Bahagia melihat aksi angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang baru menimang cahaya mata kembar baru-baru ini.
Beliau juga sering dilihat berkongsi perkembangan bayi kembar lelaki mereka di instagram yang kini sudah pun berusia dua bulan. Tidak sekadar memuat naik foto terbaru, sebagai seorang doktor Dr. Sheikh Muszaphar turut berkongsi informasi berguna buat ibu bapa lain.
Contohnya baru-baru ini beliau menerangkan kelebihan bayi yang dilatih meniarap atau merangkak pada awal usia. Menariknya bayi kembarnya juga sudah diajar melakukan perkara tersebut seawal usia dua minggu. Wah awalnya!
Menurut Dr. Shiekh Muszaphar sebenarnya ada banyak kebaikan jika bayi diajar melakukan apa yang disebut tummy time ini sebaik dilahirkan. Berikut adalah perkongsian beliau yang dicatat dalam instagram miliknya.
Ads
Latih Adam merangkak pada usia dua minggu
“Penting sebenarnya untuk bayi baru lahir melakukan aktiviti meniarap atau tummy time. Saya mulakan tummy time pada anak sebaik mereka dilahirkan termasuklah anak perempuan saya.
Aktiviti ini akan menguatkan bahagian belakang dan juga leher mereka. Bayi baru lahir boleh kita ibaratkan seperti kura-kura, mereka tidak suka diangkat dan diposisikan dalam keadaan menelentang.
Dan lagi banyak mereka menjerit atau menangis ketika tummy time adalah lebih baik kerana ia akan mengembangkan paru-paru mereka.
Ads
Stimulasikan juga refleks cahaya untuk mereka kerana bayi baru lahir hanya dapat melihat hitam dan putih saja ketika ini. Selain itu stimulasikan Babinski reflleks di bahagian kaki yang boleh membantu bayi berjalan lebih awal.
Saya ingat lagi Bella sudah mula berjalan pada usia lapan bulan dan Tasha pada usia tujuh bulan yang mana pada saya satu pencapaian. Jadi sekiranya anda punya anak bayi baru lahir belum terlambat untuk melakukannya.”
Dan adalah sesuatu yang membahagiakan seorang ibu jika dapat menyediakannya apatah lagi bila anak terlalu menginginkannya.
Tapi berbeza buat ibu ini yang menyimpan memori sedih berkait makanan kegemaran anaknya. Permintaan terakhir anak untuk menikmati sambal ikan tak tertunai bila ajal terlebih dahulu menjemputnya.
Ikuti luahan hati ibu Bintang Hatiku yang dititip kerana terlalu rindukan anaknya.
Assalamualaikum.. Slmt tngahari smua. Saya prcaya stiap masakan pasti ada cerita atau peristiwa disebaliknya. Harini saya nk kongsi satu masakan brsama satu peristiwa sedih yg terjadi dalam hidup saya.
5hb 8 2016 hari jumaat. Setiap ptg Jumaat lpas habis kuliah pasti anak sulung saya bergegas pulang ke rumah. Jarak antara kedah dan perak mmang jauh tp dh jd rutin slama beberapa bulan dia berulang dari sg petani blik taiping stiap cuti hujung minggu.. Ceritanya begini..
Minta sedia makanan kegemaran
Pada petang tersebut along telefon saya tapi saya agak sebok jd adik dia yg jawap dan brcakap dengan along. Katanya dia sampai lewat mgkin dlm pkul 8 mlm. Dia minta saya sediakan masakan kegemaran dia. Sambal ikan xkisahla ikan apa pon. Kuah xnak pekat biar ceroi jer..
Kebetulan mlm tu kedua orang adik along..angah n alang p tidoq rumah tok depa. Sebelom pergi alang sempat pesan. Ibu jgn lupa sambal along nk tu. Saya iyakan saja. Suami saya pulak ada kl. Kerja bawa lori jadi tinggal saya sorang kat rumah. Saya malas nk masak mlm tu sebab memang dah rancang nk ajak along teman saya kluaq p beli barang dapoq.
Saya tunggu sampai pkul 8.30 mlm dia xsampai lagi.. Hati memang dah rasa gelibang gelibu(loghat utara) utk mkluman org tepeng memang kbnyakan brtutur bahasa utara na..
Tunggu tak tiba
Ok berbalik pada cerita td. Saya dah mula rsa xtentu arah. Saya kluaq pagar umah jengok stiap motor yg lalu lalang.. Ya Allah awat x sedap ati sangat ni aihh. Kau slmtkn lah ank2 aku dan suami ku Ya Allah.
Pkul 9 saya da start kluaq ayaq mata. Saya call suami habaq kt dia along xsampai lg. Call xdapat. Suami suruh sabaq. Suami cakap jgan tereyak abg jauh lg ni.. Sat abg call kwan along yg balik sama2 dgn along..
Pkul 10.30 mlm saya nmpk mtor along sampai. Orang yg bwa motor saya xnmpk sgt sb mata saya ni rabun n silau. Sambil kluaq nk pakai slipar saya smpt tnya.. Awat lambat long.. Ibu susah ati tnggu hg. Saya heran gak awat along diam..
Awt along xbuka pagaq sendiri mcm slalu. Smpai dkt mtor saya tngok kwn along yg bwa mtor tp along xdak.. Allah… mcm nk pecah jntung. Saya cuba brtenang. Hasif.. Mna ikram?. Hasif xjwp. Hnya ayaq mata meleleh kt pipi. Hasif xboleh nk brsuara pon.
Meraung depan rumah
Ya Allah.. Saya dh dpt tangkap apa yg brlaku.. Rasa gelap mata saya. Meraung saya kt situ. Smua jiran kluaq. Saya dah xmalu meraung tereyak mcm budak kcik. Hasif cuma ckp sabaq. Hospital. Tu jer.. Saya brgegas ke hospital taiping dgn jiran.
Sampai jer tubuh along dah kaku dah brbungkus. Lembik smua sendi saya.. Msa ty sya tau along xmakan lg sb along slalu balik mkn kt rumah. Saya trbayang sambal yg along mnta tapi saya xmsak pon.
Sesal memang sesal tapi saya mnusia biasa yg xkn pernah tahu perancangan Allah kerana Dia sebaik baik perancang. Petang tu along suruh hasif bwa motor dia. Dia bonceng motor kawan yang sorang lagi, arwah huzairi.
Selalu hasif yg tumpang arwah huzairi tp janji Allah tu pasti. Dah janji along dgn huzairi prgi mngadap penciptanya brsama sama. Huzairi mninggal di tmpt kejadian manakaka along mninggal dlm prjalanan ke hospital.
Kenangan sambal ikan pari ceroi
Hari ini saya msak sambal ikan pari ceroi .serta merta ingatan pada along mnerpa minda.. Along suka smua msakan saya lebih2 lg sambal xkira la sambal apapon.
Hari ni saya xdapat nk kawal rindu pada along jadi saya kongsikan ksedihan saya di sini. Sama2 brdoa dan sedekahkn al fatihah utk arwah ank sulung saya mohd ikram..
Punya 12 orang cucu, 8 daripada kelahiran cucunya disambut sendiri oleh Dr. Hamid Arshat. Sesuai dengan statusnya sebagai Pakar Sakit Puan.
Walaupun kebiasaannya doktor perubahan tidak digalakkan merawat ahli keluarga sendiri tapi Ujar Dr. Hamid Arshat dia sentiasa berdia agar urusan bersalin setiap menantunya dipermudahkan.
Cerita menarik ini dikongsi Dr. Hamid dalam Facebook miliknya baru-baru ini.
Alhamdulillah Allah telah kurniakan kami lima orang anak dan 12 orang cucu. Semua kelima-lima anak telah berumah tangga dan masing-masing ada anak.
Tiga orang anak dan 7 cucu duduk di Malaysia berdekatan rumah kami, dan mereka sering mengunjungi kami bila kelapangan.Seorang anak dan 3 orang cucu tinggal di Amerika dan seorang anak dan 2 cucu duduk di Perth Australia.
Dua orang anak saya dilahirkan ketika saya masih menjalani latihan jadi pakar bidan. Tiga orang dilahirkan setelah saya jadi pakar bidan. Walau demikian 4 orang anak saya kelahiran mereka disambut olih pakar-pakar bidan rakan sekerja. Hanya anak bongsu saya, kelahirannya saya sendiri sambut.
Dari dua belas orang cucu, lapan cucu saya sendiri sambut kelahiran mereka. Seorang saya sambut secara bedah cesarean dan yang lain secara normal. Hanya seorang cucu dari luar negara yang lahir di malaysia.
Pada kebiasaan doktor-doktor perubatan tidak digalakkan merawat ahli2 keluarga terdekat kerana ditakuti bila timbul sesuatu kerumitan, ia akan mengganggu dan menjejaskan kecekapannya.
Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan selamatkan segala urusan saya khususnya dalam prosedur2 pembedahan. Manusia memang lemah.
Dapat menyambut kelahiran bayi dan mengazankan merupakan satu nikmat dari Allah. Lagi-lagi jika bayi itu ada kaitan baka dan keturunan sendiri. Betapa gembira seorang datuk dapat menyambut dan menatang bayi dengan tangisan dan sedutan nafas pertama.
Semoga seruan azan saya masuk kedalam jiwanya dan terus kekal hingga keakhir hayatnya. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memandunya kejalan yang lurus dan benar serta diredhai Allah. Seterusnya memberkati dan merahmati hidupnya kearah kejayaan dunia dan akhirat.
Doa yang sama saya panjangkan kepada semua anak-anak yang saya sambut kelahiran mereka khususnya dan semua anak2 islam amnya.
Anak lahir fitrah. Ibubapa yang membentuk akidah, perwatakkan, intelek, akhlak, sikap dan tabiat. Didik dengan ilmu yang menfaat.
Ramai diantara datuk dan nenek yang sudah bersara dari kerja dan sekarang bertugas menjaga cucu, ketika ibubapa mereka pergi kerja. Ambil peluang ini untuk mendidik cucu-cucu agar mereka jadi insan yang kamil serta berjaya apabila mereka besar nanti.
Korang macam mana, ok tak kalau pak mentua jadi bidan?
Kalau ditanya pada kaum ibu terutama yang bekerja pasti bila masa mereka berehat rasanya ramai yang ambil masa untuk berfikir.
Sebabnya, mereka tiada masa untuk berehat. Apa tidaknya lepas seharian di tempat kerja, kebanyakannya akan kelam kabut pulang mengambil anak dari sekolah, rumah pengasuh atau pun taska.
Sampai di rumah tak sempat tukar baju kaum ibu terus ke dapur menyiapkan makanan anak. Kemudian menyiapkan makanan seterusnya melakukan kerja rumah yang tak berkesudahan.
Walau pun bahagia melakukannya demi insan tersayang tapi awas ya, bila rasa penat dan mengalami ciri-ciri di bawah silalah bawa berehat.
Ini tanda sebenarnya ibu sudah mengalami tahap kepenatan melampau dan perlu berehat segera agar tidak menjejaskan kesihatan.
Paling utama cik suami perlu memerhati tanda-tanda ini sebab orang perempuan akan tetap melakukan kerja selagi terdaya walaupun sebenarnya keletihan. Suamilah yang perlu prihatin dan beri peluang isteri berehat.
Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat.
Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah tak peduli dengan baju yang kotor, pinggan berselerak atas meja dan hanya ingin tidur harap encik suami faham bahawa dia sedang keletihan.
Tidur malam sekejap-sekejap terjaga. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang tak berkesudahan.
Biasanya ibu akan senang melayan kerenah anak tapi bila ada hari dia marah-marah malah meminta anak bermain jauh, sebaiknya suami cepat-cepat tawarkan bantuan. Sama ada bantu buat kerja rumah atau bawa anak keluar supaya ibu ada masa berehat seketika.
Terasa pening malah seperti mahu jatuh ini tanda yang serius kerana boleh mencederakan. Ada kemungkinan otot-otot di tubuh isteri keletihan sehingga dia hilang keseimbangan.
Kalau dah terlalu sibuk buat kerja rumah, wanita biasanya lupa merawat diri. Tak sempat lagi mengenakan krim apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah kusam.
Suami perasan tak, bila tengah berbual isteri tak fokus. Malah ada juga yang malas bersembang, hanya mahu berbaring. Ini tanda dia letih yang amat sangat.
Biasa boleh berjaga malam untuk menonton tv tapi awal-awal lagi sudah terlentuk di depan tv malah di dapur pun maka mintalah isteri berehat untuk mengembalikan kecergasannya.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...