Trik Mudah Bersihkan Kaki Seluar Yang Penuh Melekat Kemuncup

Share

Anak keluar bermain petang-petang kemudian balik dengan seluar penuh melekat kemuncup. Ini memang boleh jadi salah satu punca kemarahan kaum mak-mak.

Kalau sikit tak jadi hal tapi kalau banyak sampai penuh kaki seluar memang akan jadi masalah. Nak cabut satu-satu memang leceh. Jika tak dicabut, memang seluar takkan selesa dipakai.

Disebabkan ini ada juga yang terus masukkan seluar yang penuh dengan kemuncup dalam tong sampah sebab tak sanggup nak cabut satu-satu.

Ikut trik ini!

Kalau berlaku lagi kejadian anak balik dengan seluar penuh kemuncup jangan buang sebaliknya ikut tip dikongsi oleh Nur Salina Mohtar

yang memperoleh idea ini dari netizen selepas berkongsi masalahnya di media sosial.

1. Cara pertama boleh saja cabut satu-satu tapi kalau banyak cara ini akan ambil masa.

2. Boleh juga kikis guna pisau tapi cara ini sama, memakan masa sebab tak semua kemuncup akan tertanggal bila dikikis.

3. Ataupun boleh guna kaedah yang lebih mudah, guna sellotape saiz besar! Caranya ambil sellotape/tape kemudian lekatkan pada kaki seluar yang penuh dengan kemuncup. Selepas itu tarik, kemuncup akan melekat pada sellotape.

Cara ini lebih jimatkan masa daripada cabut satu-satu.

Selamat mencuba!

 

IKLAN