Tip Supaya Mata Tak Sakit Lihat Baju Banyak Tergantung, Pasang Curtain Pada Open Wardrobe

Share

 

Konsep open wardrobe memang ramai yang guna sebab memudahkan. Semua pakaian letak setempat. tak perlu lipat, gantung saja.

Lagi satu ia tak semestinya menggunakan almari besar. Hanya guna palang atau rod untuk gantung baju serta rak pun dah ok!

Tapi satu masalah open wardrobe ini  adalah semua pakaian yang tergantung akan nampak. Kita boleh jadi sakit mata lihat baju yang banyak tergantung.

Penyelesaiannya boleh letak langsir/curtain macam tip yang dikongsi oleh وانش عينش. Lebih menariknya idea open wardrobe ini juga tak mahal. Kos bawah RM250 termasuk langsir.

Open wardrobe bajet bawah RM250

Saya sakit mata tengok baju bersusun banyak camni.

Penyelesaiannya letak curtain di open wardrobe supaya mata tak sakit. Semua pakai barang IKEA kecuali hanger.

Bilik ini memang saiznya comel, jadi nak tak nak open wardrobe memang kena letak tepi pintu. Open wardrobe ini bajet tak tinggi plus boleh isi banyak baju berbanding letak almari.

Boleh tambah hanging rack dan box pada lantai untuk letak barang-barang lain.

Idea asal

Ini barang-barang yang digunakan

Semua barang-barang beli di IKEA kecuali penyangkut baju

Sumber : وانش عينش

IKLAN