Kita tentu pernah melihat pasangan suami isteri yang wajahnya hampir sama, seiras. Walau pun tidak seperti pinang dibelah dua, tapi mereka mirip dan punya aura yang sama.
Dari aspek psikologi, ada alasan masuk akal atau logik kenapa wajah suami isteri boleh jadi hampir sama. Ini penjelasannya.
Hampir sama kerana kerap bersama
Mengikut kajian psikologi, semakin kerap pasangan itu menghabiskan waktu bersama, mereka akan semakin mirip rupa antara satu sama lain. Ini kerana cara hidup mereka sudah menyatu dan mempengaruhi satu sama lain.
Sebagai pasangan, suami isteri ada banyak pengalaman dan kenangan bersama. Dari melakukan rutin harian sehinggalah makan bersama. Pengalaman-pengalaman sebegiinilah mengubah diri pasangan sedikit demi sedikit.
Mereka juga ada kecenderungan untuk meniru atau mengikut cara hidup orang yang dicintai. Makin banyak persamaan baik dari hal peribadi dan urusan seharian maka mereka akan semakin mirip antara satu sama lain.
Ads
Dari awal memang mencari yang mirip
Sewaktu mencari pasangan, secara tak sedar kita sebenarnya mencari seseorang yang memiliki persamaan dengan diri kita. Tak terkecuali aspek wajah dan penampilan.
Biasanya kita akan melihat seseorang yang hampir sama dengan kita itu menarik. Otak juga punya peranan dalam hal ini. Sewaktu melihat seseorang yang punya sedikit persamaan dengan diri, kita akan mudah jatuh hati padanya.
Bahkan sesetengah wanita memang mencari pasangan yang mirip contohnya dengan ayah mereka. Dari sini dapat dibaca bahawa mereka memang mencari seseorang yang punya sedikit persamaan.
Ads
Kalau dari awal sudah bertemu orang yang mirip, sudah tentu apabila menjadi suami isteri persamaan itu akan menjadi semakin jelas.
Emosi yang dirasa boleh ubah karakter wajah
Psikologi sosial, Robert Zajonc mencetuskan konsep social facilitation pada tahun 1965. Konsep itulah antara yang jadi jawapan kenapa ramai suami isteri yang wajahnya hampir sama.
Ads
Social Facilitation adalah tindakan menunjukkan emosi atau reaksi yang berbeza antara waktu seseorang bersendirian dan sewaktu bersama orang lain. Ini kerana manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya.
Dalam pada itu katanya otot-otot tubuh manusia berkembang atau berubah mengikut kegunaannya.
Sebagai contoh, pasangan yang sering ketawa bersama akan memiliki kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau keduanya suka berbual, maka struktur pipi mereka akan ikut berubah.
Demikian penjelasan kenapa wajah suami isteri boleh jadi hampir sama dari waktu ke waktu. Anda dan pasangan bagaimana?
Dapur setiap rumah mesti ada koleksi periuk belanga stainless steel untuk kegunaan memasak. Selalunya periuk ini boleh kita guna dalam tempoh yang lama malah boleh tahan sampai ke anak cucu jika betul penjagaannya.
Macam mana nak jaga periuk belanga kita supaya tahan lama macam ini. Boleh ikut perkongsian Angeline Tyy ini.
Cara betul jaga & bersih periuk stainless steel
Kalau tahu cara yg betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Caranya:
1. Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, Coke mahupun garam untuk membasuh periuk stainless steel.
Bahan ini akan merosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
2. Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak.
3. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yg melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).
4. Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang dibasahkan bersama Axion/ Swif detergent paste.
5. Tak perlu membuang masa menggosok dengan kuat. Hanya membasuh seperti biasa. Tersangat mudah utk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.
Hidangan oden memang sudah diterima kalangan masyarakat kita. Kalau nak sedap, selalunya kita beli di rangkaian Family Mart. Bila teringin nak makan, sinilah yang kita tuju.
Tapi kalau nak makan sekeluarga rasanya elok kita buat sendiri. Hidangan oden ini pun sebenarnya mudah saja, yang penting kuahnya. Bagi memastikan kuah atau supnya sedap boleh cuba resipi dari Cik Puan Akma. Katanya kuah oden ini sedap kalah Family Mart.
Cara nak buat pun senang, semuanya pakai perencah segera.
Resipi kuah oden sedap kalah Family Mart
2 paket perencah tomyam Adabi
2 paket perencah sup siam Adabi
1 paket perencah asam pedas Adabi
2 pcs kiub pati ayam
Air 1.5 liter
Gula 1 sudu
Cara membuat:
1. Masuk semua perencah biar mendididih. Kemudian masuk semua bahan steamboat.
2. Boleh juga letak sawi Cina, enoki, cendawan tiram.
Ok dah siap! Masanya masam-masam manis dan pedas. Makan waktu panas.
Kita selalu dapat nota dalam bentuk gambar. Ada masa kita kena taip semula. Kalau sedikit tak mengapa tapi bila panjang boleh amik masa jugak nak taip satu-satu terutama kalau buat di telefon.
Tapi lepas tahu cara ini kita tak perlu lagi terhegeh-hegeh tekan keypad telefon kecik itu untuk menaip.
Ada cara lagi senang untuk tukar imej kepada teks. Bagi pelajar atau korang yang kerjanya perlu selalu menaip tip ini membantu mudahkan kerja.
Tak perlu scan pun cuma pakai aplikasi Telegram saja. Boleh ikut cara ini.
1. Search dalam apps Telegram “lmage to text (OCR)”
2. Ambil gambar dan send.
3. Tunggu seketika dan apps ini adakan tukar gambar tadi jadi teks.
4. Kalau mahu lagi senang, boleh buka web Telegram dekat PC dan copy paste ke dalam word. Senangkan! Selamat mencuba.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...