Hilang daripada radar dunia lakonan selama tiga tahun bukanlah bermakna pelakon, Anita Baharom hanya duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti bermanfaat. Mengakui dia aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, Anita menegaskan dia ingin membantu dalam usaha berdakwah untuk orang ramai.

“Sejak berhijab pada 2013, saya ada berlakon lagi. Tapi selepas itu saya stop sejak lahir anak kedua. Saya nak fokus pada anak-anak dan rumahtangga. Dalam masa sama ada buat bisnes kecil-kecilan. Tapi bukan itu saja yang saya buat. Saya aktif dengan aktiviti kemasyarakatan bersama Yayasan Amal Malaysia.”

 

IKLAN

Kali Pertama Uruskan Jenazah Ketika Misi Kemanusiaan di Sabah, Anita Baharom Akui Gementar dan Seram

Kali pertama kena mandikan jenazah

Menurut Anita, dia pernah mengikuti Misi Sukarelawan Bantuan Ziarah Dan Mahabah ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Antara yang paling memberi kesan adalah pengalaman pada awal tahun di Pulau Banggi, Sabah.

“Ketika itu saya dimaklumkan ada kematian di pulau sebelah. Orang yang meninggal dunia ialah seorang warga emas wanita. Wanita itu telah meninggal dunia jam 8 malam. Saya perlu naik bot untuk ke sana. Bot yang saya naiki ni penuh dengan kuali besar dan tong gas yang digunakan untuk kami memasak nanti. Dengan buaya di tebing-tebing sungai. Perjalanan dari Pulau Banggi ke kampung yang ada kematian itu lebih kurang 30 minit perjalanan naik bot. Nama kampung itu ialah Kampung Selangan.

“Setibanya kami di pulau itu, saya nampak kediaman warga emas yang meninggal dunia itu rumahnya di atas air. Kumpulan saya sampai di sana jam 9 pagi. Maknanya sudah lebih 12 jam wanita itu meninggal dunia. Saya memang orang yang penakut sikit. Tapi dalam grup yang pergi menguruskan jenazah itu, sayalah yang paling tua. Yang lain semua lebih muda daripada saya.”

Nak dijadikan cerita, inilah pengalaman pertama Anita memandikan jenazah. Dia memang pernah mengikuti kursus pengurusan jenazah namun secara teori. Kini apabila perlu melakukan secara praktikal, pada jenazah yang sebenar pula, memang Anita akui, dia gementar.

“Macam-macam yang saya fikirkan. Terfikir macam mana kalau tiba-tiba matanya terjegil ke, apa ke. Memang seram. Namun saya perlu buat untuk meyakinkan masyarakat di sana bahawa kunjungan kami ke sana ialah untuk membantu mereka mengamalkan ajaran Islam dengan lebih baik.”

Kali Pertama Uruskan Jenazah Ketika Misi Kemanusiaan di Sabah, Anita Baharom Akui Gementar dan Seram

IKLAN

Yakinkan diri

Apabila perlu menguruskan jenazah buat kali pertama, Anita akui perlu yakinkan diri. Ingat kembali apa yang telah dipelajari termasuk merujuk buku mengenai pengurusan jenazah. Anita memanggil ahli keluarga terdekat si mati untuk sama-sama berada dalam ruang untuk memandikan jenazah.

“Setelah selesai memandikan dan mengapankan jenazah, si mati perlu dibawa keluar dari rumah untuk dikebumikan. Lokasi pengebumian pula di pulau sebelah. Jadi jenazah wanita ini perlu dibawa menaiki bot. Saya kagum dengan masyarakat di sini. Bayangkanlah ketika itu cuaca sudah semakin gelap. Hanya dengan sedikit cahaya lampu yang dipakai di kepala, perjalanan membawa jenazah ke sana dipermudahkan Allah.”

Bot dinaiki 40 orang

Dari pulau tempat mengebumikan jenazah, kumpulan Anita yang menguruskan jenazah tadi perlu kembali semula ke Kampung Selangan. Namun disebabkan hari sudah gelap, orang yang mengetuai misi ini mengarahkan orang yang menguruskan kubur juga balik sekali dengan bot yang sama.

“Saya mulanya terkejut juga dengan arahan itu. Bila dihitung semua penumpang adalah 40 orang. Dengan muatan berat tong gas dan kuali, saya gerun juga sebenarnya. Paling saya ingat semua penumpang senyap seribu bahasa. Orang di depan saya, saya dengar dia baca ayat-ayat suci. Masa tu memang terfikir mati itu begitu dekat dengan kita. Kawasan di situ dahlah ada buaya. Macam-macam bermain di fikiran. Masa pergi 30 minit, masa balik perjalanan tu ambil masa sejam sebab bot berat dengan muatan. Bila sampai je di lokasi yang dituju, semua penumpang mengucapkan syukur tak henti-henti.”

Malu dengan orang yang lebih tua

Anita mulai menyertai misi kemanusiaan bersama Yayasan Amal Malaysia sejak 2016. Ditanya kenapa sertai misi seperti ini, menurut Anita, dia ingin berbakti dan bantu orang lain yang ingin berbakti.

IKLAN

“Mereka yang buat kerja amal ni ramai juga yang tua-tua. Dan mereka ini tak pernah mengeluh walau sedikit pun. Pernah saya naik trak nak ke satu lokasi yang jauh di Sarawak. Kaki saya dah mula kebas-kebas dah. Konon nak luruskan kaki. Tapi saya pandang kiri kanan mereka ni umur dah 60, 70 tapi duduk tegap je. Takde pun kebas ke, sakit kaki ke. Saya malu. Jadi, kita yang muda-muda ni apa sumbangan kita pada masyarakat?

Niat kena ikhlas

Anita berterima kasih kerana suaminya reda dengan pemergiannya mengikuti misi kerja amal ini. Tanpa reda suami, pasti Anita tak berpeluang untuk berbuat bakti seperti ini.

“Kalau ada yang kata saya buat kerja amal sebab nak glamour, itu sangat salah. Saya tak pernah pun minta mereka letak poster ada gambar saya. Taka da. Saya pergi bukan atas jemputan tapi atas inisiatif sendiri saya nak pergi. Niat saya ikhlas membantu mereka yang memerlukan.

“Selain itu, sebelum pergi buat kerja amal, kena persediaan diri yang tinggi. Ada tempat yang tiada air, tiada elektrik, kena bangun tidur jam 4.30 pagi. Jadi kalau bersedia dengan itu semua, barulah boleh sertai sebagai sukarelawan. Hanya Allah yang membalas segala sumbangan kita ini.” kata Anita menutup bicara.

Kali Pertama Uruskan Jenazah Ketika Misi Kemanusiaan di Sabah, Anita Baharom Akui Gementar dan Seram

Kemanisan dalam kehidupan.. . Ada orang ingat saya pergi holiday… Sebenarnya bukan…. Saya sedang mengikuti MISI SUKARELAWAN BANTUAN ZIARAH DAN MAHABBAH bersama YAYASAN AMAL MALAYSIA @amalmalaysia .
Kami membantu masyarakat di pedalaman Sabah atau Sarawak… Tapi sekarang ni di Sabah… Yg masih daif kehidupannya… Membantu menjana ekonomi kehidupan mereka.. Membantu mereka mendapatkan pendidikan pra sekolah / tadika.. Tidak kira bangsa dan agama… Yg paling penting… Memberi mereka senyuman kegembiraan dengan kehadiran kita… Ini dah 4 kali saya join…. JOM JOIN JADI SUKARELAWAN..

 

Selain itu:  'Saya Dapat Anak Sulung Pada Usia 41 tahun, Lepas 20 Tahun Kahwin.' Kisah Inspirasi Buat Pasangan Yang Lambat Dapat Cahaya Mata

VK jumpa Anita ketika majlis Media Preview – Tayangan 13 Khurafat (Episod Minyak Dagu & Buluh Perindu). Seronok berbual dengan Anita, mak 3 anak ni. Semoga come back Anita selepas tiga tahun bersara berlakon ni akan menambah seri dalam dunia seni. Anita kata, ini semua rezeki anak dan dia pun dah rindu dengan dunia lakonan. Anita bakal muncul dalam episod Gerun. Cerita 13 Khurafat ini akan ditayangkan mulai 17 Oktober 2018, jam 11 malam, Astro Prima dalam slot Meremang.

Sumber: Anita Baharom

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI