Waktu nak beli tembikai beria-ria kita pilih tapi alih-alih bila balik dan potong rasanya tawar, tak manis.
Ini kejadian biasa berlaku. Tapi lepas tahu petua yang dikongsi oleh Aishah Wahab ini insya-Allah tak kita akan frust lagi.
Graduan dalam bidang pertanian ini berkongsi cara memilih tembikai yang rasanya manis. Ada 4 cara yang dikongsi dan semuanya dengan cara melihat dari luaran tembikai saja.
So lepas ni boleh praktikkan bila beli tembikai ya!
Raised bed garden tak semestinya kena ruang luas, kawasan kecil sudah mencukupi. Tetap boleh bercucuk tanam untuk makan sendiri.
Inilah yang dipraktikkan oleh Lynda Hassan. Jika sebelum ini menanam sayur dalam botol, dia kemudian mencuba pula kaedah penanaman dalam petak atau raised bed garden.
Ringkas saja petak yang dibuat tapi sayur-sayurannya tetap subur, hasil air semburan bunga cengkih. Berikut adalah perkongsian beliau bagi yang ingin mencuba.
Sebelum ini tanam sawi & kangkung dalam botol. Bila tengok orang tanam dalam petak-petak kita pun nak cuba.
Ini first time tuai sawi tu. Alhamdulillah segar bugar. Ada sikit daun kena makan dengan belalang, serangga perosak lain tiada.
Kebanyakan wanita mengenakan perhiasan emas baik gelang, cincin, rantai setiap hari. Ada yang langsung tak pernah tanggalkan.
Tapi meski setiap hari memakainya berapa kali kita mencucinya? Ada yang cuci 2-3 tahun sekali itu pun bila nak raya.
Kalau dah lama tak cuci eloklah tanggalkan dan cuci untuk bersihkan dari kotoran dan peluh supaya berkilat semula. Caranya boleh guna perkongsian Bunga Yanie yang berpengalaman bekerja di kedai selama 13 tahun. Lepas ini tak perlu hantar kedai emas untuk cuci, ikut saja langkah ini.
Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Lepas ni tak perlu susah-susah pergi kedai emas cuci kena caj.
Cara cuci emas 750, 916, 999. Jangan risau emas uols takkan lebur. Emas Korea jangan sesekali tiru ya. Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas.
1. Sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo.
2. Tuang dalam periuk bersama air.
3. Masukkan barang kemas korang ke dalam air sabun tadi dan buka api.
4. Kacau barang kemas tadi sampai air mendidih dan nampak kotoran terapung. Kemudian boleh tutup api.
5. Masukkan barang kemas tadi dalam besen berisi air bersih.
6. Sental guna berus gigi & bilas.
7. Kemudian keringkan, boleh guna pengering rambut atau lap dan biarkan kering.
Siap, boleh pakai semula barang kemas ni. Senang saja kan.
Dalam kita berhati-hati memandu kereta boleh saja terjadi perkara yang tidak disangka. Antaranya objek seperti kanvas, atau kain rentang melayang hingga menutupi cermin hadapan kereta menyebabkan pandangan terhalang.
Ketika berlaku situasi sebegini sudah tentu kebanyakan kita akan panik hingga menekan brek secara tiba-tiba. Akibatnya kenderaan di belakang tidak sempat menekan brek dan menghentam kereta kita.
Jadi apa yang perlu dilakukan sekiranya ketika memandu pandangan kita terhalang akibat objek sebegini. James Alatin yang selalu berkongsi tip tentang kereta ada memberikan panduannya.
“Bila berlaku kejadian sebegini ramai pemandu yang panik dan terus menekan brek secara tiba-tiba hingga menyebabkan kenderaan dari belakang tidak sempat brek lalu menghentam belakang kereta. Selain itu pemandu juga akan pusing stereng kereta ke kiri dan kanan. Cara ini salah dan bahaya,” ujar James sambil menjelaskan perkara yang sepatutnya dilakukan.
Katanya jika terjadi keadaan sebegini, pemandu sebolehnya jangan panik dan lakukan langkah berikut;
1. Terus tekan butang lampu kecemasan.
2. Kemudian lihat keadaan di belakang melalui cermin pandang belakang. Selepas itu lihat kiri dan kanan kereta melalui cermin sisi sama ada terdapat kereta yang rapat atau tidak.
3. Jika tiada kenderaan yang rapat, perlahankan kereta dan bawa kereta ke kiri kemudian berhenti di tempat yang selamat.
Dalam pada itu perkongsian James ini juga mendapat perhatian netizen yang turut memberi cadangan penggunaan wiper untuk mengalihkan objek yang menghalang pandangan. Selain itu sekiranya ada penumpang di sebelah boleh meminta mereka membantu menarik objek dari tingkap kereta.
Malah terdapat juga yang berkongsi pengalaman kerana pernah berhadapan situasi tersebut.
“Saya pernah kena, betul katanya. Pastikan kenderaan kita tidak ke kiri atau ke kanan secara tiba-tiba. Biasanya kereta belakang boleh nampak apa berlaku di depan, dan akan memberi ruang kalau pemandu fokus,”ujar netizen yang dikenali sebagai Stuka.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...