Ubah Suai Ruang Terbiar Atas Tangga Jadi Loteng, Boleh Buat Ruang Solat

Share

Selain bilik membaca, ruangan solat juga sangat diimpikan buat mereka yang mempunyai kediaman sendiri.

Namun ruangan yang terhad menyebabkan keinginan itu dipendamkan sahaja.

Walaupun begitu perkongsian dari Shahrizan Mahful dari Tukang Apa Hari Ini memberitahu idea daripada seorang pelanggannya yang berjaya direalisasikan dengan berjaya membina ruang solat di bahagian loteng.

Pemasangan di bahagian loteng.

Siapa sangka ‘ruangan solat terapung’ yang dibina di ruangan atas tangga ini berjaya disiapkan dalam masa tiga hari pemasangan.

Manakala kos keseluruhan yang diperlukan adalah anggaran RM4,500 untuk loteng berkeluasan 9’ panjang x 5.5’ lebar.

DIY Ruang Solat Terapung

Hari pertama:
Pasang kerangka besi SH berukuran 2 x 6 x 1.9mm

Pasang kerangka.
Kerja yang teliti.

Hari kedua
Padang simen board
aksesori seperti handrail berukuran 12mm

Proses seterusnya.

Hari ketiga
Siapakan lantai menggunakan laminate floor. Kemasan anak tangga dengan menggunakan solid wood. Bahagian mengecat, kemas dan kerja mengelap dilakukan.

Siapkan tangga.

Info tambahan:

– Menggunakan dua wall plug bersaiz 3/8” x 4,1/2” pada satu titik di bahagian atas dan bawah, di mana bahagian yang akan masuk ke dalam dinding adalah 2,1/2”.

– Had berat untuk ruang ini dianggarkan boleh tampung sekitar 1,500 kg pada satu-satu masa.

Hasilnya boleh tampung berat ditetapkan.

Artikel berkait:

Idea DIY Kayu Pallet Untuk Lindung Ruang Dapur, Modal Tak Banyak

DIY Busy Board Untuk Lekakan Anak Elak Main Gajet

IKLAN