Kaedah Paling Pantas Masak Bubur Nasi Bayi, 7 Minit Dah Siap!

Share

 

 

Info ini cukup berguna buat ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dalam peringkat makan bubur nasi. Perkongsian ini menunjukkan cara paling cepat untuk menyiapkan hidangan mudah namun dianggap leceh oleh para ibu kerana mengambil masa yang lama.

Percaya tak dengan kaedah yang dikongsi ini masa yang diperlukan untuk memasak bubur nasi hanya 7 minit. Langkahnya pula mudah sangat. Bagi ibu bekerja, sambil bersiap pun boleh menyediakannya. Terima kasih kepada yang berkongsi ilmu ini.

Berikut adalah langkah-langkah penyediaan bubur nasi 7 minit.

Langkah 1

Basuh beras hingga bersih tak perlu tos.

 

Langkah 2

Masukkan beras dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi bayi untuk 5-6 hari).

 

Langkah 3

Bila mahu memasak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk. Jika mahu masukkan ayam dan sayur, letak pada waktu ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat.

 

Langkah 4

Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan tinggalkan bubur untuk melakukan kerja lain jika tak mahu bubur hangit.

 

Langkah 5

Minit ke-7, beras sudah kembang dan menjadi bubur. Kalau kuantiti tidak banyak penyediaan bubur ini akan mengambil masa kurang dari 15 minit.

 

Langkah 6

Inilah rupa bubur yang sudah siap dan disejukkan, kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba.

 

 

Sumber: Facebook Nor Sakinah Md Zainal.

 

 

 

IKLAN