Tip Tanam Pokok Cili Dalam Pasu Supaya Tahan Lama & Terus Berbuah.
Pokok cili antara yang selalu kita tanam di dalam pasu di rumah. Tanam 2-3 pokok pun sudah memadai untuk kegunaan sendiri.
Tapi bagi memastikan pokok cili yang kita tanam ini hidup lama dan terus berbuah, ada penjagaan yang perlu kita praktikkan.
Tip tanam pokok cili dalam pasu supaya hidup lama
Perlu diketahui pokok cili boleh hidup agak lama dalam pasu, bergantung kepada penjagaan, jenis cili, dan persekitaran. Antara yang perlu dipraktikkan adalah :
1. Petik cili selalu, jangan biar buah tua terlalu lama di pokok.
2. Pangkas ranting tua supaya pokok tumbuh tunas baru.
Ads
3. Tambah tanah atau baja baru setiap bulan – medium dalam pasu cepat kekurangan nutrien.
4. Bila nampak akar dalam pasu terlalu padat dan terkeluar tukar pasu kepada saiz yang lebih besar.
Ads
Bila pokok cili kurang berbuah, lakukan langkah ini
Selepas pokok matang, selalunya pokok cili akan kurang menghasilkan buah, daun makin kecil, atau banyak ranting kering. Jika ini berlalu boleh cuba cara ni;
Potong ranting tua atau kering (yang tiada daun muda).
Tinggalkan batang utama dan 2–3 dahan muda sahaja.
Untuk galak cabang baru, potong atas ruas daun ke-2 atau ke-3 dari bawah.
Letak pokok di tempat redup 2–3 hari dulu sebelum kena matahari penuh semula.
Siram biasa, tapi jangan baja dulu.
Selepas melakukan buat langkah di atas, dalam 7–14 hari pokok akan mula keluarkan tunas baru dari batang atau celah daun.
Bila tunas tumbuh dan jadi daun baru, pokok akan mula bertenaga semula.
Lepas 2–3 minggu, bolehlah mula memberi baja buah (tinggi kalium). Dari situ bunga akan keluar seterusnya buah menyusul semula.
Ads
INFO
-Pokok cili jenis kampung dan cili padi sangat sesuai untuk teknik ini, sebab tahan lasak.
-Cili jenis biasa (cili padi, cili besar, cili kampung) mengambil masa 3 hingga 8 bulan untuk kitaran penuh (dari semai → berbunga → berbuah → tua).
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.
Masalah nyamuk terutama jika banyak memang perlu ditangani cuma kalau selalu gunakan penyembur nyamuk pun tak elok juga.
Selain kaedah semburan atau pengunaan ubat nyamuk sebenarnya ada juga cara semula jadi yang boleh kita gunakan untuk mengelakkan masalah nyamuk.
Gunakan serai dan daun pandan
Cuma layurkan saja dua daun ini atas api sekejap. Waktu ini memang wangi satu rumah. Kemudian hiris halus seperti bunga rampai dan masukkan dalam bekas.
Letak di sudut bilik atau ruang. Menurut Wan Erni Suria yang berkongsi petua ini selepas mempraktikkannya hampir tiga minggu masalah nyamuk berkurang hamper 90 peratus.
EKSTRA
Satu lagi cara adalah dengan meletakkan pokok Jeremin atau pokok lima jari di dalam rumah. Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.
Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.
Selalu ayam bahagian dada yang penuh dengan isi tak berapa laku di rumah. Kebanyakan suka ‘part’ yang ada tulang-tulang.
Biasanya supaya tak membazir kita potong kecil isi ayam ini dalam buat rencah bila masak nasi atau mi goreng.
Tapi selain buat rencah begini, boleh juga cuba idea dari Fdlah Ila ini. Bahagian isi ayam ini jadi menu ayam masak halia. Katanya olahan ini memang cepat saja licin bila hidang. Cara membuatnya juga turut dikongsi Fdlah Ila.
Isi ayam buat ayam masak halia, confirm cepat licin
Rumah saya ayam bahagian dada atau isi tak laku bila masak, suami dan anak pilih bahagian tulang saja. Kalau nak laku kena buat ayam halia, confirm cepat habis.
Bahan-bahan:
-Isi ayam – dihiris nipis
-Cili kering – dipotong
-Bawang merah – belah 6
-Bawang putih -dicincang
-Halia -dihiris nipis memanjang (guna banyak baru sedap)
-Sos tiram
-Serbuk lada hitam
-Sedikit tepung jagung
-Daun bawang -dipotong
NOTA: Kuantiti bahan ikut jumlah isi ayam
Dalam botol tu bukan mayonis ya, itu tepung jagung
Cara membuat
1. Panaskan minyak kemudian goreng cili kering hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Guna minyak sama goreng bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris tadi. Bila dah sedikit layu terus angkat. Ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama, goreng ayam seketika dan masukkan sedikit air. Renehkan seketika.
4. Selepas itu masuk sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam. Kacau. Kemudian masukkan semula cili kering, bawang dan halia yang ditumis.
5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air untuk pekatkan kuah. Kepekatan ikut citarasa.
6. Perasakan dengan garam dan kacau rata. Sebelum tutup api masukkan daun bawang.
Bila terasa nak makan ayam tandoori biasanya kita akan ke restoren mamak untuk memuaskan selera. Tapi kalau tak berapa rajin nak keluar ayam tandoori ini boleh juga kita buat sendiri di rumah.
Caranya boleh ikut perkongsian Nurul Joe kerana hasilnya sedap dan juicy seperti makan di restoren mamak.
Buat sendiri ayam tandoori
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong empat dan kelar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil garam
3 biji bawang besar
10 biji bawang putih
2 inci halia
3 biji buah pelaga
Daun ketumbar
1 biji jus lemon
1 cawan greek/plain yogurt
Sedikit pewarna merah
Cara membuat
1. Campur semua bahan di atas dan kisar halus.
2. Gaul bahan yang dikisar ini dengan ayam dan perap 5 jam atau lebih menggunakan aluminium foil.
3. Buka aluminium foil, keluarkan ayam dan letak dalam Loyang.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°c dalam sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...