Kalau ditanya rahsia mereka yang dah berusia tapi nampak awet muda, salah satu amalan mereka adalah makan ulam atau sayur.
Amalan mereka itu pula bukan sehari dua selalunya sejak zaman muda lagi.
Bagi anda yang mahu tampil awet muda 15 jenis ulam tempatan ini bolehlah diamalkan terutama bila usia dah memasuki 30 tahun.
Kaitan ulam/ sayur dengan nampak muda
Tapi sebelum itu serba sedikit khasiat sayur dan ulam-ulam ini dalam membantu memudakan wajah kenalah kita tahu. Jangan tahu makan saja!
Sebenarnya bukan saja ulam tapi apa saja sayur segar baik untuk kelancaran proses penghadaman dan pencernaan yang pada masa yang sama sangat berkait dengan kesihatan kulit wajah.
Kebanyakan sayur dan ulam ini kaya dengan vitamin C yang mana penting untuk penghasilan kolagen. Unsur kolagen inilah yang membuatkan lebih elastik dan kurang kedutan.
Kebanyakan sayur turut mengandungi karotenoid seperti beta karotin. Ia berfungsi melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan radikal bebas yang menjadi punca penuaan kulit.
Ini senarai ulam untuk awet muda & kesihatan
Dah tahu kaitannya jom amalkan ulam-ulam ini yang khasiatnya bukan saja untuk awet muda tapi lebih daripada itu.
1. Pegaga
Ini ulam yang paling mudah sekali kalau nak amal. Ada saja di pasar atau di kedai makan. Selain buat ulam pegaga boleh dibuat jus atau dijadikan kerabu. Amalan minum air rebusan pegaga dikatakan boleh menaikkan seri wajah.
2. Ulam raja
Ulam raja hanya perlu dicuci bersih dan boleh terus dimakan mentah. Elok diamalkan oleh ibu dalam pantang. Antara khasiat ulam raja, bantu meremajakan kulit. Bolehlah diamalkan untuk awet muda.
3. Jantung pisang
Yang ni tak boleh makan mentah, ia perlu dicelur atau direbus terlebih dahulu. Jantung pisang ini tinggi serat dan mampu bantu elak sembelit.
Ads
4. Daun selom
Daun selom ini macam pegaga, banyak dihidangkan di kedai makan.Mengandungi pelbagai nutrien antaranya kalsium dan vitamin C.
5. Kacang botor/kelisa
Kacang botor boleh dimakan mentah atau dimasak. Tapi kalau nak lebih khasiat elok dijadikan ulam. Pilih yang muda dan segar untuk rasa yang lebih enak. Kaya dengan protein dan mineral.
6. Timun
Timun Jepun pun boleh. Ini antara ulam yang rangup. Boleh dimakan dengan apa jua menu. Dipercayai timun dapat mengatasi masalah sembelit dan gastrik.
7. Petai
Ini ulam kegemaran ramai.Biarpun bau petai kurang menyenangkan, tapi khasiatnya banyak. Kaya antioksidan dan serat.Boleh dimakan mentah, direbus atau dibakar tapi lagi sedap dimasak sambal.
8. Cekur
Ulam cekur ini sering juga digunakan oleh ibu yang sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin.
Ads
9. Bendi rebus
Selain untuk awet muda, khasiat bendi adalah menguatkan ingatan dan kecergasan memori. Ia juga sumber makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, untuk meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.
10. Pucuk ubi
Khasiat lain pucuk ubi antaranya dapat mengurangkan sakit kepala manakala air rebusannya pula dapat meredakan masalah cirit-birit.
11. Kaduk
Ramai yang keliru dengan daun kaduk kerana bentuknya seperti daun sirih. Boleh dimakan mentah atau pun dicelur.Air rebusan daun kaduk pula dikatakan dapat melawas kencing, melegakan selsema, sakit pinggang dan sengal tulang.
12. Jering
Bau ulam jering ini lebih menusuk dari petai tapi mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Antaranya mengawal kadar gula dalam darah, bantu kurangkan masalah anemia dan reput tulang. Tapi jangan amalkan berlebihan.
Ads
13. Terung pipit
Rasanya sedikit pahit, jadi sedap jika dimakan bersama makanan pedas. Boleh direbus hingga lembut dan amalannya dikatakan dapat melegakan sakit perut dan mengurangkan rekahan tumit kaki.
14. Rebung
Walau pun selalu dibuat masak lemak tapi, rebung juga boleh dijadikan ulam. Rebus dan hiriskan. Khasiat rebung membantu turunkan kolesterol, menyihatkan sistem pencernaan dan bantu proses detoksifikasi badan.
15. Peria katak
Ulam ini tak ramai yang suka kerana pahit. Tapi pahit itulah ubat. Ia dipercayai dapat bantu rendahkan tekanan darah tinggi dan kawal paras gula darah pada pesakit diabetes.
Dah tau khasiat dan kelebihan ulam ini jadi apa tunggu lagi, terus amalkan. Tapi apapun nasihatnya bagi yang ada masalah kesihatan eloklah dapat nasihat daripada doktor dahulu dan amalkan secara sederhana.
Pada hari ini, rutin harian yang membebankan boleh menyebabkan stres sekali gus kulit wajah turut terjejas menjadi kusam. Justeru penjagaan kulit wajah perlu dititikberatkan supaya kulit tidak menampakkan anda lebih tua berbanding usia sebenar.
Vanilla Kismis memberikan anda 5 tip mudah yang boleh bantu kulit anda nampak berseri dan paling penting bebas kusam.
1) Elak Guna Krim Bayi
Kita selalu sangka produk bayi bagus kerana melembapkan kulit. Ya, itu memang betul. Tapi hanya untuk bayi dan bukannya orang dewasa. Krim bayi mengandungo Lanolin yang hanya bermanfaat untuk sel kulit bayi serta kanak-kanak. Linolin tidak memberikan sebarang manfaat pada kulit orang dewasa.
2) Simpan Krim Mata Di Dalam Peti Sejuk
Menggunakan komputer pada tempoh lama boleh buat mata jadi penat. Tidak cukup tidur pada waktu malam pun boleh menyebabkan mata sembap nampak tidak bermaya. Untuk dapatkan lebih kesan baik daripada krim mata yang disapukan di bawah mata, cuba simpan krim mata anda di dalam peti sejuk.
3) Guna Toner Yang Ditambah Minyak Biji Anggur
Minyak biji anggur mempunyai manfaat antipenuaan. Jadi bolehlah bantu sel kulit mati diperbaharui. Minyak ini membantu melembapkan kulit dan kulit jadi lebih lembut. Tambah sesudu kecil minyak biji anggur dalam toner dan oleskan pada wajah.
4) Gunakan Plastik Seal Hilangkan Bintik Hitam
Selepas anda mencuci muka, sapukan krim muka agak tebal sedikit pada kawasan yanga da bintik hitam terutamanya hidung. Kemudian bungkus dengan plastik seal dan tutup dengan tuala. Selepa 10 minit, tanggalkan plastik seal itu dan lap kawasan berbintik hitam dengan kain bersih. Ketika mengelap, picit-picit sedikit supaya bintik hitam lebih mudah keluar. Selepas itu, sapukan toner.
5) Jadikan Rutin Cuci Muka Dua Kali Sehari
Selalunya kita hanya cuci muka selepas rutin seharian selesai. Tapi untuk dapatkan kulit lebih cantik berseri tanpa kusam, elok jika amalkan cuci muka dua kali sehari. Muka akan jadi lebih bersih. Amalkan cuci muka selepas bangun tidur. Mungkin ada kotoran dari bantal yang digunakan. Jadi, muka lebih bersih.
Umur dah masuk 30 tahun tapi nampak macam gadis yang baru habis belajar. Seronok bila dengar orang kata begini pada kita.
Nampak lebih muda dari usia sebenarnya jadi dambaan semua orang termasuk golongan lelaki. Siapa tak mahu kan.
Awet muda ini terserlah dari kulit kita yang sihat dan cerah bersinar. Berikut adalah praktik mudah untuk mendapatkannya sekali gus membantu anda tampil lima tahun lebih muda dari usia sebenar.
1. Amal buah dan sayur berwarna
Salah satu cara agar kulit jadi sihat dan bersinar adalah amalan makan makanan semula jadi berwarna-warni seperti blueberry, tembikai dan brokoli.
2. Keluarkan peluh
Gerakkan tubuh paling kurang 30 minit sehari untuk fikiran dan kulit yang sihat. Senaman akan melancarkan perjalanan darah.
Wajah akan kelihatan kemerah-merahan dan segar beberapa jam setelah mengeluarkan tenaga yang cukup banyak.
Atau boleh juga bersauna yang mana aktiviti ini akan menyebabkan jantung mengepam lebih banyak darah dari biasanya, seterusnya meningkatkan aliran darah ke wajah.
3. Solekan wajah
Jangan hanya pakai bedak dan lipstik, jadikan pemerah pipi sebagai solekan wajib. Ia akan membantu wajah nampak berseri dan tidak perlu pucat.
4. Krim dan serum malam
Malam adalah waktu terbaik untuk memulihkan kulit wajah. Krim dan serum yang anda pakai pada malam hari dapat membantu menutup pori-pori dan mencerahkan wajah.
5. Hilangkan kantung mata
Anda takkan nampak lebih muda dengan masalah kantung mata atau eye bag. Ia akan membuat wajah tampak kusam dan makin tua. Jadi cari cara untuk menghilangkannya, petua paling mudah meletakkan hirisan timun pada mata.
6. Gunakan masker wajah
Ini amalan yang boleh dipraktikkan pada waktu lapang. Masker yang dipakai dapat memberi nutrisi kepada kulit wajah. Ia membantu buat wajah tampak sihat dan bercahaya. Paling mudah masker dari putih telur saja.
Semuanya mudah kan, jadi tak mustahil nak dapatkan wajah yang awet muda.
Secara puratanya dalam setahun kita berjalan 245-292km. Jauh kan, sebab itulah sangat penting untuk mencari kasut yang sesuai.
Walaupun perlu ikut peredaran fesyen tapi kita kena cari kasut yang sesuai dan tak menyakitkan kaki. Berikut adalah 6 jenis kasut yang boleh menjejaskan bukan saja kaki tapi bahagian tubuh lain yang berkait.
Kasut runcing
Jenis kaki yang lebar memang tidak sesuai mengenakan kasut jenis ini. Ia akan terasa cukup ketat dan meletakkan banyak tekanan pada jari. Ia akan menyebabkan sakit saraf dan juga melecet. Jadi sebelum beli pastikan kasut betul-betul selesa untuk jari kaki.
Selipar buat kaki cepat letih
Ramai yang anggap inilah alas kaki yang paling selesa. Tak juga sebenarnya, ia banyak bergesel dengan ibu jari dan boleh menyebabkan melecet.
Di samping itu selipar juga boleh menyebabkan ketidakselarian pada buku lali dan lutut kerana kaki tidak disokong dengan baik. Selain itu kaki juga akan cepat penat bila mengenakan selipar.
Kasut tumit tinggi jejaskan saraf
Memang nampak cantik bila memakainya tapi kesannya cukup besar pada kesihatan. Ia akan menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang. Bukan itu saja ia kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya mengakibatkan timbulnya masalah kesihatan pada kaki dan keseluruhan badan.
Akibat lebih buruk jika pemakainya mempunyai berat badan yang berlebihan. Ia boleh memberi tekanan berlebihan pada lutut dan juga tumit, pengelakangan kaki.
Kasut flat
Seperti selipar, ramai yang menyangka kasut ini paling selamat. Rupanya tidak, ini kerana kasut ini rata dan tidak diletakkan sebarang sokongan yang mana akan menyebabkan tekanan pada bahagian plantar fascia, iaitu di bahagian tengah kaki.
Ia boleh menimbulkan sakit pada bahagian lutut dan belakang badan. Untuk selamat, beli alas orthotic untuk membetulkan kedudukan kaki ketika memakai kasut ini.
Kasut untuk berlari atau running shoes
Kasut untuk berlari hanya dipakai bila kita berlari. Jika dipakai setiap hari kerana selesa ia sebenarnya akan memberi kesan kerana kasut jenis ini terlalu fleksibel dan juga lembut. Kasut atlet dengan bahagian tapak yang lebih keras adalah lebih sesuai.
Kasut jenis platform
Kasut jenis ni tak fleksibel dan mempunyai ruang yang terhad sedangkan kaki perlukan ruang untuk ia berasa selesa. Oleh itu kasut jenis itu tak seeloknya tidak dipakai selalu.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...