Makan

Tip Stok Bawang Kisar Kekal Segar Dalam Tempoh Lama, Boleh Buat Banyak Tak Perlu Risau Naik Kulat

Share

Stok bawang kisar memang sentiasa ada dalam peti ais kebanyakan rumah untuk memudahkan kerja memasak. Cuma kita tak boleh buat dalam jumlah banyak sebab bila lama dalam peti ais, bahan kisar ini naik kulat.

Tapi Norhidayah Mohd Aripin

berkongi cara yang dilakukan bagi memastikan stok bahan kisar ini tahan lebih lama. Berbulan-bulan pun masih elok segar.

Cara inilah yang dipraktikkan untuk memudahkan kerja memasak. Apa yang perlu dilakukan adalah kupas, kisar dan bekukan.

Tip bahan kisar kekal segar tempoh lama

Bawang putih, bawang merah, halia, cili semuanya dikisar secara berasingan. Kisar tak perlu lumat menggunakan chopper supaya tak berair.

Kemudian bahan kisar ini dimasukkan dalam acuan ais dan kemudian dibekukan. Selepas beku, letakkan dalam satu bekas. Bila ada masa buat supaya stok bertambah.

Bawang merah dan bawang putih kisar

Bila nak masak ambil ketulan bahan kisar ikut kuantiti yang mahu digunakan saja. Cara ini lebih mudah, jadi yang lain kekal sedari dalam bahagian beku.

Untuk memasak pula sediakan kuali dengan minyak untuk menumis, buka api, tak perlu tunggu minyak panas terus masuk bahan kiub, tumis saja macam biasa.

IKLAN