2 Februari lalu dua anak jutawan terkenal SM Faliq SM Nasimudin dan juga Chryseis Tan selamat melangsungkan perkahwinan mereka.
Diadakan dalam suasana penuh meriah namun santai di resort The Chateau, Bentong Pahang, perkahwinan antara anak pewaris Naza dan juga jutawan Tan Sri Vincent Tan ini berlangsung mengikut dua tradisi, Melayu dan Cina.
Semalam dalam instagram Chryseis beliau telah berkongsi video perkahwinannya selain gambar-gambar perkahwinan mereka mengikut adat masyarakat Cina.
Diakhiri dengan ciuman, video perkahwinan ini memang nampak kerlasss terutama bila melihat kereta mewah yang tersusun tu.
Semalam berlangsung acara angkat sumpah oleh Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sekali gus mengakhiri tanda tanya pengganti Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Berkhidmat di negeri yang mendapat gelaran negeri paling maju dan kaya di Malaysia sudah tentunya menteri besar yang baru ini bakal jadi tumpuan.
Bukan saja dari sisi politik tapi juga sisi peribadinya. Selain daripada menjadi ADUN Sg Tua selama tiga penggal, ini juga fakta menarik tentang MB baru Selangor.
Mula bertanding sebagai calon untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) di DUN Batu Caves (kini Sungai Tua) dalam pilihan raya umum (PRU) ke 12 pada usia semuda 28 tahun. Amirudin kemudian terus menjadi ADUN Sg Tua selama tiga penggal sekali gus membuktikan beliau disenangi masyarakat setempat.
Berumah tangga sejak 13 tahun yang lalu, Masdiana merupakan seorang suri rumah
Memetik laporan Selangor Kini, sejak awal berkahwin Amirudin sudah ingatkan isteri hanya 20 peratus dirinya buat isteri dan 80 peratus untuk rakyat, cuma kadang-kadang saja akan jadi seimbang 50 peratus.
Kalangan kaum wanita sekarang ramai sungguh yang jadi pengikut drama adaptasi novel Jangan Benci Cintaku (JBC) yang kini sedang trending dengan watak Husna.
Namun begitu apa yang menariknya baru diketahui bahawa penulis novel itu sebenarnya merupakan seorang doktor, bukan Melayu pula tu.
Dr. Emelyne Bani Anak Jam, 32, atau lebih dikenali dengan nama pena Emy Roberto juga bukanlah orang baru dalam penulisan novel. Dia sudah menghasilkan lapan buku termasuk Jangan Benci Cintaku yang dihasilkan pada 2012.
Bertugas di bahagian Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) kita jadi tertanya-tanya sebenarnya macam manalah dia mencari masa untuk menulis.
Tapi kesibukan bukan halangan jika aktiviti itu jadi sebahagian dari hobi. Kata Dr. Emelyne, penulisannya bermula dengan menulis di blog yang diwujudkan oleh suaminya.
“Ia bermula dengan minat membaca dan ketika itu didorong oleh suami, kenapa tidak saya hasilkan bahan bacaan sendiri.
“Sejak itu, saya mula menulis di blog yang diwujudkan oleh suami dan akhirnya dapat menghasilkan novel. Setakat ini, sudah lapan buku saya tulis dan JBC dihasilkan ketika saya berada di tahun akhir dalam pengajian dalam bidang perubatan.
“Kebanyakan idea untuk menghasilkan buku adalah hasil inspirasi daripada kehidupan umum masyarakat kita. Memang ada terjadi, namun bukan membabitkan mereka yang hidup atau mati,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.
Mengulas mengenai drama yang JBC yang menjadi trending hingga ramai yang berasa geram dengan Husna katanya Emy berkata, dia sebenarnya ingin menyampaikan kepada masyarakat bahawa kisah rumah tangga seperti itu wujud.
Dalam drama terbabit boleh dilihat bagaimana Rafeeqa (Zahirah Macwilson) menyelesaikan masalah rumah tangga dengan Shahrizal (Saharul Ridzwan) yang diganggu orang ketiga iaitu Husna (Niena Baharun).
“Tidak semestinya imej dibawa Fiqa tidak baik dan tidak semestinya imej Husna yang bertudung adalah baik, itu yang saya mahu sampaikan kepada masyarakat,” katanya yang hanya menyedari drama itu trending selepas minggu kedua ia ditayangkan.
“Tetapi bagi saya, pelakon harus diberi kredit kerana mereka berjaya membawa watak itu sehingga mencetuskan trending,” ujarnya lagi memetik laporan dalam portal Harian Metro.
Sebelum kemenangan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 lagi sudah ramai yang terjampi dengan lagu Hael Husaini. Bukan lagu saja tapi orangnya juga yang manis dengan kumis tipis.
Rasanya lepas tengok gambar-gambar Hael dengan baby ni confirm lagi ramailah yang ‘terjampi’, tergetar ovari atau terjatuh hati dengan papa muda nih.
Ingat lagi tak sewaktu ucapan Hael lepas menang AJL ramai yang tertanya tanya siapa Helena yang disebut oleh penyanyi ini. Istimewa sungguh Helena ni sampai disebut dalam ucapan Hael di malam anugerah itu.
Bagi yang tak tahu, Helena atau Nur Helena adalah nama anak angkat Hael yang dijaga sejak hampir lapan bulan yang lalu.
Diambil dari sebuah keluarga sejak dilahirkan, Hael sanggup menjadi bapa walau masih bujang kerana anak kecil ini.
Malah penyanyi ini juga tidak berselindung dengan kehadiran Helena. Dia turut berkongsi foto Helena dalam instgram malah Helena turut mempunyai akaun instagramnya sendiri, @helenahael.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...