Bila tetamu nak datang rumah, seperti biasa barulah kita kemas rumah dan tukar apa yang patut. Keluarlah semua pinggan baru, begitu juga dengan alas meja, telekung dan sebagainya. Sedangkan bila tiada tetamu kita pakailah pinggan plastik dan pinggan kaca lama malah ada yang sumbing.

Perkongsian daripada Nurlia Mohd Nor ini mengingatkan kita bahawa tak perlu tunggu tetamu datang untuk menyediakan yang terbaik. Seharusnya kita merai ahli keluarga terlebih dahulu dengan perkara terbaik yang kita ada.

Ada 3 benda saya belajar dari arwah Mak

3 Perkara Ini Tak Perlu Tetamu Datang Baru Nak Tukar, Yang Terbaik Seharusnya Untuk Keluarga

1) Pinggan mangkuk cantik untuk keluarga

Pinggan mangkuk untuk kegunaan family dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam.
Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ini lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami/ anak- anak dapat merasa guna pinggan cantik kan.
Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata Abah,“Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun…”

2) Telekung solat kena sentiasa bersih

Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun tak apa asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila Mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.

Selain itu:  Kalau Kena Sengat Tebuan, Cepat Lakukan Langkah Ini Untuk Elak Kesan Alahan Yang Boleh Bawa Maut

3 Perkara Ini Tak Perlu Tetamu Datang Baru Nak Tukar, Yang Terbaik Seharusnya Untuk Keluarga

3) Sejadah pun kena cuci

Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.

3 Perkara Ini Tak Perlu Tetamu Datang Baru Nak Tukar, Yang Terbaik Seharusnya Untuk Keluarga

Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Incik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni. Harta benda dah beli, sila guna.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Nurlia Mohd Nor

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI