
Setiap jam, setiap waktu ribuan rakyat Malaysia akan berada di dapur untuk meamasak. Dan bila bercakap tentang memasak di dapur peralatan paling penting semestinya tong gas memasak .
Walaupun kini semakin ramai mula beralih menggunakan dapur elektrik atau induction cooker, penggunaan tong gas masih lagi sangat meluas kerana lebih praktikal dan mudah digunakan.
Namun pernah tak anda terfikir sebenarnya apa yang ada di dalam tong gas memasak yang kita gunakan hampir setiap hari?
Macam mana keadaan di dalam tong gas tersebut?
Persoalan itu baru-baru ini dikongsikan oleh Pengarah Seksyen Kawalan Bekalan, Bahagian Penguat Kuasa KPDN, Shahrudin Hamzah atau lebih dikenali ramai sebagai Pak Long Cakna.
Tong Gas Bukan Sekadar Berisi ‘Angin’
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, beliau menunjukkan dua jenis tong gas yang biasa digunakan di Malaysia iaitu tong gas 14kg dan tong gas industri bersaiz 50kg.

Menurut beliau, ramai sebenarnya tidak tahu bahawa kandungan di dalam tong gas bukan sekadar gas biasa seperti yang disangka.
“Gas ini dia tak boleh datang macam tu saja, dia kena ada silinder seperti ini untuk diisi,” jelasnya.
Tambah beliau lagi, kandungan dalam tong gas sebenarnya merupakan campuran Propene dan Butane yang dimampatkan pada tekanan tinggi.
Disebabkan tekanan tersebut, gas berkenaan berubah menjadi bentuk cecair di dalam silinder.
“Sebab itu ia disebut sebagai gas cecair petroleum,” katanya.
@sbh5137 Salam semua….nak tahu lebih lanjut bab gas petroleum cecair atau LPG?…Mai ramai2 ikuti penerangan PLC ni!…”Kita Cakna, Elak Terkena”. Sharing is caring 👮👮👮💰💰💰🌟🌟🌟 #fypviral #tiktokviral #kpdn #nforceteamkpdn #gaspetroleumcecair ♬ original sound – Pak Long Cakna (PLC)
Kenapa Gas Boleh Jadi Cecair?
Ramai mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa kandungan di dalam tong gas sebenarnya berada dalam bentuk cecair dan bukannya gas sepenuhnya.
Secara ringkas, apabila gas dimampatkan pada tekanan tinggi, molekulnya menjadi lebih rapat lalu berubah kepada bentuk cecair.
Kaedah ini membolehkan lebih banyak kandungan disimpan di dalam tong gas tanpa memerlukan ruang yang terlalu besar.
Bila valve dibuka semasa memasak, tekanan dalam tong akan berubah dan kandungan cecair tadi kembali bertukar menjadi gas sebelum disalurkan ke dapur.
Sebab itu api boleh terus menyala apabila dapur dibuka.
Kenapa Tong Gas Perlu Disimpan Dengan Betul?
Disebabkan kandungannya berada di bawah tekanan tinggi, tong gas sebenarnya memerlukan langkah keselamatan yang betul ketika digunakan.
Antara perkara asas yang sering diingatkan termasuk:
- Pastikan tong gas berada di kawasan mempunyai pengudaraan baik
- Elakkan meletakkan tong berhampiran sumber haba melampau
- Periksa kepala gas dan hos secara berkala
- Tutup valve selepas selesai memasak
- Jangan gunakan tong gas yang rosak atau berkarat
Ramai memandang remeh perkara ini sedangkan kebocoran kecil sekalipun boleh mengundang risiko besar jika tidak disedari.
Tong Gas Masih Jadi Pilihan Ramai
Walaupun teknologi dapur moden semakin berkembang, tong gas masih menjadi pilihan utama ramai isi rumah di Malaysia.
Selain lebih menjimatkan, penggunaannya juga lebih praktikal terutama di kawasan yang mungkin tidak mempunyai penggunaan elektrik stabil.
Bahkan untuk peniaga makanan dan restoran, tong gas masih dianggap antara sumber tenaga memasak paling efisien.
Dan selepas mengetahui apa sebenarnya yang berada di dalam tong gas memasak, mungkin ramai akan lebih memahami kenapa aspek keselamatan penggunaannya sangat penting.
Kadang-kadang benda yang kita guna setiap hari sebenarnya mempunyai proses dan sistem yang jauh lebih menarik daripada yang kita sangka.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!




