Biasa bagi ibu yang baru melahirkan berdepan kesukaran untuk menurunkan berat badan. Kadang-kala ambil masa bertahun untuk menurunkannya.
Tapi berbeza dengan ibu bernama Siti Zainab Nac. Ibu kepada tiga cahaya mata dan wanita bekerjaya ini berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 35kg dalam masa tiga bulan.
Dari berat 95KG kini 59KG! Syok kan. Ini tip yang dikongsi:
1. Buang alasan busy, tak reti!
Mami nak share pengalaman mami turunkan berat dalam 35kg dari (95kg ke 59kg) dalam masa 3 bulan. Semua orang nak kurus tapi semua orang malas nak bersenam. Nak bersenam tapi kekangan masa, kerja, busy dengan anak-anak, tak tahu nak mula dari mana.
Nak kurus tapi ada je alasan. Takde masa, busy, tak reti. Ok mami buang mindset tu. Sebab nak turunkan berat dengan cepat perlu exercise bersenam dengan konsisten. Mami tekad lepas bersalin anak no 3. Dengan berat dah macam badak air time tu. Aku kena kurus. Pedulikan benda-benda negative.
Tambah plak mami ada penyakit slip disc. 3 level plak tu. Takut nak buat aktiviti berat dan lasak takut makin sakit. Tapi doktor bagitahu kalu mami boleh turunkan berat sakit tu akan berkurang. Sebab beban berat takkan compress disc yg sakit tu. Ok mami dah semangat ni. Kena turunkan berat.
Tapi mami tak tahu aktiviti bersenam macam mana yg sesuai dengan mami yang busy ni. Mami terfikir apa kata cuba zumba. Sebab mami suka menari dan menyanyi. Sambil zumba sambil menyanyi sambil menari lompat-lompat kurus. Best juga ni.
Ads
Ini gambar sebelum…
Cari kelas zumba
Mami start cari kelas zumba. Sebab mami tak suka pergi gym. Mami suka yang ada lagu-lagu sebab mami suka buat aktiviti yang enjoy and fun. Mami join Zetty fitness class. Best rupanya zumba ni. Tak pandai step pon takpa. Pastu buat tempat tertutup semua wanita je yg join. Igtkan zumba ni memenatkan,letih tapi tak. Lepas zumba badan rasa ringan je.
Mami join 3 kali seminggu. Disebabkan mami kena jaga farmasi hana sampai pukul 10 malam, mami amik masa sejam sebelum balik, mami join kelas zumba. Hujung minggu mami angkut sekali ank2 join sama.Anak 2 pon enjoy main dgn kawan-kawan lain. Pastu mami buat zumba sendiri dekat rumah. Mami buat yoga, aerobic,shuffle dance semua buat kat rumah.
Bukan susah pon. Buka youtube subscribe je mana2 yang mudah nk ikut. Orang pon tak tgk. Nak malu apa kan. Buat dengan ank2 jer. Dalam 30 minit setiap hari. Masa ank2 g skolah atau ank2 tido. Asalkan badan kita berpeluh dan bakar lemak.
Buat senaman kat rumah pulak
Masa ni memang cepat badan turun.Mami tak suka yang berat2. Mami buat home workout. Buat squat dan sit up sebelum tido at least 30-50 kali. Mula tu buat memang jalan terkangkang jer????. Lepas tu ok balik. Maklumla dah bertahun tak exercise.
Hujung minggu mami jogging atau jalan kaki je dengan anak2 dan hubby. Mami gilir jaga anak. Hubby memang support 200%. Sebab nak maintain tubuh sihat at least kita kena kurus. Bila kurus nak buat aktiviti apa-apa pon tak mudah penat. Penyakit pon susah nk datang. Memang best bila buat aktiviti sama-sama.
Ads
Jaga makan
Selain buat zumba, home workout, mami jaga makan. Makan kuantiti yang perlu je. Bukan makan ikut nafsu. Kalau tak buat yang ni memang badan akan makin naik. Yang ni mami dah share tips dlm post-post sebelum ni.
Pastu mami ambil suplemen sebab lepas beranak wanita memang ada masalah kurang zat nutrisi dan tenaga. Macam kalsium, zat besi dan energy booster. Alhamdulillah berat memang turun cepat dalam 35kg dalam masa 3 bulan je.
Mami install aps yang free. Dalam aps store banyak je homeworkout yang anda boleh buat sama2 dengan anak-anak. Tak perlu gym instructor pon. Mula buat step simple-simple. Yang penting berpeluh jantung berdegup laju tak kisah kardio ke apa janji berpeluh. Dah bakar kalori dan lemak.
Barulah boleh melaram pakai baju zaman anak dara
Dalam 3 bulan mami konsisten bersenam setiap hari at least 15 minit-30 minit. Sekarang dah boleh melaram pakai baju zaman anak dara balik. Bila kurus ni memang confident level tinggi. Sakit slip disc pon dah takde.
Kadang-kadang je kalau mami tersilap angkat benda berat atau duduk lama-lama. Memang banyak benefits bila kurus ni selain sihat. Bukan nak bagitahu gemuk itu tak bagus. Tapi kita akan rasa sendiri bila kita kurus. Percayalah.
Ads
Boleh jer kurus
Jadi mami nak bagitahu kat sini buat wanita terutama kat luar sana yg ada masalah berat badan, pastu anak ramai dan bekerja. Anda boleh kurus sebenarnya. Cuma anda tak tahu nak mula dan tiada push factor. Semua alasan je. Nak ke tak nak je.
Cari aktiviti yang kita selesa. Kalu x mau gi kelas, buat dekat rumah dgn anak-anak. Kalau tak tahu buat je yang simple dulu. At least kena mula buat. Buang mindset aku takde masa. Aku busy. Aku susah nak bersenam sebab kena urus anak-anak dan sibuk bekerja.Kalau nak semua boleh.
Mami dah buktikan mami boleh kurus. Mami ibu anak 3 bekerja dan sibuk macam anda. Mami boleh artis boleh. Anda pon boleh. Tak perlu guna duit pon. Just korban sedikit masa dan tenaga. Jom sama-sama start exercise harini tau. Tiada alasan lagi anda tak boleh kurus ok.
Ok macam mana teruja tak nak mulakan diet. Boleh follow Facebook Siti Zainab ini yang selalu saja update tip dia.
Kita selalu keliru, perlu ke ambil suplemen ketika hamil? Kenapa perlu ambil suplemen? Tak bahaya ke ambil suplemen ketika hamil?
Persoalan ini selalu bermain di fikiran ibu hamil. Apatah lagi pelbagai isu mengenai suplemen wujud terutamanya di laman sosial yang berprasangka suplemen boleh merosakkan buah pinggang.
Vanilla Kismis mendapatkan kenyataan daripada Profesor di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, Prof Dr Azizan Ahmad mengenai hal ini.
Ibu hamil perlu amalkan suplemen tak?
Ya, ibu hamil memang perlu amalkan suplemen apatah lagi jika makanan yang diambil tidak cukup menampung nutrisi yang diperlukan. Suplemen ialah makanan tambahan. Makanan perlu diambil seimbang dengan aktiviti yang dijalankan seharian. Sistem diet yang lazimnya diamalkan tidak mencukupi. Buktinya banyak penyakit dihidapi oleh orang ramai. Sebab itulah kita lihat hospital tidak pernah kosong. Masyarakat kita tidak sihat termasuklah ibu hamil disebabkan oleh pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi.
Apa sebab utama ibu hamil perlukan suplemen?
Sebab utama ibu hamil perlu ambil suplemen ialah untuk memastikan kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Sepanjang tempoh kehamilan, ibu kena sihat dan pastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi secukupnya.
Jika ibu abaikan pengambilan nutrisi, bayi dalam kandungan boleh mendapat kesan buruk. Misalnya bayi lahir tak cukup bulan atau bayi lahir tak cukup berat. Ini semua kesan buruk yang boleh dielakkan dengan pengambilan nutrisi yang cukup.
Kalau ibu tidak larat hendak makan raw food, maka suplemenlah yang membantu mencukupkan nutrisi untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
Supleman mengandungi vitamin yang bagus untuk kesihatan ibu dan juga perkembangan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Sebab itulah, saya menggalakkan ibu hamil ambil suplemen sepanjang tempoh kehamilan.
Alahan adalah salah satu situasi yang ibu hamil akan alami. Bagaimana suplemen boleh bantu golongan yang macam ni?
Ibu hamil yang mengalami alahan adalah golongan yang sangat perlukan suplemen. Jangan ‘layan’ alahan itu sampai ibu tak makan langsung. Apabila ibu tak boleh nak makan makanan biasa misalnya nasi atau roti, jadi ibu kena ambil suplemen. Tujuannya mencukupkan nutrisi untuk anak dalam kandungan. Ini kerana apa yang ibu makan, anak akan dapat khasiatnya.
Biasanya alahan menyerangan ibu hamil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan. Tempoh ini pula sangat penting untuk kejadian janin yang sihat. Jadi, ibu kena pastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk bayi dalam kandungan. Ini sangat penting.
Apakah nutrisi yang ibu hamil perlukan?
Secara amnya, ibu hamil perlukan sumber makanan dalam bentuk vitamin dan mineral misalnya buah, karbohidrat misalnya nasi dan roti serta protein yang boleh didapati daripada ikan dan daging.
Suplemen bagaimana yang elok untuk ibu hamil?
Saya sarankan ibu hamil dapatkan suplemen yang berasaskan buah dan sayur. Ianya sangat bagus untuk memastikan ibu hamil dan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang mencukupi.
Ibu kena bijak memilih. Ada banyak suplemen di pasaran. Namun pilihlah yang menggunakan active ingredient. Ini kerana suplemen yang menggunakan active ingredient bagus untuk badan dan tidak memudaratkan.
Ini berbeza dengan suplemen yang bersifat sintetik. Suplemen bersifat sintetik inilah yang bermasalah. Ini kerana bahan yang digunakan ialah bahan sintetik yang sudah pasti ada bahan kimia. Suplemen seperti ini mengatakan mereka gunakan buah tetapi sebenarnya hanya perisa buah yang menyerupai bahan sebenar sedangkan ianya bukan bahan sebenar. Ini bahaya.
Tip penjagaan kesihatan ibu hamil yang ada alahan
1) Jangan layan alahan, ibu kena makan -Walaupun ibu mengalami alahan, ibu kena usaha untuk makan atau menggantikan makanan dengan suplemen. Bayi dalam kandungan perlukan nutrisi untuk tumbesarannya.
2) Cari waktu makan yang ibu selesa -Jika ibu loya pada waktu pagi, cuba makan pada waktu tengah hari. Jika tidak boleh, cuba waktu makan. Jangan tidak makan langsung.
3) Jangan tidur sepanjang hari -Tidur atau berehat sebenarnya menyebabkan alahan semakin kuat. Ibu kena rajin bergerak atau sekurang-kurangnya melakukan kerja rumah. Kalau dilayan, alahan akan semakin teruk.
Orang kata di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu, ada wanita yang hebat di belakangnya. Sesuai sangatlah dengan situasi pelakon, Ako Mustapha. Baru-baru ini di laman instagramnya, Ako telah memuat naik gambar dirinya yang terbaharu.
Ako bersama isteri, Kartina, dan anak, Mikael Iskandar.
Hilang 20 kilogram
Tampil dengan saiz lebih kecil berbanding dulu, kapsyen gambar itu turut menyebut inilah hasil penangan isterinya. Daripada 89 kilogram, kini berat badan Ako hanyalah 70 kilogram saja. Wow!
Meski ramai yang menanam impian untuk langsing tapi tak semua berjaya merealisasikannya. Kena ada tekad yang kuat untuk melakukannya.
Salah seorang yang berjaya melakukannya adalah penyanyi tak asing lagi, Ramlah Ram. Dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram selepas setahun menjalani gaya hidup sihat. Nak kurus bukan senang tau!
Pelantun lagu Selamat Jalan Romeo itu berkata, dia membuat keputusan menurunkan berat badan kerana tertekan dengan faktor berat badan sehingga timbul masalah untuk bergaya.
“Saya pernah tertekan dan menangis sendirian setiap kali mengenangkan berat badan dan saiz badan saya.
“Masalah timbul apabila saya ingin membeli pakaian. Susah betul nak mencari saiz yang sesuai,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Menurutnya, dia juga tertekan apabila ada kenalan yang bercakap dan mempersenda mengenai berat badannya.
“Ada kenalan yang bercakap mengenai berat badan saya. Pada waktu itu, berat saya adalah 70 kilogram dan dibandingkan dengan ketinggian saya, ia memang tidak sesuai.
“Saya jadikan kata-kata mereka itu sebagai pembakar semangat untuk menurunkan berat badan. Lagi pula, ini juga adalah untuk peminat-peminat yang ingin melihat saya tampil menarik ketika membuat persembahan,” katanya.