4 Tip Untuk Elak Pokok Sayur Yang Ditanam Kena Serangan Siput

Share

Bagi yang suka bercucuk tanam mesti akan stres bila lihat tanaman yang subur tiba-tiba diserang makhluk perosak. Salah satunya siput.

Boleh habis daun pokok sayur dikerjakannya. Kalau banyak memang geli melihatnya.

Jika berdepan masalah serangan siput ini boleh ikut tip dan petua yang dikongsi oleh warganet di laman Facebook Berkebun D Rumah.

1. Paling banyak disarankan adalah tabur garam kasar sekeliling pokok untuk elak siput mendekati tanaman dan mati bila terkena garam.

2. Jika mahu lebih berkesan boleh gunakan racun siput, boleh dibeli di nurseri.

3. Sekiranya mahu gunakan cara semula jadi boleh cuba hindarkan masalah siput dengan menabur serbuk kulit telur sekeliling pokok (jemur kulit telur dan tumbuk lumat).

4. Boleh juga kutip terus siput ini pada waktu aktifnya iaitu pada waktu malam dan buang di tempat lain atau hapuskan.

Sumber: Facebook Berkebun D Rumah

IKLAN