Transformasi Peniaga Kuih Dalam Masa 55 Hari! Ini Jadual & Amalan Pemakanannya Setiap Hari

Share

 

Dari 86KG, wanita ini berjaya turunkan berat badannya hingga 14.5 KG dalam masa 55 hari saja. Kalau lihat perubahan Syafiqah Nasuha ini kita pun tumpang gembira dan terinspirasi untuk buat perkara yang sama.

Namun sebagai peniaga kuih muih ada pengorbanan yang dilakukan untuk mencapai misinya. Bimbang terpengaruh dengan makanan manis yang sedap-sedap belaka, dia sanggup menghentikan bisnes buat sementara.

Tapi hasilnya berbaloi. Dalam tempoh 55 hari itu dari 86KG berat badan turun jadi 69.4 KG.

Apa yang dilakukan dalam tempoh 55 hari? Bagi yang nak cukup boleh ikut perkongsian dari Syafiqah ini.

Tip turun dalam berat 14.5KG dalam masa 55 hari

Sis niaga kuih muih. So time itu closed order sebab nak mengelakkan dari termakan makanan manis dan segala jenis kuih muih ini.

Start diet waktu berat badan 86kg. Dalam masa 55 hari sahaja turun 14.2kg
Waktu tu dah dapat berat 71.8kg. Genap 3 bulan baru dapat tengok angka 6 kat depan. Waktu itu dah 69.4kg.
Tapi tu tup bila berniaga balik terus berat naik balik jadi 71.6kg.

Iman ku tak kuat. Now cuba untuk kembali ke darat setelah 1 bulan lebih ke lautan dalam.

Dalam masa 55 hari turun 14.2kg, ini yang saya amalkan;

  • Cut sugar
  • Less salt
  • Less oil
  • Setiap hidangan lengkap nutrisi (karbohidrat, protein,fiber)
  • Suku suku separuh.
  • Jaga pemakanan 80% senaman hanya 20%
  • Senaman hanya di rumah sahaja. Saya buat 3 benda saja.
  • Jumping rope, jumping jack dan senaman untuk perut boleh tengok di Youtube
  • Makanan yg saya selalu makan tak mahal pun, semua mampu beli.

Waktu makan dan amalan pemakanan

Sarapan

7.50am – saya akan minum green tea

8.30am-9am – saya ambil breakfast wrap/roti bersama telur/ ayam dan sayur.
Snacking time saya ambil kacang kuda atau buah epal.

Makan tengah hari

1pm-2pm – lunch saya wajib makan nasi. Saya tak pakai langsung perasa makanan. Cut sugar terus! Less oil less salt. Amalkan suku-suku separuh. Kalau nak tumis sayur, saya sukat minyak 1 sudu sahaja.

Makan malam

Saya awalkan pukul 6-7pm – saya makan nasi atau wrap/roti telur. Semua lengkap 3 benda dalam setiap hidangan karbohidrat, protein dan fiber.

Saya berhenti ambil makanan berat selepas kul 7pm. Lewat malam kalau lapar saya makan buah-buahan atau kekacang. Kekacang hanya boleh ambil 1 gengam sahaja.

FYI: Tinggi saya 163 cm

Hasilnya

Sumber: Syafiqa Nasuha

IKLAN