Tip Susun Atur Buku Sekolah Yang Mudah Untuk Anak Darjah Satu. Anak Pun Boleh Tukar Jadual Sendiri

Share

Ibu bapa yang ada anak masuk darjah satu biasanya akan ekstra sibuk dan risau memikirkan anak dalam persekitaran baru di sekolah.

Kalau boleh semua mahu disediakan dalam keadaan memudahkan anak di sekolah nanti. Antara yang dilakukan adalah persediaan menyusun buku sekolah anak.

Perlu, supaya buku anak tak bersepah, hilang atau bercampur dan paling penting memudahkan anak menyusun sendiri jadual nanti. Takdelah setiap malam, mak kena tukar jadual anak.

Untuk parent yang ada anak masuk darjah satu boleh gunakan tip dikongsi oleh Fariha Norbaya.

Tip susun atur buku sekolah anak

Cara ini saya guna untuk susun semua buku sekolah anak iaitu buku-buku sekolah Agama & sekolah kebangsaan. Total semua hampir 20 subjek. Di bawah ini saya tunjuk tutorial utk beberapa subjek sahaja.

Sediakan 1 fail untuk 1 subjek
Saya beli fail yg boleh muat buku teks sekali dgn buku latihan. Senang nak sekalikan & saiznya muat untuk masuk beg sekolah. Dekat fail tu saya letak label :
🍁Nama anak
🍁Nama kelas
🍁Subjek
🍁Hari

Kalau jadual waktu anak sentiasa berubah, jangan panik!
Kita cuma perlu sediakan fail yang berlabel subjek sahaja. Lebih praktikal untuk setahun sesi pembelajaran.

Saya print out sendiri setiap label
Ajak anak buat aktiviti ini skali, lebih mudah untuk dia faham sistemnya. Jangan lupa terangkan caranya pada anak kita.

Kelebihan bila buat sistem fail ini 


🍁Buku terjaga elok, tak rosak tak koyak atau kelepet kat hujung
🍁Anak boleh terus ambil fail yang nak dibawa, buku automatik dah tersedia dalam tu. Masuk dalam beg sekolah. Kemas je.
🍁Kurang risiko buku tertinggal. Sangat betul ni
🍁kalau cikgu bagi kertas latihan, senang simpan. Di sekolah anak masukkan terus ke dalam fail ikut subjek.
🍁Mudah juga untuk susun fail ini dekat rak & meja, tak berselerak.

Ajar anak-anak disiplin dari awal. InsyaAllah mudahkan urusan kita juga.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Fariha Norbaya

IKLAN