Bagi yang suka bercucuk tanam memang akan teruja dan geram bila lihat sayur sawi gemuk subur macam ni.
Ramai yang ingat untuk dapat hasil sawi begini perlu letak baja dan ada penjagaannya tapi sebenarnya tak perlu pun.
Pokok sawi dwarf yang ditanam Nor Suriani Ismail ini memang betul-betul organik tak guna baja atau racun untuk hapuskan perosak.
Ujarnya untuk dapat sawi gemuk sebegini dia cuma menggunakan tanah sawit saja. Penjagaan pun tidak seberapa. Berikut adalah beberapa tip penanaman sawi yang dikongsi supaya dapat hasil yang sama.
Tip sawi gemuk tanpa baja & racun
1. Beli benih jenama Green World sawi drawf. Semai dalam kotak polisterin, bila dah besar sikit naik empat daun boleh pindahkan ke tapak.
Ads
2. Untuk buat tapak cuma susun bata atas tanah sedia ada. Kalau rajin buang rumput dulu, kalau tak buat pun tak mengapa. Tapak ini panjangnya dalam 10 kaki.
3. Kemudian tuang tanah sawit atas tapak, biar sehari dua kena hujan dulu baru tanam. Nak tanam terus pun boleh saja. Tak perlu campur dengan tanah lain dah. Tanah sawit ini saya beli RM10 untuk satu beg. Boleh cari di nurseri.
Ads
4. Tanah sawit ini tanah hasil buangan dari kilang proses sawit. Warna hitam dan lembik sikit.
Kelebihan guna tanah hitam sawit, ia dah penuh dengan zat jadi tak perlu letak baja, tanaman tetap gemuk. Cuma perlu siram saja dua kali sehari. Kalau hujan tak perlu siram.
5. Jika ada serangan perosak seperti siput, belalang, ulat bena cuma sembur dengan cuka kayu. Kena rajin tengok.
Sawi yang saya tanam ini memang ada serangan perosak tapi tak banyak. Jadi tanaman ini adalah organik tak guna bahan kimia.
Ads
Hasil tuaian pertama sawi dwarf ini dijual.
Selamat bercucuk tanam ya.
Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Stok bawang kisar antara yang kena ada dalam peti sejuk untuk mudahkan kerja memasak. Tapi satu masalah bila buat bawang kisar ini terutama dalam kuantiti banyak, iaitu bila dah lebih seminggu disimpan ia akan bertukar warna seakan warna ungu.
Supaya ini tak berlaku, bawang kisar ini tahan lama dan tak berubah warna boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Zahiruddin Al Amin Zainuddin.
Tip bawang kisar tahan lama, tak bertukar warna
Saya nak share ilmu sikit dekat akak-akak luar sana. Sebab haritu saya tengok satu post akak ni tanya, kenapa bawang blend naik warna ungu.
Tip nak buat bawang blend (bawang kisar) supaya tahan lebih lama, boleh tahan sampai 1-2 bulan. Jika letak dalam freezer lagi lama. Jangan risau, warna dia tetap bersinar-sinar, tak berubah.
Caranya,
1. Kisar bawang holland bersama minyak masak sahaja.
2. Selepas kisar masukkan dalam bekas dan tambah lagi minyak masak secukupnya.
INFO: Jangan campur air, sebab ia akan menyebabkan bawang bertukar warna dan tak tahan lama.
Ayam masak kicap ini feveret ramai, tapi ada macam-macam versi. Yang ini untuk yang suka pedas dan ada kuah pekat sikit.
Lauk ini juga mudah disediakan dan paling best, tak perlu banyak menu ini saja pun dah cukup untuk makan dengan nasi. Kalau nak cukup boleh ikut step by step ini.
Cara buat ayam masak kicap pedas
1. Perap ayam dengan garam, kunyit, halia ditumbuk lumat dan pes cili (lebihkan jika nak pedas)dan kicap. Perap 15-10 minit.
Ini kicap yang digunakan
2. Hiris, bawang, bawang putih, halia, cili kering, tomato. Sediakan juga
daun kari, tomato, bunga lawang dan kayu manis.
3.Panaskan kuali bunga lawan dan kayu manis.
4.Tumis hirisan bawang, bawang putih, cili kering, daun kari dan juga tomato.
5.Masukkan ayam yang diperap. Lebihan perapan simpan.
6.Kacau dan tutup periuk. Biar sehingga ayam setengah masak dalam 10 minit.
7.Curahan lebihan perapan tadi. Masak hingga ayam masak sepenuhnya.
Sayur cepat tuai, sememangnya inilah yang kita inginkan bila menanam sayur. Kalau boleh tanam hari ini lagi 30 hari dah boleh tuai hasil.
Tapi sebenarnya ia memang boleh direalisasikan. Apa yang penting kita tahu strategi yang perlu dipraktikkan agar pokok sayur yang ditanam cepat tumbesarannya, subur.
Bagi mendapatkan sayur dalam masa yang singkat, berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan:
Strategi tanam sayur cepat tuai
Foto: Facebook Berkebun D Rumah
1. Pilih sayur yang cepat tumbuh (kurang 30 hari)
Pilih sayur-sayuran yang boleh dituai dalam masa kurang dari sebulan, seperti:
-Kangkung – 14-21 hari
-Bayam hijau – 20-25 hari
-Sawi – 25-30 hari
-Daun ketumbar – 20-25 hari
-Daun bawang – Boleh mula dipotong dalam 15 hari
2. Gunakan teknik tanaman segera
Microgreens – Tumbuh dalam 7-14 hari, boleh dituai awal untuk salad.
Hidroponik DIY – Contoh: kangkung, sawi, dan selada tumbuh lebih cepat dalam air berbanding tanah.
Tanam semula sisa dapur – Daun bawang, salad, dan kangkung boleh ditanam semula dari akarnya.
3. Gunakan medium tanah yang betul
Tanah ringan dan subur – campurkan tanah dengan kompos atau baja organik untuk mempercepat pertumbuhan.
Gunakan tanah cocopeat atau perlite untuk pengudaraan yang lebih baik dan pertumbuhan akar yang pantas.
4. Baja organik untuk pertumbuhan cepat
Baja air rendaman kulit pisang – kaya dengan kalium untuk merangsang pertumbuhan.
Rendaman nasi atau air ikan – mengandungi nutrien penting untuk daun yang sihat.
Kompos teh – memberi tenaga segera kepada tumbuhan.
Foto: Facebook Berkebun D Rumah
5. Pastikan sumber cahaya cukup
Sayur hijau memerlukan 3-5 jam cahaya matahari untuk pertumbuhan cepat.
Jika ruang terhad, gunakan lampu LED grow light untuk mempercepatkan pertumbuhan.
6. Kaedah penanaman bertingkat & padat
Gunakan rak atau pasu bertingkat untuk menanam lebih banyak dalam ruang kecil.
Teknik polyculture – Campurkan beberapa jenis sayur dalam satu bekas untuk memaksimumkan hasil.
7. Siraman yang konsisten dan tidak berlebihan
Gunakan sistem siraman automatik DIY (contoh: sumbu kain atau botol air terbalik).
Pastikan tanah lembap tetapi tidak bertakung untuk mengelakkan akar busuk.
Teknik-teknik di atas boleh membantu kita menikmati sayur segar dalam masa yang singkat, walaupun hanya berkebun di balkoni atau dapur!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...