Kerepek banyak lagi, makan sikit sikit sebab mahal tapi bila buka kembali nak makan dah lemau. Frust sungguh.
Kalau terkena keadaan macam ni jangan terus buang ya. Rugi. Ada saja cara untuk rangupkan kembali kerepek yang lemau atau masuk angin ini.
Bukan saja kerepek tapi juga kerepek, biskut malah popcorn yang dah lemau juga boleh kembali rangup. Ada 5 cara pilih mana satu yang sesuai dengan korang.
1. Panaskan dalam oven
Tip yang pertama mudah saja. Cuma perlu sediakan alas / tray dan masukkan semula makanan selama 3-5 minit dengan suhu 180 darjah celcius. Pastikan biskut tadi dijarakkan sedikit atau ditabur rata-rata.Tunggu sejuk dan anda boleh menikmatinya macam biasa.
Selalunya orang buat cara ini untuk rangupkan biskut. Ia akan jadi rangup di luar dan lembut di dalam. Boleh juga guna untuk kerepek atau popcorn asalkan kena adjust sikit suhunya supaya tak hangus.
Ads
2. Guna microwave
Bagi yang tak ada oven, boleh juga guna microwave. Caranya lebih kurang sama, cuma anda perlu letakkan sehelai tisu di sebagai alasnya. Tisu ni fungsinya nak menyerap kelembapan supaya makanan jadi garing semula.
Lepas tu microwave pada suhu Medium / High selama 40 saat. Masa keluarkan dari microwave tu awalnya akan nampak lembut, tapi bila dah sejuk sikit ia akan kembali rangup!
3. Masukkan dalam rice cooker
Cara seterusnya ni pun mudah sebab hampir semua rumah ada rice cooker kan?
Mula-mula pastikan bahagian dalam periuk tu kering. Kemudian masukkan apa-apa jenis kudapan kering ke dalam periuk tersebut. Yang jenis basah tak bolehlah ya.
Ads
Kemudian tekan butang ‘warm’ dan biarkan selama 1 jam dan cuba rasa apabila dah sejuk sedikit. Kalau masih lemau boleh tambahkan lagi setengah jam hingga betul-betul rangup.
4. Guna air fryer
Selalunya kita takut nak goreng semula kerepek atau keropok sebab nanti terlalu berminyak. Takut juga kalau-kalau terlebih kolesterol pula.Jadi bolehlah guna air fryer untuk kes-kes macam ni.
Boleh ‘gorengkan’ 2-3 minit dengan suhu 180-200 darjah celsius. Tunggu sejuk dan enjoy! Cara ini juga boleh digunakan untuk kes-kes popcorn yang asyik lemau walaupun baru dibeli.
Ads
5. Panggang atas api perlahan
Akhir sekali, mungkin ramai dah biasa guna cara ini terutamanya untuk biskut raya yang dah lemau. Caranya panggang semula atas api dengan non-stick pan atau pemanggang ajaib. Gunakan api paling rendah dan panaskan selama lebih kurang 5-10 minit.
Makan terus
Bagi yang nak cuba teknik-teknik ini, seeloknya ambil portion yang nak dimakan saja untuk dirangupkan semula. Sebab selalunya kalau dah sejuk balik, ia mungkin akan jadi lemau atau keras semula.
Jadi, tak sedaplah kalau dipanaskan berulang kali. Rasanya pun kurang segar nanti.Lagipun, tak elok simpan makanan lama-lama sangat kan? Tapi sesuai sangatlah apply tips ini kalau nak elakkan pembaziran.Selamat mencuba!
Bila nak bercucuk tanam terus ke tanah, perkara utama sudah tentunya penyediaan batas. Tapi sebelum mula mencangkul tanah, eloknya kita ketahui teknik asas membuat batas. Jangan sampai dah buat siap batas baru tahu silap.
Ramai yang tak mengetahui bahawa sebelum membuat batas, kita kena perhatikan garisan gerakan matahari terbit dan terbenam supaya batas yang dibina di lokasi yang betul dan semua tanaman terkena cahaya. Info berguna ini dikongsi oleh Izzat Ibrahim.
Sebelum cangkul tanah, lihat matahari dulu
Baru saya tahu, nak buat batas tanaman pun ada teknik. Hari ini saya belajar buat batas daripada Anas Suhaib di Kebun Komuniti Simpang Renggam.
Posting kali ini saya nak cerita perkara paling asas. Saya sudah tersilap dan sekarang saya belajar cara yang betul.
Sebelum nak mencangkul, pertama sekali kita perlu lihat di mana garisan gerakan matahari antara tempat terbit dan terbenam. Jadi batas yang nak dibuat, haruslah melintang antara garisan tersebut.
Supaya semua pokok dapat cahaya
Hal ini supaya apabila pokok tanaman mulai tumbuh, tidak ada pokok yang terhalang daripada mendapat cahaya matahari antara satu sama lain.
Jika perhatikan bayang kanak-kanak yang berdiri, keseluruhan batas ini mendapat pencahayaan yang sama rata.
Sebelum ini saya melakukan kesilapan. Kalian perhatikan batas di bahagian belakang. Kedudukannya menegak ikut kedudukan pelan tanah. Semasa saya buat batas tersebut, saya hanya memikirkan tentang kekemasan dan nampak teratur.
Apa akibatnya nanti? Tumbuhan di depan atau di tengah akan mendapat pencahayaan yang lebih. Akhirnya dia akan membesar dengan baik dan menghalang tumbuhan lain daripada mendapat cahaya matahari.
Logik alam ini berlainan dengan logik kebiasaan manusia. Apabila manusia mahu bekerja untuk alam, perlu ada pengetahuan tentang bagaimana alam itu sendiri berfungsi. Barulah alam akan bersahabat baik dan bantu kita. Kerja juga akan menjadi lebih ringan.
Begitulah.
Ada masa bila masak masakan guna limau purut akan terasa sedikit pahit. Rupanya ia ada kaitan dengan pemilihan daun. Untuk untuk memasak menggunakan daun ini kena perhati bentuk daunnya.
Petua ini dikongsi Nasrah Zamzam ini ramai tak tahu.
Ada yang kata masak tomyam ke paprik ke apa ke rasa pahit kan? Daun limau purut memainkan peranan penting. Cari yg berbentuk 8. Barulah tak pahit.
Daun yang lebar macam sebelah dia tu agak pahit kalau dibuat masak.
Berapa kali masak guna jenis lebar masakan terasa pahit walaupun buang urat tengah. Ada kot silap saya kat mana-mana tapi petua pilih daun bentuk 8 memang saya apply sendiri. Masuk saja dalam masakan tak perlu buang urat.
Tanam anak pokok buah keliling rumah tapi asyik lupa nak siram. Atau pun lokasi pokok jauh jadi penat untuk berulang alik siram pokok.
Penyelesaiannya boleh ikut cara Shidee Roshadi. Ini cara paling bajet, tak perlu modal boleh guna botol atau plastik saja.
Caranya;
1. Ambil botol (botol air mineral/minyak) atau boleh guna guna plastik. Tebuk lubang halus menggunakan jarum.
2. Isi penuh air dan tutup. Letak botol atau plastik tadi dekat dengan tanaman/pokok.Titisan air dari lubang kecil tadi akan melembapkan tanah, jadi tak perlu lagi menyiram.
3. Supaya tak perlu siram lama boleh guna botol minyak yang besar. Lebih kukuh dan tak mudah terbalik.
4. Isi air jika nampak berkurang. Cara ini kata Shidee boleh bertahan hampir seminggu untuk anak pokok mangga dan juga kuinin yang ditanam.
5. Boleh juga beli alat ini dan sambung pada botol (boleh beli di Shopee).