Strok atau serangan angin ahmar adalah antara penyakit yang cukup digeruni. Tapi buruknya hampir 15 juta orang di seluruh dunia mengalami strok dan menyedihkan 5 juta orang dari jumlah itu meninggal dunia.

Mereka yang mengalami serangan strok mesti mendapat rawatan yang secepatnya kerana ia akan memberi kesan pada tahap pemulihan pesakit. Malangnya ramai kalangan kita yang tidak tahu bahawa ahli keluarga atau pasangan kita sedang mengalami strok.

Jadi bagaimana sebenarnya kita mengesan simptom strok yang mungkin dialami oleh pasangan atau ahli keluarga kita. Simptom serangan strok sebenarnya boleh dibaca melalui 4 cara atau singkatannnya FAST.

4 Cara Untuk Kenal Pasti Ahli Keluarga Kita Sedang Alami Serangan Strok

IKLAN

1. Face/wajah – perhatikan keadaan wajah, sekiranya sebelah wajahnya jatuh ia merupakan petanda strok.

2. Arm/ tangan – minta mereka angkat tangan dengan telapak tangan ke atas. Lihat berapa lama boleh bertahan. Jika mereka tak sampai 2-10 saat tangan mereka sudah layu itu menandakan serangan strok.

IKLAN

Ujian ini juga boleh menunjukkan bahagian tubuh yang mengalami serangan strok.
Jika tangan kiri yang lemah dan layu maka otak serangan adalah di sebelah otak kanan.

3. Smile/ speech – Serangan strok boleh dilihat dari senyuman dan pertuturan seseorangan. Sekiranya nampak sebelah mulut jatuh dan pertuturan mereka jadi kurang jelas/sukar bertutur. Itu sebenarnya petanda jelas serangan strok.

IKLAN

4. Time/masa – sekiranya dapat menjangka ahli keluarga ada simpton strok, sebelum melakukan ujian lain terus hubungi ambulans supaya mereka dapat rawatan yang cepat.

Lambat dapat rawatan bermakna lambat juga pemulihan untuk pesakit strok.

 

 

Selain itu:  5 Kategori Perut Buncit Selalu Dialami Wanita, Awas Mungkin Tanda Penyakit!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI