Kalau pergi ke pasar-pasar di negeri pantai Timur satu yang akan kita perasan adalah kebanyakan peniaganya adalah wanita. Baik Terengganu, Kelantan atau Pahang situasinya hampir sama.

Kaum wanita di sini memang dikenali suka berniaga atau lebih tepat suka pegang duit! Salah satu sebabnya sudah tentulah kerana mahu membantu keluarga dan diri mereka memperoleh kehidupan yang selesa terutama sekali bila usia
dah menjangkau tua.

Tapi suka berniaga dan banyak untung saja belum tentu dapat menjamin masa depan yang selesa bila sudah berusia jika mereka ini tak bijak uruskan kewangan.

Usahawan wanita perlu ada asas untuk urus wang perniagaan mereka jika berhasrat mahu bersara dengan tenang. Antaranya asasnya adalah 8 perkara ini dan ia perlu dimulakan sejak awal lagi.

1. Mula menabung

Ini paling utama ya. Walaupun bisnes kecil tapi perlu ada tabungan untuk hari tua. Biar sedikit tapi wajib ada.

IKLAN

2. Persediaan untuk perkara tak dijangka

Sekarang kita mungkin sihat walafiat tapi esok lusa siapa tahu. Boleh saja terjadi kita terpaksa berhenti berniaga atau bekerja disebabkan penyakit. Waktu itu, inilah gunanya tabungan yang dibuat.

Bukan nak menakutkan tapi perlu diingat di pantai timur, Kelantan terutamanya dalam satu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan beberapa tahun lalu hampir separuh rakyat negeri tersebut mempunyai masalah berat badan atau
obesiti yang berkait dengan pelbagai penyakit berbahaya seperti jantung dan kencing manis. Inilah sebabnya simpanan perlu ada.

3. Dua jenis simpanan kena ada

Tak kira peniaga atau tidak, kaum wanita kena ada dua jenis sempanan ini. Pertama, simpanan jangka masa pendek yang dibuat setiap bulan sebagai persediaan kecemasan. Keduanya simpanan jangka masa panjang yakni bekalan untuk hari tua kita, paling elok mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain itu:  Seribu Satu Macam Kegunaan Lemon Di Rumah

4. Beli apa yang perlu, bukan apa yang kita mahu

Bagi memastikan kita menabung secara konsisten, perlu ada perancangan bajet setiap bulan. Sebelum berbelanja sisihkan wang untuk tabungan dulu. Bila waktu berbelanja pula jangan membazir. Beli apa yang perlu, bukan apa yang kita mahu! Ingat tu!

5. Kena ada rekod

Peniaga tak kira kecil atau besar bisnes kena ada strategi kewangan. Aliran wang keluar masuk, jumlah jualan dan sebagainya perlu direkod. Barulah efisyen.

IKLAN

6. Awas, bila buat pinjaman!

Ada masa untuk kembangkan perniagaan kita kena buat pinjaman di institusi kewangan. Tapi sebelum buat keputusan itu, sila rancang dengan teliti tempoh pembayarannya. Bimbang usia dah tua kita masih terjerat dengan beban
hutang. Kalau dah begini macam mana nak bersara dengan tenang bukan?

7. Penama atau hibah jangan lupa

Bila dah buat simpanan untuk hari tua adalah penting kita membuat penama atau hibah. Ini juga sebenarnya untuk kemudahan ahli keluarga bila berlaku perkara tak dijangka seperti kematian.

8. Kalau mampu teruskanlah

Ramai yang mengimpi hari tua nanti untuk berehat, bercuti dan melihat anak cucu membesar depan mata. Tapi kalau tubuh masih sihat, bertenaga apa salahnya jika terus bekerja atau berniaga. Boleh juga tambah tabungan hari tua.

Kena ambil peluang tambah ilmu

Semua di atas adalah perkara asas yang wajib dibuat jika kita mengimpikan mahu bersara dengan tenang. Namun sangat disarankan kita mengambil inisiatif mendalami ilmu menguruskan kewangan dengan betul.

Untuk usahawan wanita yang berada di Pantai Timur terutama di Kuala Terengganu sila ambil peluang untuk sertai Karnival Kempen Celik Kewangan KWSP bersama Sinar Harian yang bakal diadakan pada 29 September nanti.

IKLAN
Selain itu:  Walau Untung Berniaga Sikit Tapi 8 'Ilmu' Ini Mampu Buat Wanita Pantai Timur Bersara Tenang

Wanita Pantai Timur Kena Buat 8 Perkara Ini Waktu Muda Kalau Impi Nak Bersara Tenang

Antara yang menarik dalam karnival ini adalah adalah sesi I’m The Bos perkongsian dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Antara ilmu yang dikongsi dengan peserta adalah:

  • Mengetahui dan memahami keperluan bajet, bagaimana untuk melakukannya dan mengikutinya.
  • Memahami kepentingan untuk menguruskan wang secara aktif dan bukan hanya memantau pendapatan dan perbelanjaan.
  • Memahami keperluan pelaburan untuk mengalahkan inflasi.
  • Mempelajari faktor utama untuk dipertimbangkan sebelum mengambil hutang
  • Mempelajari kepentingan dan bagaimana untuk menguruskan hutang secara bijak.

Semua ini sangat berguna terutama buat para peniaga. Lagi menarik, semua ini percuma dan terhad kepada 400 peserta sahaja!

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI