Dalam keadaan cuaca kita yang selalu panas, aircond dalam kereta yang sejuk memang perlu.
Tapi kalau masih tak puas hati dengan tahap sejuk aircond kereta dan nak lagi sejuk boleh ikut tip yang dikongsi oleh Edward_vstar_oe melalui akaun Tik Tok beliau.
Menurut Edward yang juga pembekal alatan aircond kereta, untuk memastikan suhu aircond kereta lebih sejuk boleh buat empat setting ini.
4 cara setting aircond kereta supaya jadi lebih sejuk
1. Buka internal circulation -Jika dalam keadaan external, tolak kepada kedudukan internal circulation.
2. Temperature degree/ suhu -Letak pada suhu yang paling rendah.
Ads
3. Fan Speed Control -Letakkan pada speed 2 sahaja.
Ads
4. Setting arah angin -Letak pada kedudukan kepala atau bahagian atas sahaja.
Cara setting ini aircond dalam kereta akan jadi lebih sejuk tak kisah sama ada anda pemandu atau penumpang. Boleh juga tonton video penjelasan Edward di SINI
Mendengar berita kanak-kanak atau bayi meninggal dunia akibat ditinggalkan dalam kereta beberapa jam memang menyayat hati.
Kita semua emosi mendengar berita ini dan tak kurang juga menyalahkan ibu atau bapa kerana sikap terlupa. Tapi hakikatnya tiada ibu bapa yang mahu perkara ini berlaku pada anak yang dikasihi.
Dapat difahami betapa berat kesedihan yang dirasai oleh ibu berkenaan sekarang. Lebih daripada itu adalah baik kita ambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku.
Sebelum ini Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi tip bagaimana untuk mengelak kelalaian terutama akibat terlupa berlaku lagi. Jika diperhatikan daripada kes yang sama sebelum ini kebanyakan puncanya adalah sikap terlupa ibu bapa.
Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri, jadi kita perlu tangani kelalaian ini.
Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa kereta (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Ramai yang beli stok barang dapur dalam kuantiti yang banyak supaya tak kerap keluar ke kedai selain lebih jimat. Salah satunya adalah bawang.
Tapi bawang yang dibeli dalam kuantiti banyak ini perlu disimpan dengan cara yang betul supaya ia tidak cepat busuk. Dah tentu rugi tambah pula sekarang harganya pun dah mahal.
Supaya stok bawang yang kita beli tahan berminggu-minggu, tak cepat busuk ini cara betul untuk simpan bawang baik bawang segar, bawang yang dikupas atau yang dikisar.
Nasi impit dan kuah lodeh atau dipanggil lontong ini dah sinonim dengan selera kita walaupun ia masakan dari negara seberang.
Selalunya dimakan waktu pagi dan memang mengenyangkan kerana meriah dengan sayur-sayuran.
Bagi yang pertama kali nak cuba menyediakan lontong ini boleh ikut perkongsian dari أختي اراني. ini. Kuahnya pekat dan sedap.
Bahan untuk kuah lemak lontong :
1/4 biji kubis
1 batang lobak merah – potong panjang
9 batang kacang panjang
1 ikat soo hoon
1 keping fucuk – potong panjang
1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
2 batang serai – ketuk
1 cawan udang hidup
1/2 biji kelapa parut
Garam gula secukup rasa
Serbuk kunyit
Bahan kisar :
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar udang kering
Cara membuat:
1) Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
2) Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
3) Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
4) Masukkan kunyit sampai warna nampak cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yang digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api perlahan.
5) Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.
6) Hidangkan dengan nasi impit yang siap direbus bersama sambal.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.