Pandu kereta automatik memang senang, tak perlu tukar gear, tekan klac ketika memandu.
Tapi masalahnya walaupun senang tetap ramai yang melakukan kesalahan dengan gear sewaktu menggunakan kereta jenis ini terutamanya ketika hendak memarkir atau meletakkan kereta.
Menurut Adrian Chiaa pengulas kereta yang selalu berkongsi tip tentang kenderaan, ramai yang menggunakan kereta automatik memasukkan gear secara salah ketika hendak meletakkan kereta.
Cara salah yang jadi kebiasaan
– Dari gear D terus tolak ke P
Cara ini akan menyebabkan tekanan diletakkan ke gearbox dan boleh merosakkannya.
Cara betul masukkan gear untuk parking kereta auto
-Tolak dari D ke N dulu,
-Tarik handbrake,
-Lepaskan brake,
-Masuk ke gear P.
Untuk lebih jelas boleh tonton video di bawah;
@adrianchiaaaJangan main krap krap handbrake je time parking, gear pon kena betul! ##ativa ##peroduaativa ##tipskereta ##fyp ##foryoupage♬ HappyWeekend – Official Sound Studio
Kita biasakan cara ini ya.
Semoga bermanfaat
Sumber: Adrian Chiaa
Panduan Tanam Kangkung Atas Batas, Kawasan Luas. 30 Hari Dah Boleh Tuai & Jual
Kalau nak tanam kangkung untuk makan sendiri mudah saja, tanam dalam pasu atau kotak polisterin pun dah mencukupi.
Tapi kalau nak tanam kangkung di tanah luas, atas batas untuk jualan pula ada caranya. Bagi yang berhajat menanam sayur kangkung untuk tujuan ini boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Wan Rosnazira.
Langkah tanam kangkung atas batas, kawasan luas
Hari ini Ira nak kongsi sikit cara-cara tanam kangkung atas batas. Terdapat 2 jenis kangkung, satu yang berdaun lebar dan satu lagi berdaun tirus.
Ira tanam yang berdaun lebar. Menggunakan biji benih. Ada juga yang tanam melalui keratan batang.
Langkah 1: Pertama sekali perlu menggembur tanah. Ira buat di kawasan yang agak luas dan kat rumah memang ada jentera. Jadi kita guna trektor sajalah. Untuk yang berskala kecil, boleh pakai cangkul sahaja.
Beginilah rupa tanah yang siap digembur.
Langkah 2: Membina batas. Lebar batas lebih kurang satu meter, tinggi dalam sejengkal lebih. Pakai cangkul sahaja, angkat tanah naik ke atas.
Langkah 3: Menabur baja. Saya guna baja tinja ayam sahaja. Taburkan baja atas batas kemudian gaulkan dengan tanah.
Langkah 4: Membuat lubang untuk meletakkan benih. Gunakan kayu untuk membuat garisan lubang. Jarak antara satu garisan lubang lebih kurang satu jengkal.
Langkah 5: Menabur benih. Letakkan 10-15 biji benih setiap lubang. Jangan terlalu banyak untuk mengelakkan kepadatan apabila pokok membesar nanti. Kemudian tutup lubang dengan tanah.
Langkah 6: Penyiraman. Pokok kangkung perlukan banyak air. Siram setiap pagi dan petang.
Langkah 7: Membaja. Setelah lebih kurang 2 minggu, pokok kangkung perlu dibaja untuk kali ke 2. Buatkan garisan lubang antara barisan pokok, kemudian diletakkan baja taik ayam.Langkah 8: Menuai hasil. Setelah 30 hari, kangkung sudah cukup matang dan boleh dicabut. Caranya, pegang pangkal pokok, kemudian tarik bersama akarnya.
Mudah saja kan tanam kangkung. Selamat berbudi pada tanah, anda pasti akan mendapat hasilnya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Wan Rosnazira.
Idea DIY Tempat Simpan Tudung. Boleh Sangkut Atau Isi Dalam Box, Siap Susun Ikut Warna
Bagi yang berhijab koleksi tudung selalunya memang banyak. Sampai tak tahu mana nak simpan. Sudahnya ada yang sumbat dalam bakul atau box tanpa lipat.
Cara ini memang mudah tapi mata kita pulak sakit nampak serabut dan susah nak cari tudung bila nak digunakan.
Kalau ini masalah korang boleh ikut dua idea dari Miza Mita dan Muhammad Syamim ini untuk pastikan tudung kita yang banyak tu sentiasa tersusun cantik. Dan paling penting senang nak cari!
1. Idea sangkut tudung
Idea ini dari Muhammad Syamim yang dibuat khas untuk isteri dan anak-anaknya. Boleh gosok siap-siap dan sangkut.
DIY penyangkut tudung
Semuanya beli di kedai Eco
Besi 1 pcs RM2.10
Paip 2 batang RM2.10
Cat spray 1 RM2.10
Skru Sebungkus RM2.10
Total RM8.40
Dah kemas!
Hanger tudung boleh beli di SINI
2. Idea simpan dalam box
Cara ini dikongsi oleh Miza Mita, senang tak perlu lipat. Cuma gulung dan simpan dalam box.
Nak share cara kemas tudung by colour. Sebelum ini serabut betul nak cari tudung dan warnanya. Tindan-tindan macam ni senang betul jatuh.
Bila susun ikut warna macam ni senang nak cari tudung. Cara lipat tudung gulung saja dan masukkan dalam shoes box tu.
Hasilnya
Satu box boleh masuk dalam 20-30 helai tudung ikut material. Box boleh cari di Shopee/Lazada RM 2.00++ saja. Klik SINI untuk beli.
Sumber: Muhammad Syamim & Miza Mita
Amal Petua Cina Stim Buah Oren & Garam, Akhirnya Batuk Lebih 2 Bulan Reda
Masalah batuk ini biasa kita alami tapi ia boleh buat kita tension berlarutan berminggu-minggu malah ada yang sampai mencecah 3 bulan.
Tak juga reda walaupun dah berbotol-botol ubat batuk diambil. Bagi korang yang sedang dalam situasi ini mungkin boleh cuba petua dari Ruziani Radzi.
Dia yang mengalami masalah batuk hampir 2 bulan akhirnya reda selepas mengamalkan petua dari pengamal perubatan Cina yang hanya menggunakan buah oren. Ruziani juga turut berkongsi cara-caranya.
Ambil dari pengamal ubatan Cina
Tahun lepas saya mengalami masalah batuk berpanjangan hampir 2 bulan lamanya. Puas mencuba pelbagai jenis ubat, antibiotik dan petua.
Dengan izin Allah, Akhirnya saya temui petua ini yang diberitahu oleh kawan lama. Alhamdulillah.
Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Petua ini juga sesuai untuk orang yang mengalami sesak dada atau hampir semput (asthma)
Cara-caranya:
1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit. Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.
2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong. Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist).
3. Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.
4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.
- Boleh digantikan dengan buah limau mandarin
- Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis.
Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?
- Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.
- Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.
- Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.
- Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.
Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.
Sumber: Ruziani Radzi