Kejadian kepala air yang sudah banyak meragut nyawa menyedarkan kita akan pentingnya berhati-hati dan mengawasi petanda kepala air setiap kali pergi ke sungai.
Ini kerana kejadian kepala air ini akan berlaku secara tiba-tiba dan tidak semestinya terjadi hanya di musim tengkujuh. Berikut adalah petanda kepala air yang perlu kita ketahui agar kejadian tidak diingini dapat dielakkan.
Sebelum itu penting juga untuk kita maklum bagaimana kejadian kepala air ini boleh berlaku.
Punca kepala air
Kepala air boleh berlaku apabila gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Air yang tenang boleh berubah secara mendadak apabila kepala air membawa gelombang air, ranting kayu, batu batu, Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya termasuk manusia.
Ads
Petanda awal kepala air datang
Fenomena kepala air boleh dikesan melalui beberapa tanda awal;
1. Langit gelap di hulu sungai, bersama bunyi guruh berdentum.
2. Perubahan warna air daripada jernih kepada gelap atau kehitaman.
Ads
3. Aliran air tenang bertukar deras selain membawa bersama ranting, dahan kayu serta sampah-sarap yang berkumpul di satu tempat.
4. Akan kedengaran bunyi letupan kuat, dari tanah pecah, pokok tumbang dan dahan yang patah.
Ads
5. Air akan naik mendadak, kepala air ini boleh naik satu hingga dua meter dalam lima hingga 10 minit. Air daripada dua meter sesaat boleh naik sehingga 10 meter sesaat, sangat laju.
Jika mendapati ada petanda awal kepala air berlaku segera selamat diri kerana anda hanya ada 10-15 minit untuk keluar dari kawasan sungai!
Bawa kereta pandai tapi bab penjagaan kereta failed. Selalu dikaitkan dengan wanita tapi rasanya golongan lelaki ada juga yang begini.
Dah beli mahal-mahal, kereta kenalah jaga, kena hantar servis. Dan dalam rutin servis kereta ini ada beberapa perkara asas yang kita perlu tahu supaya tak tertipu dengan bengkel yang mungkin akan ambil kesempatan bila kita tak tahu apa-apa.
1. Minyak hitam
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. Filter
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. Spark Plug
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.
4. Bateri kereta
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
5. Timing belt
Bila perlu ditukar? Anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. Clutch plate
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. Fuel filter
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. Air filter (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. Gear oil
Untuk mereka yang pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. Brake fluid dan Power steering fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator coolant
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-cond belt/ Alternator belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Minyak hitam
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam sebenarnya adalah minyak murah “made in China”. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
15. Ikut jadual maintenance
Perlu diingatkan maintenance schedule yang mengikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar itu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ini mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
Ada banyak lagi sebenarnya yang kena tahu, boleh belajar sedikit demi sedikit.
Orang tua kita dulu cukup kreatif menyediakan lauk. Antaranya pisang muda pun boleh dijadikan hidangan gulai lemak yang enak. Tambah pula dengan ikan masin lagilah sedap.
Cuma hidangan gulai lemak pisang muda ini tak semua mahir membuatnya. Nak siang pisang ini pun ada caranya.
Bagi yang mahu belajar menyediakan gulai lemak pisang muda ini boleh ikut panduan yang dikongsi Mizah Ngatiman ini yang menggunakan pisang kapas muda bersama ikan masin talang.
1 sisir pisang kapas muda
2 ekor ikan masin talang (cuci bersih dan rendam sekejap)
1 keping asam keping
Santan pekat, garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 jari kunyit
1 sb ketumbar
3 tangkai cili padi (suka pedas lebihkan)
1. Mula-mula siang dulu pisang. Siat nipis kulit pisang tapi jangan putus, seperti dalam gambar.
2. Kemudian hiris serong atau belah tengah. Cuci bersih.
3. Panaskan air. Air dah mendidih, masukkan pisang. Rebus sampai empuk. Kemudian tapis.
4. Masuk bahan kisar dalam kuali. Buka api. Biarkan air kering sekejap kemudian masukkan santan.
5. Masukkan ikan masin. Ikan masin cuci bersih kemudian rendam sekejap.
6. Masukkan asam keping. Sentiasa kacau kuah hingga mendidih ‘manja.’
7. Masukkan pisang yang kita rebus tadi. Letak garam dan gula secukupnya.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...