Salah satu cara untuk membakar kalori dengan tujuan menjaga berat badan ialah aktiviti joging. Namun ramai orang gemuk malas nak berjoging dengan alasan penat. Pun begitu, menurut pakar penjagaan kesihatan dan berat badan, Coach TKO, joging boleh menjadi aktiviti menyeronokkan jika dibuat beramai-ramai.
Dalam instagramnya, Coach TKO memberikan 6 tip untuk anda yang ada masalah berat badan menjadikan aktiviti joging sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bermotivasi untuk melakukannya setiap hari.
Ads
Tip joging Coach TKO untuk si gemuk
1. Kena tahu bahawa 7,700 kalori yang dibakar boleh membuatkan 1 kilogram berat badan turun. Wow! Lagi banyak kalori dibakar, lagi banyak berat badan boleh turun.
Ads
2. Sebelum joging, anda kena install dulu applikasi di telefon bimbit. Aplikasi ini bertujuan untuk mengira berapa kalori yang anda sudah bakar melalui aktiviti joging ini. Antara aplikasi yang selalu digunakan ialah Nike Run atau Runtastic. Lagi banyak angka ditunjukkan, mesti anda lebih teruja nak terus joging.
3. Apabila anda hendak keluar joging, set dalam inda yang anda nak bakar sekurang-kurangnya 300 kalori. Lagi banyak lagi bagus. Bila dah set minda macam ni, lebih mudah anda hendak terus joging.
Ads
4. Set juga dalam minda anda, jika esok tak pergi joging maka anda akan rasa rugi. Buang masa sehari. Kalau anda joging tiap hari, maka tiap hari anda akan bakar kalori dan turunkan berat badan.
5. Kalau penat sangat nak joging, jalan kaki sudah memadai. Jalan keliling padang, jalan keliling taman. Janji setiap hari ada kalori yang dibakar dengan aktiviti fizikal yang anda buat.
6. Akhir sekali, pujuk diri anda untuk terus bakar kalori melalui aktiviti fizikal iaitu joging. Jangan malas kalau nak kurus.
Cili kering memang sentiasa ada di rumah tapi tak terlintas pulak boleh guna jadi benih tanam pokok cili. Memang boleh rupanya.
Cara ini telah dicuba dan ternyata elok hidup subur. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut perkongsian Sue Haiza.
Tanam cili guna biji cili kering
Tanam cili daripada biji benih dari cili kering boleh ke? Jawapannya memang boleh dan insha-Allah hidup subur dan berbuah elok seperti pokok cili dri biji benih yang lain. Saya dah cuba dan 5-6 pokok yang berbuah lebat.
Bagi yang belum tahu dan ingin mencuba untuk bercucuk tanam, boleh cuba. Tak perlu beli biji benih dan lagi senang tanam sebab cili kering dah matang dan bijinya kering. Insya-Allah, kita akan dapat kutip hasilnya nanti.
Langkah untuk tanam benih dari cili kering
1. Gunting cili kering dan ambil bijinya.
2. Sediakan pasu dan tanah.
2. Siram sedikit air pada keseluruhan permukaan tanah.
3. Masukkan biji benih (tabur).
4. Kemudian ambil sedikit tanah, tabur pada permukaan biji benih tadi untuk menutup biji benih. Tutup dengan tanah sedikit saja, jangan banyak.
5. Kemudian siram, selepas itu lakukan rutin siraman setiap hari.
6. Ikut pengalaman selepas seminggu akan keluar tunas. Bila sudah ada 3 atau 4 daun bolehlah dialih ke dalam polibeg, pasu atau tanah.
7. Jangan lupa lakukan pembajaan.
INFO
Hasil cili dari benih cili kering ini kurang pedas dan saiznya agak kecil dari induk.
Ramai yang tanam pokok jenis limau termasuklah lemon dengan harapan bila berbuah senanglah untuk guna dalam masakan atau minuman.
Tapi masalahnya harapan tinggal harapan, lama menunggu pokok pun dah besar tapi tak juga berbuah. Dah letak baja buah, pangkas dahan dan siram secukupnya namun belum berhasil.
Jika begini mungkin sampai masa untuk kita buat pokok stres. Ini sebenarnya cara untuk memaksa pokok berbuah.
Terdapat beberapa cara untuk buat pokok stres supaya akhirnya berbunga serta berbuah.
1. Kaedah stres air
Jika tanam pokok limau dalam pasu boleh buat kaedah buat stress air dulu dalam 2 minggu.
Caranya sekiranya hari-hari siram 5 liter air, kurangkan jadi 1-2 liter sahaja, itu pun jangan siram hari-hari. Bila daun nampak agak layu barulah disiram.
Selepas 2 minggu baru pangkas & letak baja buah yang tinggi unsur P&K contoh baja MKP (0-52-34). Selepas itu boleh siram seperti biasa semula.
2. Kelar ranting pokok
Jika tanam pokok di atas tanah boleh cuba buat teknik kelaran pada ranting pokok.
Caranya, pilih ranting yang sihat dan matang dan buang beberapa helai daun.
Kemudian gunakan pisau dan buat sedikit kelaran (buang kulit biar nampak batang) pada keliling ranting.
Lakukan penjagaan seperti biasa, selepas dua tiga minggu pokok akan stres dan mengeluarkan bunga seterusnya buah.
Ramai yang teringin nak menggunakan kain lap kayangan yang boleh tahan mahal harganya. Kalau dilihat memang berguna dan berkesan untuk bersihkan kotoran di rumah.
Tapi yalah tak semua mampu membelinya. Bagi yang belum ada bajet sebenarnya ada beberapa kain mikrofiber yang boleh digunakan untuk kerja pembersihan di rumah dengan harga yang lebih murah.
Fungsinya mudah hilangkan kotoran, mudah serap air dan mudah dibersihkan.
Tiga kain mikrofiber ini antara yang direkomen oleh netizen untuk memudahkan kerja membersih di dapur terutamanya.
1. High Performance Kitchen Cloth Scoth Brite
Mudah untuk bersihkan dapur yang berminyak, tak perlu guna air. Harga RM11.90 sehelai. Selain itu juga kain untuk bersihkan debu, bilik air dengan harga yang berbeza. Boleh beli di SINI.
2. Super Absorbent Microfiber Dishwashing Kitchen Cloth
Ramai yang puji kain lap ini cukup berguna di dapur, mudah sedap air dan kotoran dan mudah juga dibersihkan. Paling penting harganya murah. Boleh dapat dalam RM0.60 sen sehelai. Perlu diingat kain lap ini saiznya kecil saja. Ada jual di kedai Eco atau boleh beli online di Shoppe. Klik SINI untuk beli.
3. Ultrafine Microfiber
Katanya kain lap ini tak perlu guna produk pembersihan untuk bersihkan kotoran jadi jimat duit untuk beli produk lain. Harga RM19. Boleh beli di SINI
4. Cleaning sponge
Ini bukan kain tapi sejenis span. Berguna untuk bersihkan dinding berconteng karya anak. Boleh diberi di kedai Eco juga. Harga RM2.10.
Tanaman tak layu bila balik kampung lama untuk sambut raya nanti, boleh buat self watering system cara bajet ini.Jadi kebiasaan bila menyambut Aidilfitri kita...