Ada masa waktu kalut-kalut nak keluar kita boleh tertinggal beg duit dan kad kat rumah. Dah sampai destinasi dituju baru perasan.
Kalau macam ni kita selalu patah balik terutama kalau tujuan keluar itu menggunakan wang. Sebenarnya kalau tak nak patah balik pun boleh. Kita boleh keluarkan saja duit dari akaun tanpa guna kad dan teruskan urusan.
Caranya dikongsi oleh Azlan Salim tapi ini untuk pemegang kad Maybank. Cara ini berguna dan perlu kita tahu terutama kalau kecemasan dan tak bawak beg duit.
ATM Maybank ni memang sengaja bagi kita takde alasan withdraw duit kalau tertinggal kad ATM.
Sebab takde kad bank pun boleh keluarkan duit. Paling penting kena ada smartphone & ATM Maybank depan kita.
1) Masuk aplikasi Maybank2u, di bahagian bawah klik “Mobile”. Kemudian pilih option “Cardless ATM Withdraw”
2) Pilih akaun mana yang nak dikeluarkan duit.
3) Masukkan “No Telefon” yang korang nak bagi keluar kan. – Boleh beri pada anak kalau mereka nak cash – Boleh juga beri pada isteri kalau dia nak shopping. – Yang penting ada mesin ATM MAYBANK dekat mereka. – Macam kes ni, masuk kan no telefon sendiri.
4) Pilih jumlah yang nak keluar. Ada option RM100, RM200 & RM300 saja.
5) Lepas itu akan keluar summary. Kalau okay, tekan “Agree & Request TAC”.
6) Okay, sekarang dah Settle part di “App Maybank2u”. Nanti Maybank akan hantar SMS pada no. telefon yang kita letak tadi.
7) Nanti penerima akan dapat “16 Atau 17 Digit” no transaksi dari SMS Maybank.
8. Pergi ke mesin ATM Maybank, pilih bahasa, kemudian tekan “Pengeluaran Tanpa Kad”. – Nanti terus tengok SMS, masukkan “16 Atau 17 digit” no transaksi. – Kemudian tekan “Ya”. – Nanti Maybank akan hantar SMS “6 Digit” pin.
9) Tengok 6 Digit Pin pada SMS, masuk kan no pin tersebut di ATM dan tekan “Ya”.
10) Tahniah, dah berjaya keluarkan duit tanpa kad.
Ini SMS yang kita dapat selama nak buat pengeluaran tanpa kad.
Kalau Pintu Rumah Jenis Tombol, Elok Tukar. Doktor Jelaskan Sebabnya
Pintu rumah jenis tombol sebenarnya kurang sesuai terutamanya di rumah ada warga emas, ahli keluarga OKU atau kanak-kanak.
Alasannya boleh ikut perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini. Semuanya demi kemudahan dan keselamatan golongan di atas.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik atau rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
▪️ Lebih mesra warga emas ada masalah sendi
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
▪️ Mudah diguna oleh kanak-kanak
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
▪️ Tombol sukar pulas jika tangan basah
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombol menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
▪️ Boleh diguna OKU yang tiada jari atau sebahagian tangan
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
▪️ Kegunaan ketika keadaan genting
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Pilih untuk pili juga
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...