Dicemuh Gemuk Lepas Beranak, Catriona Ross Turun 17 Kg Dalam Masa 5 Bulan

Share

 

Gemuk lepas bersalin memang rungutan biasa bila wanita sudah bergelar ibu. Tapi bila badan ketara naik dan orang sekeliling mula menegur tak dapat dinafikan boleh tension dibuatnya.

Ini yang berlaku pada pelakon Catriona Ross yang ditegur dan dikritik gemuk seperti sudah beranak ramai sedangkan anak baru seorang.

Teguran itu dianggap memalukan hingga buat dia tertekan malah kemurungan sampai sanggup menarik diri dari dunia seni selama dua tahun.

Namun pada masa yang sama tekanan itu juga membuatkan dia tercabar untuk menurunkan berat badan sekali gus mendapatkan kembali bentuk tubuh seperti zaman anak dara.

“Dulu berat saya mencecah 75kg, tapi saya berjaya hilangkan 17kg dalam masa lima bulan dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti bersukan dan kawal pemakanan.

“Saya lakukan secara semula jadi tanpa bantuan ubat kurus mahupun pembedahan. Saya buat secara ekstrem termasuk aktif sertai aktiviti mendaki gunung kerana tidak mahu proses menguruskan badan berlaku secara perlahan,” kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.

Menariknya Catriona tak lokek berkongsi pemakanan yang diamalkan dalam usaha menguruskan badan. Ini yang kita nak tahu kan. Berikut tip yang dikongsi dalam akaun instragram miliknya.

Pilih makanan sihat & sayur, tanpa minyak ya!

Paling penting boleh makan nasi tapi sikit

Buat aktiviti berpeluh ekstrem daki bukit dan gunung!

Barulah dapat badan macam ni…

 

Dah buat macam-macam untuk kuruskan badan akui Catriona dia sudah membulatkan tekad untuk tidak hamil lagi.

“Saya sudah bersusah payah untuk kurus, jadi cukuplah dengan tiga orang anak…saya tak mahu mengandung lagi.

“Suami juga bersetuju, bagi kami perancangan keluarga sudah berakhir dan rumah tangga kami bahagia dan cukup meriah,” katanya sambil mengakui fobia untuk melalui proses kehamilan dan menguruskan badan.

Sumber: www.mstar.com & instagram Catriona Ross

 

 

IKLAN