Ramai yang tanam jagung di rumah tapi masalahnya, bila dituai isinya tak penuh. Memang frust. Perlu diketahui untuk dapatkan hasil jagung yang penuh isi dan besar ada teknik yang perlu dilakukan.

Caranya dikongsi oleh Farah Aisyah Ahmad yang turut memberi panduan mudah untuk menanam jagung di rumah berdasar pengalaman selepas lima kali menanamnya.

Cara mudah tanam jagung di rumah

Kalau Tanam Jagung Buat Tip Ini Supaya Dapat Isi Jagung Penuh

Bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki. Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam. Untuk jagung ini benihnya saya beli di kedai Eco Bicolor corn jenama Grabbit.

3 perkara penting ketika menanam jagung

1. Air
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.

2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari ke-10. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.

3. Buat pendebungaan manual, untuk dapat isi jagung penuh

Kalau Tanam Jagung Buat Tip Ini Supaya Dapat Isi Jagung PenuhDisebabkan saya tak menanam banyak. Jadi pendebungaan manual sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.

Caranya, secara ringkas ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan atau oles pada bunga betina.

Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.

Untuk lebih faham bunga jantan dan bunga betina boleh lihat gambar rajah di bawah. Bunga jantan berada di atas manakala bunga betina bunga betina celah daun yang bakal jadi buah jagung.

Kalau Tanam Jagung Buat Tip Ini Supaya Dapat Isi Jagung Penuh
Semoga bermanfaat & selamat mencuba.

Sumber: Farah Aisyah Ahmad

Selain itu:  Pro & Kontra Buat Joint Loan Dengan Suami Untuk Beli Rumah. Perkongsian Dari Penasihat Kewangan
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI