Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini, kita digalakkan untuk berjimat cermat dalam berbelanja dan membuat tabungan.

Salah satu cara paling mudah untuk menabung adalah dengan memulakannya dengan duit  RM5, nilainya yang kecil dan tidak terasa membebankan.

Warna hijau penuh tabung juga pasti membuat kita lebih bersemangat untuk konsisten menabung.

IKLAN

Untuk mendapat hasil tabungan yang banyak dari note RM 5 ini kita boleh ikut perkongsian dari pengguna laman twitter, Farhana Aini Omar.

IKLAN

Tip Amalan Menabung Duit RM5

Amalan ini baru diamalkan sejak awal tahun. Tidak mengapa jika baru mahu mencuba kata orang ‘better late than never’.

Kena Disiplin & Konsisten, Begini Caranya Menabung Duit RM5. Hasilnya Boleh Cecah Ratusan Ringgit!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Ini caranya;

1. Mulakan dengan mengumpul duit RM5. Kalau ada duit RM5 dalam beg duit ‘haramkan’ dari berbelanja. Ini kerana kita memang sudah ada niat untuk menyimpan.

2. Jadi jika ada saja dalam beg 5 keping duit RM5 ambil semua dan simpan terus dalam tabung.

3. Jika mahu berbelanja juga, pakai duit yang ada warna lain, asalkan bukan yang berwarna hijau.

4. Mula-mula memanglah akan rasa banyaknya nak kena simpan duit hijau ini. Lebih baik gunakan jika terdesak. Jadi kena ada sikap disiplin dan kena ingat menabung ini untuk kebaikan diri sendiri.

5. Lama-lama tidak akan terasa menyimpan duit RM5 ini kerana sudah terbiasa. Jadi apabila nampak saja duit RM5 ini terus letak tepi, dan jangan pakai.

6. Hasilnya apabila tabung sudan penuh, apabila dikira jumlah boleh mencecah ratusan ringgit.

7. Terus buat simpanan di ASB ataupun Tabung Haji. Dan mulakan semula menyimpan duit RM5 dalam tabung.

Kena Disiplin & Konsisten, Begini Caranya Menabung Duit RM5. Hasilnya Boleh Cecah Ratusan Ringgit!
Hasilnya boleh cecah ratusan ringgit.

Tip Tambahan:

1. Amalan ini sesuai untuk orang yang boros. Jadi untuk berbelanja, gunakan saja duit warna lain dan bukan hijau.

2. Boleh juga untuk menyimpan gunakan duit warna lain atau ‘value’ mengikut apa yang disukai asalkan tidak stres dan membebankan.

Artikel berkaitan:

IKLAN
Selain itu:  Mudah & Jimat Hanya Guna 3 Bahan, Begini Caranya Cuci Mesin Basuh Gerenti Bersih Berkilat

Mula RM1 Sebulan Dapat RM465, Boleh Ikut Caranya

Simpan RM5, Hasilnya Hujung Tahun Dapat Beli Emas

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI