plug mesin basuh. Load elektrik akan standby di bahagian pc board walaupun kita sudah tutup suis,” katanya.

IKLAN

Selanjutnya beliau menasihatkan orang ramai membiasakan amalan mencabut plug agar tidak berlaku insiden terlupa matikan suis plug khususnya sewaktu meninggalkan rumah yang dah tentu memberi kesan bil elektrik. Jika dah cabut plug kita takkan ada kejadian tak tutup suiz.

@abgletriqq Replying to @lipaskipasvvt tak semua..tapi bagus kalau kita cabut plug sebenarnya😊 #homeelectricalproducts #tipsandtricks #tips #abgletriqq #fyp ♬ original sound – ABG.LETRIQQ

Selain itu:  Ketua Keluarga Wajib Sedia Fail Faraid Peribadi, Ini Info Perlu Ada. Penting Jika Berlaku Kematian
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI