Kegunaan daun bawang, daun sup, kucai dan sebagainya dalam masakan selalunya bukan dalam jumlah yang banyak.
Guna sikit saja selebihnya disimpan, kadangkala hingga berlendir atau rosak. Memang rugi terutama buat ibu-ibu yang jarang memasak.
Untuk elakkan perkara yang sama berulang bolehlah mempraktikkan petua yang dikongsi oleh Puan Naziati Abdullah ini. Caranya pun cukup mudah, potong dan bekukan.
1. Hiris daun bawang.
2. Isi dalam bekas kiub ais.
3. Tuang air, sebaiknya guna air sejuk untuk cepat beku.
4. Simpan dalam tempat beku peti sejuk. Bila mahu gunakan ambil seberapa banyak yang perlu dan terus masuk dalam masakan.
Langkah yang sama boleh juga dibuat untuk menyimpan lebihan daun sup, daun kari dan juga daun limau purut. Jadi taklah membazir!
Selamat mencuba.
Sumber: Naziati Abdullah
Hanya Dengan Bekas Plastik RM2 Kita Boleh Selamatkan Nyawa Anak Dari Renjatan Elektrik
Dikongsi oleh netizen di Facebook idea penggunaan bekas plastik untuk melindungi soket elektrik ini memangnya cukup bernas.
Walau pun menggunakan produk yang murah tapi ia mampu menyelamatkan nyawa anak kecil dari terkena renjatan elektrik yang mana selalu menjadi kerisauan ibu bapa.
Macam mana nak buat? Boleh ikut langkah ini.
Bahan yang diperlukan:
Bekas plastik (seeloknya jenis penutup kedap udara)
Pisau
Glue Gun
Cara membuat
1. Ukur saiz soket, pastikan sesuai dengan bekas plastik yang dipilih.
2. Kemudian tebuk penutup bekas plastik tadi mengikut ukuran soket.
3. Menggunakan glue gun, lekat penutup plastik yang telah ditebuk tadi sekeliling soket.
4. Tebuk juga hujung bekas plastik untuk laluan wayar elektrik. Tutup soket dengan bekas plastik dan kemaskan penutupnya.
5. Dah siap! Anak kecil dah tak boleh main atau tarik wayar elektrik. Mudahkan!
Sumber: Viral Muafakat Johor
Buat Kerepek Terung Macam Ini, Sedap & Rangup. Kudapan Untuk Ajar Anak Suka Makan Sayur
Tengok kerepek terung ini pun kita dah tahu rasanya sedap. Garing dan rangup. Hidangan macam ni bukan saja boleh jadi lauk tapi juga kudap-kudapan.
Jika ada anak yang tak suka makan sayur boleh cuba buat kerepek terung ini untuk ajar mereka makan sayur. Cara inilah yang dipraktikkan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar.
Ujar beliau ini adalah salah satu kudapan berasas sayur yang dibuat untuk hidangan petang anak-anak. Ia menu yang dihidang untuk ajar mereka suka makan sayur. Sedap dan rangup, sekejap saja dah habis katanya.
Buat kerepek terung rangup, kudapan sedap untuk ajar anak makan sayur
1. Sediakan terung, pastikan yang keras. Jika lembik tak menjadi.
2. Potong terus nipis-nipis.
3. Kemudian gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
4. Seterusnya tabur tepung jagung dan gaul hinggga bersalut dengan terung. Tepung ini tak perlu bancuh dengan air (air dari terung akan melekatkan tepung). Jika nak pedas, gaulkan sekali dengan serbuk cili hingga rata.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan.
NOTA: Boleh juga guna tepung Bestari, jika guna tepung ini tak perlu tambah garam, serbuk kunyit atau tepung jagung. Rasanya memang dah sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar
Nak Tanam Blackberry Dalam Pasu, Kena Pilih Jenis Ini Supaya Tahan Lasak & Mudah Berbuah
Rasanya yang enak, manis dengan sedikit rasa masam selain penuh khasiat menyebabkan ramai yang cuba menanam blackberry di rumah, ada yang berjaya dan ada yang gagal.
Berpengalaman menanam pokok ini di dalam pasu di sekitar rumah, Pyan Sempoy berkongsi tip untuk bagi yang ingin cuba menanam blackberry.
Artikel berkait : Tip Supaya Buah Mulberi Yang Ditanam Berbuah Lebat & Besar
Tip tanam blackberry dalam pasu
Jika mahu menanam pokok blackberry dalam pasu carilah variety yang sudah terbukti mudah berbuah & tahan lasak dgn iklim di Malaysia. Saya syorkan variety Prime Ark Freedom (tak berduri) & Black Butte (berduri).
Bila dah pokok, boleh ikut tips yang saya kongsikan kat bawah.
1) Pilih pasu yang g besar berdiameter 40cm ke atas.
2) Guna media tanam yang sangat gembur. Contoh saya guna tanah hitam sawit + topsoil atau tanah bekas + cocoapeat + sekam mentah + sekam bakar + kompos rumput.
3) Letak tempat yang kena cahaya matahari penuh (minimum 5-6 jam sehari).
4) Siram air secukupnya. Tak lebih atau tak kurang.
5) Baja kena cukup & konsisten. Ini yang saya lakukan;
– NPK 16.16.16 setiap 2-3 minggu sekali
– Mol buatan sendiri dari sisa dapur disiram seminggu sekali
– Baja tahi kelawar atau lain-lain yang organik sebulan sekali
– Baja MKP (Monopotassium Phosphate) 2 minggu sekali (tabur + sembur). Guna baja ini bila pokok dah betul-betul subur & ready berbunga (3-4 bulan ke atas).
6) Kawalan serangga perosak / kulat secara konsisten 1-2 minggu sekali. Saya guna s-trex & cuka kayu selang seli, bila dah ada buah saya cuma guna cuka kayu sahaja.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Pyan Sempoy
Artikel berkait: Kalau Pokok Mulberi Yang Ditanam Tak Berbuah, Buat Teknik Lenturan Ini