4 Cara Setting Aircond Kereta Supaya Jadi Lebih Sejuk

Share

Dalam keadaan cuaca kita yang selalu panas, aircond dalam kereta yang sejuk memang perlu.

Tapi kalau masih tak puas hati dengan tahap sejuk aircond kereta dan nak lagi sejuk boleh ikut tip yang dikongsi oleh Edward_vstar_oe

melalui akaun Tik Tok beliau.

Menurut Edward yang juga pembekal alatan aircond kereta, untuk memastikan suhu aircond kereta lebih sejuk boleh buat empat setting ini.

4 cara setting aircond kereta supaya jadi lebih sejuk

1. Buka internal circulation
-Jika dalam keadaan external, tolak kepada kedudukan internal circulation.

2. Temperature degree/ suhu
-Letak pada suhu yang paling rendah.

3. Fan Speed Control
-Letakkan pada speed 2 sahaja.

 

4. Setting arah angin
-Letak pada kedudukan kepala atau bahagian atas sahaja.

Cara setting ini aircond dalam kereta akan jadi lebih sejuk tak kisah sama ada anda pemandu atau penumpang. Boleh juga tonton video penjelasan Edward di SINI

Selamat mencuba.

Sumber: Edward_vstar_oe

IKLAN