Kadang-kadang kulit wajah kita tiada pun masalah kulit tapi dek kerana kusam terus tak naik seri, tak glowing.
Dan seri wajah ini tak semestinya hanya untuk pengantin saja, wanita yang dah kahwin juga perlu sentiasa pastikan wajah berseri untuk pasangan.
Bagi yang tak mahu bazir duit beli produk yang tak tentu keberkesanannya bolehlah cuba petua yang dikongsi oleh Aisyah Badar Bajrai.
Wajah glowing ‘mowing’
Memula masa jumpa petua ni, Aisyah macam percaya ngan tak jekk. Ye laa, dalam post tu cakap pakai halba boleh buat muka kita instant glowing pastu boleh kurangkan jerawat merah merah kat kulit. Macam tipu jekk. Dah la nak buat dia senang sangat.
Ads
Jadi semalam Aisyah try la buat masker halba ni. Kengkonon nak try la betul ke muka glowing mowing. Ehhhh, serious laa muka memang instant glowing. Yang lagi best, muka nampak bersih jek.
Mana jerawat yang tengah mengamuk tu semua dah kena pujuk. Tak merah dah. Padehal baru pakai sekali. Rupenyer halba ni selain boleh glowing mowing kan kulit kita, dia ada thiamine jugak tau.
Boleh cool kan jerawat yang tengah mengamuk juga
Thiamine ni boleh sihatkan kulit kita. Pastu kalau kat muka ada banyak black head, memang elok sangat buat masker halba ni.
Masker halba ni bukan setakat boleh kurang kan black head jek, mata panda pun boleh bertukar jadi mata pola bear, putih berseri gituu.?.
Ads
Tapiii, yang paling unsangkarable, masker halba ni ada vitamin C. Patut la bila pakai masker halba ni, memana jerawat merah yang tengah mengamuk tu semua cool jek. Hilang terus merah membara dia.
Ok jom tengok cara buat dia
Bagi yang tak kenal, inilah halba.
Rebus halba dengan air selama 5 minit. Pastu biarkan semalaman. Kalau air tak banyak, nanti korang masukkan air lagi.
Ads
Tadaa, ni la texture dia lepas kene blend. Texture dia macam play doh sikit. Jadi korang tampal tampal jek la kat muka
Ha…macam mana senangkan. Sebelum guna produk yang mahal-mahal tu boleh lah cuba petua masker ini dulu.
Anda mungkin masih nampak cantik bergaya pada usia 40 tahun tapi keadaan berbeza pula dengan dalaman tubuh anda.
Pada usia ini tubuh akan melalui fasa perubahannya atau lebih tepat lagi keadaan tubuh semakin merosot dan kebanyakannya akan dapat dirasai oleh empunya diri.
Berikut adalah 9 perubahan tubuh yang akan dialami apabila usia memasuki fasa usia 40 tahun.
1. Deria rasa berubah
Ketika dilahirkan, manusia dikurniakan lebih kurang 9,000 reseptor rasa. Namun bila usia bertambah jumlahnya akan berkurang dan kita kehilangan beberapa sensasi rasa. Boleh jadi kita kehilangan deria rasa masin, manis, pahit atau masam.
Biasanya perubahan ini berlaku lebih awal pada kaum wanita berbanding lelaki. Tapi perubahan ini bukanlah bermakna selera kita juga berubah cuma deria rasa kita saja jadi kurang tajam.
2. Sistem imun tubuh semakin kuat
Pada usia 40 tahun, tubuh akan menerima serangan virus dalam kadar yang lebih banyak berbanding usia sebelumnya. Namun begitu disebabkan sistem imuniti tubuh semakin kuat, kita akan jarang sakit.
Bagi mengekalkan dan meningkatkan sistem imun ini digalakan menjalani gaya hidup sihat, menjaga pemakanan dan bersenam selain mengurangkan tahap stres.
3. Deria pendengaran dan penglihatan kurang jelas
Rasanya ramai kalangan mereka berusia 40-an merungut tentang perkara ini. Sebabnya pada usia, deria penglihatan mula akan mengalami masalah atau lebih tepat kabur. Mungkin mengalami masalah rabun dekat atau jauh. Boleh jadi juga rabun warna.
Selain penglihatan, pendengaran juga akan mula terjejas pada usia ini kerana berlaku perubahan struktur membran dan telinga bahagian dalam.
4. Tapi keyakinan diri bertambah
Walaupun penglihatan, pendengaran mungkin merosot tapi menariknya keyakinan diri mereka yang berusia 40-an ini makin bertambah.
Psikologi menyatakan wanita terutamanya lebih yakin pada diri setelah menginjak usia 40 tahun, daripada mereka yang berumur 20 atau 30 tahun.
Fakta ini membantu mereka untuk semakin menghargai diri, tidak memikirkan hal remeh dan negatif. Ini sekaligus mereka berasa lebih puas bahagia dengan kehidupan yang dijalani.
5. Tahap metabolisme menurun
Bagi anda yang berusia 40-an pasti perasan bahawa berat badan mudah naik walaupun cara pemakanan anda sama seperti anda usia 30 tahun.
Ini disebabkan metabolisme yang semakin turun dan otot-otot yang lebih cepat mengendur. Rata-rata berat badan wanita akan naik antara usia 40 hingga 55 tahun, dengan berat sekitar 6 atau 8 kg. Jadi sebaiknya pada usia ini kita perlu lebih menjaga badan dan banyak melakukan senaman.
6. Ketinggian berubah
Jika berat badan mudah bertambah, satu lagi berita yang kurang best adalah ketinggian tubuh juga mungkin berkurangan. Perubahan ini dilihat berlaku pada usia 40 tahun.
Menurut data yang dikumpulkan oleh University of Arkansas, lelaki akan kehilangan ketinggian mereka satu inci antara usia 30 dan 70, dan wanita pula kehilangan ketinggi lebih kurang 2 inci.
Bagi mempertahankan keadaan tubuh, sebaiknya makan makanan yang mengandung kalsium dan vitamin D dan jangan lupa melakukan senaman.
7. Gigi sensitif
Jika anda mengalami masalah gigi sensitif ketika usia muda, masalah ini akan kurang ketika memasuki usia 40 tahun. Sebabnya sensitiviti semakin berkurangan.
8. Intoleransi laktosa
Pada usia ini anda boleh mengalami intoleransi terhadap produk susu. Ia biasa menyerang wanita Asia, Amerika dan juga Afrika.
Pada usia ini, tahap enzim laktase yang membantu mencerna laktosa menurun secara drastik. Akibatnya susu tidak dapat dicerna hingga menyebabkan masalah dalam usus besar. Sebagai alternatif pada susu, ambillah minuman probiotik.
9. Masalah rambut
Masalah ini berlaku terutamanya kalangan lelaki. 53% lelaki mengalami kebotakan setelah 40 tahun. Bagi wanita pula, mereka mungkin mengalami masalah rambut gugur namun lebih lewat daripada lelaki.
Sebaiknya jagalah rambut dengan cara memberinya nutrisi sejak daripada awal lagi. Selain itu elakkan juga penggunaan pengering rambut.
Umur dah masuk 30 tahun tapi nampak macam gadis yang baru habis belajar. Seronok bila dengar orang kata begini pada kita.
Nampak lebih muda dari usia sebenarnya jadi dambaan semua orang termasuk golongan lelaki. Siapa tak mahu kan.
Awet muda ini terserlah dari kulit kita yang sihat dan cerah bersinar. Berikut adalah praktik mudah untuk mendapatkannya sekali gus membantu anda tampil lima tahun lebih muda dari usia sebenar.
1. Amal buah dan sayur berwarna
Salah satu cara agar kulit jadi sihat dan bersinar adalah amalan makan makanan semula jadi berwarna-warni seperti blueberry, tembikai dan brokoli.
2. Keluarkan peluh
Gerakkan tubuh paling kurang 30 minit sehari untuk fikiran dan kulit yang sihat. Senaman akan melancarkan perjalanan darah.
Wajah akan kelihatan kemerah-merahan dan segar beberapa jam setelah mengeluarkan tenaga yang cukup banyak.
Atau boleh juga bersauna yang mana aktiviti ini akan menyebabkan jantung mengepam lebih banyak darah dari biasanya, seterusnya meningkatkan aliran darah ke wajah.
3. Solekan wajah
Jangan hanya pakai bedak dan lipstik, jadikan pemerah pipi sebagai solekan wajib. Ia akan membantu wajah nampak berseri dan tidak perlu pucat.
4. Krim dan serum malam
Malam adalah waktu terbaik untuk memulihkan kulit wajah. Krim dan serum yang anda pakai pada malam hari dapat membantu menutup pori-pori dan mencerahkan wajah.
5. Hilangkan kantung mata
Anda takkan nampak lebih muda dengan masalah kantung mata atau eye bag. Ia akan membuat wajah tampak kusam dan makin tua. Jadi cari cara untuk menghilangkannya, petua paling mudah meletakkan hirisan timun pada mata.
6. Gunakan masker wajah
Ini amalan yang boleh dipraktikkan pada waktu lapang. Masker yang dipakai dapat memberi nutrisi kepada kulit wajah. Ia membantu buat wajah tampak sihat dan bercahaya. Paling mudah masker dari putih telur saja.
Semuanya mudah kan, jadi tak mustahil nak dapatkan wajah yang awet muda.
Selain pipi tembam, masalah dagu berlapis juga merisaukan kaum wanita. Sebabnya timbunan lemak ini menyebabkan kita seperti memiliki dagu tambahan.
Selapis dagu tambahan mungkin biasa tapi jika sudah ada dua, anda harus cara untuk melenyapkannya jika tak mahu wajah turut kelihatan gemuk.
Tak perlu bedah plastik di bawah ini ada 7 teknik mudah yang boleh anda amalkan untuk menghapuskan lemak di bawah dagu itu.
Teknik 1
Berdiri tegak, angkat kepala seperti memandang atas hingga dagu juga terangkat. Bibir ditutup dan mulut dimuncungkan sampai otot pipi dan dagu rasa ditarik. Tahan selama 10 saat. Kembali ke posisi berdiri, ulang gerakan ini 10 kali.
Teknik 2
Berdiri tegak, tundukkan kepala dan mula buat gerakan mengikut pusingan jam. Ulang lima kali dan lima kali lagi mengikut arah jam sebaliknya.
Teknik 3
Berdiri tegak, tutup mulut rapat, tarik bibir seperti gerakan tersenyum lebar. Lakukan sampai otot rahang dan dagu rasa seperti ditarik. Tahan selama 10 saat. Ulangi gerakan sama sebanyak 10 kali.
Teknik 4
Mengunyah gula-gula getah – gerakan mengunyah gula-gula getah akan membuat otot rahang dan dagu bekerja lebih keras. Namun, pastikan anda memilih tanpa gula agar tidak menjejaskan gigi.
Teknik 5
Menguap – ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher juga akan ditarik sehingga mampu membakar lemak di pipi dan dagu. Oleh itu tiada ada salahnya jika anda melakukan gerakan menguap meskipun sedang tidak mengantuk.
Teknik 6
Urutan – urutan lembut yang dilakukan setiap hari boleh membantu menegangkan wajah. Cara urutan mulakan dari hujung leher membawa ke dagu hingga rahang. Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah.
Teknik 7
Senaman bola tenis – letak bola tenis di antara dagu dan leher. Kepit dengan kuat menggunakan dagu selama 10 saat, kemudian kendurkan selama lima saat. Ulangi 10 kali.
Senang sajakan cara nak hilang lemak bawah dagu, boleh dilakukan sambil duduk menonton tv. Selamat mencuba.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...