10 Tip Untuk ‘Survive’ Selama Tempoh Gangguan Bekalan Air

Share

 

Gangguan air bakal berlaku lagi di Selangor. Apa jua puncanya kita kena harungi juga fasa kemungkinan ketiadaan air ini.

Daripada pengalaman lalu macam-macam cara simpan air dan tip menjimatkan penggunaan muncul dan dikongsi oleh netizen. Ada sebahagiannya cukup kreatif.

Korang yang terlibat dengan masalah bekalan air kali ini boleh guna idea ni ya.

1. Standby tong besar

Rasanya rumah korang mesti ada satu tong ini untuk kegunaan waktu macam ni kan.

2. Periuk besar pun boleh

Kalau takde, guna periuk besar atau apa saja barang yang boleh tampung air yang ada kat rumah termasuklah tupperware.

3. Kalau takde guna plastik macam ni

Takde juga cari plastik besar, plastik sampah pun boleh. Isi air dan ikat. Simpan banyak mana ikut suka.

4. Water dispenser letak dekat singki

Supaya senang kita nak basuh apa-apa yang patut. Macam paip la kan.

5. Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang

Jangan bazirkan air untuk basuh perkara ini, so beli stok untuk empat hari. Murah jer.

6. Alas pinggan dengan plastik

Boleh juga alas pinggan dengan plastik macam mamak jual nasik kandar tu.

7. Beli air mineral untuk minum di rumah

Jadi boleh guna air yang disimpan untuk keperluan lebih penting iaitu di bilik air.

8. Botol spray untuk ambil wudhuk

Gunakan cara yang biasa dipraktikkan oleh jemaah haji dan umrah kat Makkah untuk ambil wudhuk. Tak guna banyak air dan bole bawa ke mana-mana.

Kredit foto Hawwa Firdaus

9. Masak stok makanan

Memasak ni selalu guna banyak air, nak basuh macam-macam. So buat kerja memasak tu sekali saja. Buat stok lauk, dan simpan dalam freezer selama tempoh tiada air. Bila nak makan, panaskan saja.

10. Sediakan tisu basah

Untuk cuci tangan yang tak berapa nak kotor tu boleh pakai tisu basah ni. Selain itu kalau ada anak masih guna lampin pakai buang boleh kesat dulu najis dengan tisu ni sebelum bilas dengan air. Untuk cuci muka dan mekap pun eloknya pakai ni dulu ya.

Kalau korang ada lagi idea boleh tambah di ruangan komen ya.

 

IKLAN