Meski pun kajian telah menyatakan pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan namun kaum wanita tetap mengenakannya untuk tampil cantik.
Pelakon Zara Zya bagaimanapun mungkin serik setelah mendapat pengajaran daripada pemakaian kasut tumit apabila terpaksa mendapat rawatan kerana mengenakan kasut jenis ini dalam tempoh yang lama.
Perkara ini didedahkan oleh Zara Zya sendiri dalam akaun instagram miliknya.
Ads
“Kejadian semalam…bila terjaga waktu pagi, kaki dgn tulang belakang saya sakit sgt. Tak boleh jalan. Hasrat nak pegi shooting tergendala. Nervousnya masa tu Allah je tahu. Hurmmmm sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi.
Shooting pakai, masa jalan2 pakai. Dan terlalu banyak berdiri. Nahhhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Skrg ni saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita please lah kurangkan pakai high heels okay. Alhamdulilah sekarang saya okay.”
Demikian tulis Zara dalam status yang disertakan dengan gambar dia sedang menerima rawatan dan satu lagi foto di atas kerusi roda.
Justeru apa yang berlaku kepada dirinya, pelakon ini yang juga bintang drama Tuan Anas Mikael ini meminta wanita di luar sana mengurangkan pemakaian kasut tumit tinggi bagi mengelakkan kejadian yang berlaku pada dirinya berulang.
Ads
Bahaya pakai kasut tumit tinggi
Selain sakit kaki dan tulang belakang seperti dialami Zara Zya, pemakaian kasut tinggu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan berikut;
Seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50%, manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% tekanan pada kaki.
Masalah lebih menyakitkan ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan perlu dilakukan.
Berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
Pergelangan kaki terseliuh di bahagian buku lali kerana sukar mengimbang badan.
Masalah bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua mengakibatkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki
Pemakaian kasut tumit tinggi yang bertutup di hadapan dan runcing menyebabkan darah tidak dapat bergerak dengan betul akibat tersekat.
Betis memendek dan tegang kerana tumit tertolak ke atas menyebabkan kaki kerap mengalami kekejangan dan sakit di bahagian tumit.
Kulit pada bahagian kaki menerima tekanan akan mengeras termasuklah bahagian tapak kaki, di bawah jari dan bahagian tepi hujung kaki.
Kesakitan lutut menyebabkan badan tidak stabil.
Saraf bengkak/menebal pada bola kaki iaitu morton’s neuroma, pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund) dan jari bengkok (claw hammer)
Mr. Edmund Lee, Pengarah Urusan MyOrtho & Pakar Orthotik dan Prostetik
Prof. Madya Dr. John Marymont, Pakar Pembedahan Ortopedik, Kolej Perubatan Baylor, Houston
Wanita yang cantik dalam erti kata sebenar adalah yang kelihatan menawan walau pun tanpa mekap. Ini yang dikatakan cantik semula jadi.
Biasanya wanita yang punya kecantikkan ini punya lima ciri berikut. Jadi kalau anda ada kebanyakan dari ciri ini pada wajah, bolehlah nak perasan cantik.
1. Lesung pipit
Percaya atau tidak kebanyakan wanita yang memiliki lesung pipit di pipi adalah seorang cantik. Bukan itu saja dia juga kelihatan manis apatah lagi bila tersenyum. Tengok saja Wawa Zainal.
2. Bulu kening tebal
Sama seperti bulu mata lentik, ramai yang mahukan alis tebal hingga menggunakan celak agar tampak lebih gelap. Tak caya tengok Elfira Loy, dia cantikkan.
3. Dagu terbelah
Ini adalah satu kecacatan yang membuatkan seseorang itu nampak cantik. Sewaktu tersenyum pemilik dagu terbelah ini akan dilihat makin manis dan hensem bagi lelaki. Datuk Siti Nurhaliza salah seorang yang memiliki dagu sebegini.
4. Gigi tak tersusun
Tak sempurna tapi pemiliknya akan kelihatan cukup manis bila tersenyum. Malah mereka juga kelihatan lebih muda. Ingat tak penyanyi Mazuin Hamzah.
5. Bulu mata lentik
Sebab itulah ramai yang sanggup memakai bulu mata palsu dan juga terciptanya maskara. Ia akan membuatkan wanita nampak cantik.
Wanita dulu kala tak punya alat kosmetik sehebat sekarang. Jadi untuk cantik cara mereka hanya gunakan petua dari alam semula jadi.
Namun tak ramai wanita kini yang sanggup mengamalkan petua ini kerana berasa leceh bila perlu dibuat sendiri.
Tapi bila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.
Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.
Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalamanlah yang perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan
Susu Kunyit Badam Madu
Bahan – bahan :
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Cara membuat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.
Amalan
Minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan.
Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Minum air yang ditambah ketulan ais memang menyegarkan tapi ramai yang tak tahu ia juga akan beri kesan yang sama jika dioles pada kulit.
Selain memberi kesegaran ada banyak lagi kelebihan ais untuk kecantikan kulit wajah khususnya. Ia juga salah satu cara agar wajah kelihatan flawless dan berseri kerana ais yang dioles pada wajah akan melancarkan perjalanan darah pada kulit wajah.
Selain mengoles terus ketulan ais yang dibungkus dengan kain pada wajah anda juga boleh melakukan tiga langkah facial ais untuk merawat wajah.
1. Penuhkan mangkuk besar dengan air sejuk. 2. Tambah ketulan ais. 3. Pin rambut anda ke belakang kemudian rendam wajah anda dalam ais ini selama 10-3- saat. Lakukan sebanyak tiga kali.
Berikut adalah 5 lagi kelebihan ais selain memberi menyegarkan kulit wajah
1. Ia membantu mengecilkan pori-pori wajah sekali gus mengurangkan kotoran tersumbat dalam pori-pori yang menjadi penyebab jerawat. Ketulan ais juga akan membantu mengurangkan bengkak akibat jerawat dengan cara mengolesnya pada kulit yang bermasalah.
2. Kulit yang terbakar akibat selepas ke pantai boleh di redakan dengan ais. Rawatan facial ais Ia akan menenangkan kulit yang merah akibat sinar UV.
3. Amalan facial ais untuk melancarkan perjalanan darah pada kulit wajah juga mampu buat wajah lebih awet muda.
4. Mengoleskan ketul ais sebelum mekap akan membantu solekan tahan lebih lama jadi anda tak perlu selalu touch up.
5. Bagi anda yang selalu tidur lewat dan mengalami lingkaran hitam bawah mata oles air pada bahagian mata untuk mengurangkan bengkak dan menjadikan mata lebih segar dalam waktu yang singkat.
6. Mengoles ais yang dibungkus dengan kain mampu meredakan masalah jerawat yang dialami.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...