Hidangan berasas petai memang jadi kegemaran ramai. Walaupun harga agak mahal tapi tetap dibeli. Jadi berbaloi juga jika nak tanam sendiri terutama kalau kediaman ada tanah yang luas untuk bercucuk tanam.
Jika ada yang nak cuba tanam boleh praktikkan juga petua yang dikongsi oleh Mayour Garage ini. Dipraktikkan oleh bapanya semasa menanam pokok petai hasilnya saiz buah yang dihasilkan besar-besar dan pokoknya berbuah rendah. Sambil bersila pun boleh petik.
Tip tanam pokok petai, bersila pun boleh petik
Ads
Pokok petai bapakku, sambil bersila pun boleh petik.
Petuanya masa pokok baru nak naik dulu bapak akan buang pucuk bahagian atas dengan kaedah pulas.
Ads
Tanam kena berjarak dengan pokok lain, supaya pokok tak berebut dengan pokok lain supaya tak meninggi.
Ads
Baja guna baja buah la kot, buahnya pun besar-besar.
Walaupun bukan asal orang Pantai Timur tapi ramai saja yang suka makan ICT atau ikan celup tepung yang popular di sana.
Kalau tekak rasa teringin nak makan, boleh saja buat sendiri. Ikut resipi ICT yang dikongsi oleh Achik Ita Jsd Kelantanyang katanya rangup krup krap sampai petang. Selain itu ICT ikut resipi ini juga akan hasilkan banyak ‘habuk’ atau serdak. Macam ni…
Rahsia untuk dapat bancuhan tepung yang rangup kata anak pemilik kedai makan dari Kelantan ini adalah pemilihan tepung beras yang betul.
Selepas try and error kata Achik Ita dua jenis tepung ini yang direkomen untuk digunakan iaitu tepung beras cap Tiga Teratai atau tepung beras Cap Golden Coins.
Bahan-bahan
Ikan kembung/selar/sardin – dibersihkan, tos
Tepung beras pek 500g(kurang pun tak mengapa)
1 biji telur
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
2 sb gula
Secubit kapur makan
Sedikit serbuk pewarna kuning(optional)
Air secukupnya
Cara membuat:
1. Bancuh semua bahan hingga rata dan jadi ala-ala peach gitu.
2. Panaskan minyak guna api besar dan minyak yang banyak.
3. Bila minyak dah panas masuk ikan dalam bancuhan tepung dan & terus masuk dalam kuali. Jangan rendam lama ikan dalam tepung. Nanti tepung pekat tak berabuk banyak.
4. Bila tepung dah garing, ikan dah masak angkat. Boleh terus makan, hidangan untuk petang atau tengah hari pun boleh!
Ramai yang suka memasak menggunakan santan segar malah sanggup buat stok atau beli dalam kuantiti banyak kemudian simpan dalam freezer.
Cuma masalahnya bila simpan santan segar yang dibekukan ini, kena ambil masa untuk santan cair baru boleh digunakan semula.
Tapi menariknya Nur Aida Md Zainuddin ada berkongsi tip simpan santan dalam freezer agar tak beku dan senang digunakan. Malah cara ini santan tetap boleh bertahan lama.
Ramai beli awal santan buat stok kemudian simpan dalam peti ais. Masalahnya santan akan jadi kena dan kena cairkan dulu.
Nak bagi tip macam mana simpan santan agar santan kekal masih cair dan chill saja tanpa beku
1. Sediakan kertas atau surat khabar kemudian basahkan. Balut santan dengan kertas surat khabar basah beberapa lapisan. Lagi banyak lagi bagus.
2. Kemudian simpan santan yang dibalut ini dalam peti ais macam biasa. Saya simpan dalam deep freezer.
3. Bila nak guna buka balutan surat khabar dan waktu ini kita akan perasan yang mengeras cuma kertas saja. Santan dalam tak mengeras.
Bila nak tukar cat rumah, ramai yang buat keputusan untuk mengecat sendiri untuk jimatkan kos.
Lagi pun kita fikir apa susahnya cat rumah pilih cat kemudian golek saja roller atas dinding, senang kot. Tapi sebenarnya nak mengecat rumah ini ada teknik yang kita kena tahu, barulah cat nampak sekata, tak bertampuk dan cantik.
Untuk korang yang memang nak cat rumah sila baca perkongsian Azlan Mohamad, yang pernah menjadi pengedar cat dan bekerja di kedai hardware.
Saya perhatikan ramai yang mengecat dan hasilnya tidak seperti yg didambakan. Jadi, saya sebagai bekas pekerja kedai hardware yg menjadi dealer cat ingin kongsikan beberapa tip asas mengecat.
Warna yang sesuai dan sedap mata anda memandang. Pilihan warna boleh dapatkan / dirujuk template warna daripada kedai. Pergi la ke kedai cat dan tengok lah betapa pening nya nak pilih colour. Boleh rujuk gambar contoh sy letak tu..
Sebab cat dinding didatangkan dalam dua jenis biasanya. Untuk exterior (dinding luar) and interior (dinding dalam) paint. Ini jugak penting terutama nak cat bahagian luar. Kena pilih untuk exterior sebab memang cat exterior direka khas untuk lebih tahan cuaca, air.
Cat juga ada pelbagai gred and pelbagai pilihan ada cat yang kurang bau, ada yang berbau hangit,berbau oren, ada yang berkilat ada yang tak berkilat dan kalau tak salah ada cat yang boleh sental balik kalau anak-anak conteng.
Untuk saya, saya rekemen Jotun la sebab saya kerja dengan Jotun dulu..haha. Cat sekarang kebanyakkannya water based yang mana lebih mesra alam sekitar, lebih selamat dan senang tanggal kalau terpecik ke lantai
Ini bahagian yang penting dalam menentukan warna pilihan anda nanti jadi seperti yg diimpikan atau sama tone seperti dalam katalog yg anda tengok kat kedai masa beli.
Sebelum anda cat rumah, lihat dahulu adakah terdapat keperluan untuk mengecat sealer terlebih dahulu sebelum terus cat colour base (cat warna pilihan anda).
Biasanya cat sealer akan apply bila pertama kali mengecat dinding rumah yang mana dinding memang kosong atau anda nak re-paint dinding rumah sekiranya dinding tersebut cat lama sudah tanggal dan menggelembung teruk.
Tapi haruslah buang semua cat lama terlebih dahulu. Kikis, gosok barulah apply cat sealer. Biasanya kalau cat lama anda masih elok, gelembungnya sikit saja tak perlu la menambah kerja.
Cat sealer sebenarnya bagus kerana dia melindungi cat warna anda daripada kelembapan dinding dan mebuatkan cat warna anda melekat lebih kuat pada dinding dan nampak lebih naik tona nya.
Kesilapan ramai orang ialah menjadikan cat warna putih sebagai cat sealer. Ini salah, cat sealer TAK SAMA dengan cat putih jadi alas. Fungsi sealer adalah melindungi warna cat. Kalau guna cat putih, dia kurang melindungi, dia curang jadi colour yang anda nak jadi tak seperti colour dalam code anda tgk atau akan jadi tompok putih.
Cat sealer warnanya memang putih, tapi tak seputih warna putih cat colour. Anda alas 4 atau 5 kali sekalipun cat sealer takkan bertukar menjadi putih pekat kerana fungsinya bukanlah sebagai cat base. Jangan terkejut tengok dinding anda warna tak rata…bertampung putihnya. Itu biasa kerana itu cat sealer. Biarkan benda tu.. Kerana sealer sebagai alas sahaja tak perlu cantik cantik.
Selepas tu bila cat sealer dah kering (lebih kurang 2 jam) boleh la mula cat dengan warna pilihan anda. Kacau terlebih dahulu, ini juga bahagian penting untuk cat.. Biasanya jika cat tidak dikacau rata, atau tidak digoncang akan membuatkan colour sedikit lari atau membuatkan anda sukar untuk mengelek roller cat.
Boleh kacau pakai kayu, besi seeloknya anda cari satu lagi bekas jadikan cat macam “teh tarik” barulah cat betul-betul bergaul atau bergelumang sesama sendiri. Tukang cat biasa akan guna teknik bancuhan teh tarik ni.
Untuk cat Jotun, tak perlu tambah air untuk mengecat. Tambah air hanya bila anda simpan cat itu dan nak cat balik kesesokkan harinya. Itupun hnya letak sedikit air. Jangan nak jimat sangat tambah air banyak nanti colour dah tak cantik, tak pekat.
Ramai org ingat mengecat merupakan satu perkara yg senang. Gelek roller nanti jadilah colour yg kita nak. Kalau senang camtu takkan tukang cat mintak upah mahal-mahal. Cat pun ada tekniknya. Yang saya tahu teknik yg senang dan berkesan ialah cat menggunakan teknik W atau M.
Maksudnya arah gelekkan roller ikut bentuk huruf W atau M. Lapisan pertama cat akan kelihatan tidak rata tetapi jangan panik.Biarkan saja, jangan salahkan skill cat anda. Tunggu sehingga lapisan pertama kering dan mulakan dengan lapisan kedua.
Cat sekarang cepat kering , mudah dibersihkan sekiranya kena tangan just cuci dengan air. Sekiranya anda menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan. Selepas lapisan cat kedua selesai, anda akan menikmati warna sebenar cat anda.
Saya bukan pakar, kalau ada yg tak betul boleh betulkan. Saya beri basic yg betul untuk cat. Kalau dah guna kaedah ni, masih lagi cat tak lawa dan tak rata tengok pulak keadaan dinding, plaster dan sebagainya faktor lain ya.. Yg penting jangan guna CAT MURAH kalau untuk rumah sendiri. Nak puas hati guna cat yg berkualiti Mahal sikit tapi memang puas hati.
Rujukan : (southpawska.blogspot),youtube.com, google.com, pengalaman sendiri.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.