Salah satu masalah bila musim hujan adalah baju yang kita basuh lambat kering. Bagi yang ada mesin pengering mungkin tiada masalah tapi bagi yang tiada  boleh praktikkan tip berikut.

Aspek penting untuk memastikan baju yang kita jemur tanpa cahaya matahari cepat kering adalah dengan memastikan cara kita menjemur pakaian adalah betul.

1. Kibas untuk luruskannya

Semasa keluarkan pakaian dari mesin basuh kibas setiap helai sebelum menjemur untuk kurangkan kedutan dan meluruskannya supaya cepat kering.

IKLAN

2. Susun besar atas, kecil bawah

Bila menggantung pakaian, susun pakaian saiz kecil di bahagian bawah dan pakaian lebar di atas supaya setiap pakaian terkena aliran udara.

4. Gantung lurus

Gantung baju secara lurus tanpa ada bahagian yang terlipat kerana kerana bahagian yang terlipat ini akan mengambil masa untuk kering.

Cara Jemur Pakaian Musim Hujan Supaya Cepat Kering

IKLAN

3. Jangan tindan

Elak menjemur pakaian secara rapat atau bertindan kerana menghalang aliran udara seterusnya melambatkan pengeringan. Berikan jarak termasuklah jika menggunakan penyangkut baju.

5. Cara jemur pakaian yang berat

Pakaian yang berat sebaiknya tidak digantung kerana ia akan menyebabkan ia makin melebar. Letakkan di atas permukaan yang rata. Mungkin akan ambil masa untuk kering tapi saiznya tidak akan melebar.

IKLAN

Cara Jemur Pakaian Musim Hujan Supaya Cepat Kering

6. Baju guna pelembut/pewangi sidai di luar

Biasanya kita membasuh baju menggunakan bahan pencuci yang mempunyai pelembut dan pewangi. Bahan kimia yang terkandung dalam pelembut dan pewangi ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit, pernafasan malah boleh mencetus alahan. Jadi seeloknya sidai baju di bahagian balkoni atau luar rumah yang berbumbung, bukan di dalam rumah.

Sumber: Brightside.me

Selain itu:  Ikan Cencaru Sumbat Pun Boleh Frozen, Stok Lauk Mudah. Ikut Tip Ini Kalau Tak Nak Sambal Terkeluar
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI